Allah SWT
telah menetapkan satu sistem pengurusan kewangan yang cukup ampuh bagi setiap
manusia, betapa pemurahnya Allah SWT memberikan kepada kita, bukan sahaja
rezeki, bukan sahaja kekayaan, bukan sahaja nikmat tetapi segala-galanya yang
tidak boleh dihitung berapa banyak nilainya. Allah SWT telah menetapkan satu
sistem untuk kita menyucikan harta tersebut.
Mengapa harta
perlu disucikan? Kerana dalam ayat yang disebut iaitu ambillah sebahagian
daripada harta mereka sebagai zakat untuk menyucikan harta mereka dan juga
untuk menyucikan diri daripada sifat mazmumah antaranya bakhil dengan harta.
Dalam
proses mencari rezeki walaupun secara halal kadang-kadang tersilap dan terlalai
sewaktu melakukan tugas menyebabkan rezeki itu perlu dibersihkan. Oleh itu
Allah menjadikan satu mekanisma untuk membolehkan harta kita menjadi hak orang
lain yang tidak ada berkemampuan dan tidak memiliki nikmat seperti kita.
Firman Allah
Ta’ala bermaksud: “Dan di dalam harta mereka itu ada hak bagi mereka yang
meminta dan mereka yang tidak meminta.”
Jadi
zakat disyariatkan oleh Allah SWT untuk menyucikan harta kita.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment