Jihad
dengan maksud menegakkan kalimah Allah supaya dapat menarik seramai-ramainya
orang kepada Islam. Bukan membunuh orang seramai-ramainya. Kalau ada yang
menghalang jalan ini barulah dilawan. Ataupun jika Islam dihina dan direndah,
kita berjuang mempertahankannya sebagaimana yang ditunjukkan Nabi dan Para
sahabat.
Ini
yang kita perlu faham. Perlu betul pada niatnya, caranya dan adabnya. Kalau tak
kena caranya bukan jadi jihad, tapi jadi jahat. Mati masuk neraka saja-saja.
Kerana itu perlu dipelajari hukum-hukum jihad sebagaimana dipelajari
hukum-hukum solat, puasa, zakat dan haji. Bukan pakai langgar je semua.
Hari ini
ramai sangat pergi berjihad tapi tak tahu kehala. Sampai masjid pun dibom. Sedangkan
bom gereja pun dilarang, apatah lagi masjid. Nabi sebut hatta paderi tidak
boleh dibunuh.
Orang
yang berjihad di Palestin, Gaza dan Selatan Lubnan menentang Israel. Orang
kafir menceroboh tanahair Islam. Itu baru jihad yang betul. Ini pergi berperang
sesama Islam. Tidak dinafikan menentang pemimpin yang zalim adalah jihad. Tapi
jihadnya macamana? Bukan jihad angkat senjata. Tapi jihad menegur, menerang dan
menyatakan kebenaran.
Di
samping pemimpin yang zalim itu ada kakitangan yang hanya menjalankan tugas
biasa dan tidak zalim. Bahkan sekiranya negara diperintah oleh orang kafir
sekalipun, perlu ada orang Islam berada dalam kerajaan bagi menjaga urusan
orang Islam sahaja. Apakah kita nak membunuh semua golongan ini?
Kita
berada di zaman fitnah. Nabi SAW bersabda di akhir zaman ini pembunuh tidak
tahu kenapa dia membunuh dan yang dibunuh tidak tahu kenapa dia dibunuh.
Pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Kena jaga baik-baik
amaran ini.
Nabi
pesan apabila tiba zaman fitnah, ambil pedang kamu dan tetaklah pada batu
hingga tumpul dan kamu tidak boleh membunuh orang dengannya. Biarlah orang
bunuh kamu itu lebih baik. Nabi sebut juga pada zaman fitnah, orang berjalan
lebih baik dari orang berlari. Orang duduk lebih baik dari orang berdiri.
Inilah
yang dilakukan Saidina Uthman. Apabila ada orang Islam yang kepung rumahnya
untuk membunuhmya, datang para sahabat yang muda ke rumahnya mahu memerangi
golongan tersebut. Namun Saidina Uthman melarangnya dan berkata, biarlah mereka
bunuh aku saja.
Nabi SAW
juga menyebut apabila munculnya Imam Mahdi, akan tiba bala tentera dari Syam
datang untuk memerangi beliau yang berkuasa di Mekah. Tuhan jadikan fitnah
terlalu hebat, tidak tahu mana yang benar melainkan orang yang diberi hidayah
oleh Allah SWT. Waktu itu bilangan pengikut Imam Mahdi hanya 313 orang sahaja.
Tetapi ditakdirkan Allah, di pertengahana jalan kumpulan ini ditelan oleh bumi.
Pada masa itu barulah orang tahu bahawa dialah Imam Mahdi yang sebenar.
Terdapat
juga Hadis yang menyatakan Dajjal akan muncul di antara Iraq dan Syam. Hari ini
ramai orang berperang di sana. Mereka tak sedar Dajjal akan muncul di situ.
Nanti mereka akan jadi pengikut Dajjal. Ini perkara yang perlu kita sedar dan
berjaga-jaga.
Masjid
Rusila
3 Syawal 1437
8 Julai 2016
3 Syawal 1437
8 Julai 2016
_(Alang Ibn Shukrimun)_
No comments:
Post a Comment