Thursday, January 12, 2017

PENULIS WAHYU MURTAD

Cerita orang lari daripada Islam zaman nabi SAW sudah berlaku iaitu masa nabi membuat perjanjian Hudaibiah. Dalam perjanjian Hudaibiah mana-mana orang Madinah yang lari ke Mekah mesti hantar balik tetapi mana-mana orang Mekah yang lari ke Madinah kesti hatar balik.

Antara yang lari ke Mekah itu ialah Abdullah bin Abi Sarof. Beliau ialah penulis wahi. Penulis wahi bukan sembarangan orang. Orang yang nabi pilih boleh murtad, keluar daripada Islam.

Para sahabat mendapati perjanjian Hudaibiah berat sebelah. Saidina Umar naik geram tetapi nabi SAW mempunyai pandangan yang jauh, pandangan politik. Politiknya ialah Madinah diiktiraf sebagai sebuah negara. 

Akhirnya golongan musyrikin melanggar perjanjian Hudaibiah dan membolehkan nabi SAW membuka Mekah. 

Bila Mekah dibuka nabi SAW telah menyenaraikan beberapa orang. Orang lain dimaafkan tetapi beberapa orang ini kalau berjumpa hapuskan mereka walaupun bergantung di kelambu Ka’abah. Antara orang yang termasuk dalam senarai itu ialah Abdullah bin Abi Sarof, penulis wahi.

Pengkhianat tidak boleh dimaafkan kerana pengkhinat lebih merbahaya daripada musuh. 

KULIAH YT


2 comments:

  1. Abdullah bin Abi Sarof sempat taubat sblum fatah mekah..

    http://www.fiqhmenjawab.net/2016/11/benarkah-rasulullah-mengeksekusi-abi-sarah-penghina-al-quran/

    ReplyDelete
  2. Penceritaan tak habis...Abi Sarah bertaubat slps itu

    ReplyDelete