Saturday, January 7, 2017

MUAZ BIN JABBAL DAN ZAKAT



Mengikut hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

Dan dari Ibni Abas RA bahawa nabi SAW telah mengutuskan Muaz RA ke negeri Yaman lalu bersabda kepadanya: “Ajak mereka kepada percaya dan mengucap bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Muhamad adalah Rasulullah.

Jika mereka mentaati mu dalam perkara itu beritahu kepada mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan ke atas mereka lima sembahyang pada tiap-tiap hari dan malam.

Maka jika mereka mentaati mu kerana itu beritahu mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka sedekah yang diambil daripada orang-orang kaya dan dibahagikan kepada orang-orang yang berhajat di kalangan mereka.”

Hadis menceritakan Rasulullah menghantar Muaz bin Jabbal ke negeri Yaman untuk menggantikan Saidina Ali dan membantu Abu Musa Asya’ari RA. Negeri Yaman masuk Islam tidak dengan perang, Saidina Ali yang dihantar dipanggil balik dan digantikan dengan Muaz bin Jabbal.

Sebelum dihantar untuk bertugas Rasulullah menemuduga dahulu, menyoal Muaz dengan beberapa soalan. Ini kaedah kerajaan bila hendak memilih orang ditemuduga dahulu. Islam mendahului kaedah temu duga daripada ajaran lain.

Rasulullah menemuduga Muaz bin Jabal: “Wahai Muaz kiranya datang kepada kamu apa-apa masalah bagaimana kamu hendak menyelesaikannya.”

Jawab Muaz: “Saya akan selesaikan dengan kitab Allah, Quran”

Ada apa-apa masalah tengak Quran dahulu. Jangan tengak undang-undang manusia dulu.

“Wahai Muaz sekiranya tidak ada dalam Quran bagaimana kamu hendak hukum?” Kata nabi SAW.

Kata Muaz: “Saya hukum dengan sunah Rasulullah.”

Rasulullah tanya lagi: “Wahai Muaz jika tidak ada dalam sunah aku, macam mana kamu hendak menghukum?”

Kata Muaz: “Saya akan berijtihad dan saya tidak menyimpang daripada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW.”

Hari ini apabila buntu baharu tengak Quran. Inilah yang tidak betul. Orang mencuri Allah Ta’ala kata kerat tangan tetapi kita memakai hukum manusia. Tinggal hukum Allah Ta’ala.

Lalu Rasulullah SAW menepuk dada Muaz dan ada riwayat kata tepuk bahu Muaz dan bersabda: “Segala puji bagi Allah tuhan yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah dengan apa yang diredhai oleh Rasulullah.”

Rasulullah suka hati apabila Muaz jawab begitu. Nabi berkata di negeri Yaman ada golongan ahli kitab bukan orang jahiliah macam Mekah: “Wahai Muaz yang pertama ajak mereka masuk Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Setelah mengucap dua kalimah syahadah beritahu kepada mereka Allah mewajibkan sembahyang lima waktu sehari semalam. Kemudian beritahu kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada orang-orang kaya di kalangan mereka menunaikan zakat. Tujuannya ialah untuk membahagi kepada orang yang berhajat di kalangan mereka.”

Sambungan hadis ini dalam riwayat yang lain: “Wahai Muaz jangan engkau ceroboh harta mereka, setelah zakat ditunaikan janga ambil lebih daripada itu.  Jangan membuat zalim, jauhlah kamu daripada orang yang membuat zalim kerana doa orang yang kena zalim itu tiada hijab di antaranya dengan Allah SWT.”

Quran menghuraikan 8 jenis manusia yang layak menerima zakat. Zakat ialah salah satu cara mengatasi masalah kemiskinan. Ini berlaku zaman Umar bin Abdul Aziz iaitu sukar mencari orang yang layak menerima zakat.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment