Telah di sebutkan di
dalam Kitab Al-Adab yang telah dihimpunkan oleh Sayyid Muhammad Amin bin Idrus,
iaitu hasil daripada himpunan adab yang telah beliau pelajari daripada
Al-'Allamah Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith, bahawasanya memakai imamah itu
ade beberapa adab :
1. Warna imamah yang
terlebih utama adalah berwarna putih.
2. Apabila memakai
imamah, hendaklah berserta 'adzabah yakni hujung imamah dibiarkan tergantung
(ekor serban). Ukuran paling sedikit ekor serban ialah empat jari,
pertengahannya sejengkal, dan yang paling panjang ukuran ekornya ialah satu
dziro' atau setengah meter/sehasta.
3. Memakai imamah ketika
akan solat, kerana solat memakai 'imamah lebih afdhol dari 70 solat tanpa
imamah. (Sila rujuk Bughyatul Mustarsyidin, Kanzul 'Ummal).
4. Niat memakai dengan
niat agar mendapat doa para malaikat.
5. Menjaga kebersihan
imamah serta mewangikannya.
6. Niat yang baik ketika
memakai seperti mengikut sunnah Rasulullah ﷺ dan untuk menambah sifat lemah lembut pada
diri, kewibawaan dan kemuliaan.
7. Memakai imamah atau
serban dalam keadaan posisi berdiri. Hal ini kerana diriwayatkan dari
sebahagian ulamak memakai imamah dalam keadaan duduk merupakan salah satu
daripada asbab dapat kepapaan atau kemiskinan. (SIla rujuk Taalim Mutaalim).
8. Apabila hendak
melepaskan atau membuka imamah hendaklah dilepaskan secara tertib,
perlahan-lahan seperti memakainya.
9. Membaca ayat kursi
ketika memakainya.
10. Hendaklah memakai
imamah sebagai tanda perbezaan antara Muslim dan orang-orang kafir.
11. Ukuran panjang imamah
hendaklah tidak lebih dari tujuh hasta atau 3,5 meter dan lebih utama tidak
melebihi batas ukuran badan dan tingkat ilmunya. (Walaubagaimanapun terpulang
kepada tarbiah guru kerana masing-masing ada kaedah yang tersendiri).
12. Niat juga memakai
imamah untuk mencontohi para malaikat. (Sila rujuk Jauhar Mauhub wa
Munabbihatul Qulub)
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment