Monday, January 9, 2017

ABU AYUB AL-ANSARI

Maksud hadis:

Dan Abi Ayub RA bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW: “Khabarkan kepada saya dengan amalan yang membolehkan saya masuk syurga.”

Sabda Rasulullah SAW: “Engkau menyembah Allah dan jangan menyengutukannya dengan sesuatu yang lain, engkau mendirikan sembahyang, engkau menunaikan zakat dan engkau menghubungkan silatul rahim.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Abi Ayub ialah seorang sahabat daripada Ansar, orang Madinah yang disayangi oleh nabi SAW. Ketika nabi SAW berhijrah ke Madinah sebelum ada rumah sendiri, nabi tinggal di rumah Abi Ayub. Baginda sangat menghormati Abi Ayub dan keluarganya.

Abi Ayub umurnya panjang, hidup hingga ke zaman kerajaan Amawiah, zaman khulafah Arrasyidin sehingga berperang di Istanbul, Turki. Beliau syahid di Istanbul. Kuburnya di Istanbul didirikan masjid dikenali masjid Abi Ayub Al-Ansari.

Nabi telah bersabda: “Islam akan menawan Konstantinaple, sebaik-baik raja ialah raja yang mengawalnya dan sebaik-baik bala tentera ialah bala tentera yang mengawalnya.”

Oleh kerana ini janji daripada nabi SAW dan mengandungi kelebihan maka orang Islam berebut-rebut menyerang Konstantiniah untuk mendapat fadilat yang disebut oleh nabi SAW.

Zaman kerajaan Amawiah tidak berjaya ditawan, Zaman Abasiah tidak berjaya ditawan sehinggalah zaman kerajaan Uthmaniah barulah Konstantiniah berjaya ditawan. Konstantiniah ialah ibu negara kerajaan Rom, kuasa besar dunia zaman itu. Ia dipagari oleh kota yang teguh dan senjata boleh menembak Maryam dan pelurunya api yang nyala di atas air. Jadi boleh membakar kapal-kapal yang cuba merapat.

Abu Ayub yang telah menyertai para sahabat hidup di zamannya naik konstantiniah tetapi tidak boleh menawan dan beliau mewasiatkan supaya mayatnya jangan dibawa balik tetapi tanam di situ sehinggalah sultan Muhamad al-Fateh, sultan kerajaan Uthmaniah mendapat kelebihan yang dijanjikan oleh nabi SAW, berjaya menawan Konstantinaple dan diubah kepada Istambul. Di situlah kubur Abu Ayub Ansari RA yang meriwayatkan hadis ini.

Abu Ayub menceritakan seorang yang tidak disebut namanya mengadap nabi SAW meminta nabi beritahu amalan yang membolehkan masuk syurga.

Jawab nabi SAW kamu beribadat kepada Allah dengan hati yang ikhlas, tidak syirik. Sama ada syirik yang nyata atau pun syirik yang tersembunyi. Syirik yang nyata ialah menyembah patung, berhala, mengadakan undang-undang rekaan manusia dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah Ta’ala dan seumpamanya. Syirik yang nyata atau syirik terbuka menyebabkan rosak aqidah, rusak iman dan menjadi kufur, murtad.

Syirik yang tersembunyi ialah tidak ikhlas dalam ibadat. Dalam ibadat ada riak. Ibadat pada zahir sah tetapi tiada pahala. Iman tidak batal tetapi pahala hilang.

Jadi ibadat hendak bersih daripada syirik yang zahir dan syirik tersembunyi. Kedua-dua syirik mesti ditinggalkan.

Kedua mendirikan sembahyang dengan rukun-rukun dan syarat-syarat. Sembahyang ada rukun dan syarat.

Ketiga menunaikan zakat. Bila ada harta keluarkan zakat. Zakat dibahagikan kepada mereka yang berhak untuk menerima zakat disebut dalam Quran dan dalam kitab-kitab fikah.

Keempat menghubungkan silaturrahim. Silaturrahim ialah hubungan keluarga iaitulah mereka yang ada pertalian keluarga di sebelah ayah dan ibu. Termasuk juga saudara susuan dan musyaharah. Musyaharah ialah kerana perkahwinan, mertua menantu, datuk mertua dan sebagainya.

Mestilah dijalinkan kekeluargaan disebabkan musyaharah. Nabi bersabda: “Bila kamu pergi ke negeri Mesir kamu hendaklah berlaku baik terhadap penduduknya kerana akau hubungan silaturrahim dengan penduduknya.”

Nabi dihadiahkan oleh raja Mesir dengan seorang hamba bernama Maryahtul Qibsiah. Nabi hamba ini nabi mendapat soerang anak diberi nama Ibrahim. Ibrahim dan Maryah juga mati. Oleh Maryah orang Mesir nabi SAW menyuruh berbuat baik dengan penduduk Mesir. Ini menunjukkan bagaimana luasnya silaturrahim.

Jadi hubungan kekeluargaan ialah secara keturunan, perkahwinan dan susuan. Ini adalah hak-hak Islam. Hadis ini tidak menyebut haji, tidak menyebut puasa, tetapi di samping sembahyang dan zakat disebut silaturrahim. Silaturrahim juga termasuk dalam rukun yang penting dalam agama Islam dan ia termasuk dalam dua kalimah syahadah.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment