Zaman dahulu, sebelum kedatangan Islam ada hamba-hamba sahaya. Hamba ialah orang yang dimiliki kerana zaman dahulu berlaku peperangan. Bila berlaku peperangan ada tawanan perang yang dijadikan hamba. Hamba boleh juga terjadi dengan merompak di tengah jalan atau merompak di sana sini. Mereka yang kuat merompak kanak-kanak atau orang perempuan dan dijadikan hamba.
Oleh kerana
perkara ini tersebar dengan luas dan tidak boleh dihapus dengan mudah maka
Islam tidak menghapuskan serta merta. Cuma Islam meletakkan kewajipan yang
besar kepada mereka yang memiliki hamba. Hamba wajib
diberi nafkah sebagaimana wajib memberi nafkah kepada anak isteri. Hamba-hamba
tidak boleh dizalimi dan wajib memberi haknya. Ini beratnya hukum Islam dalam
perkara hamba.
Islam
menggalakkan hamba-hamba dimerdehkakan sehingga ada bahagian zakat sekiranya
ada hamba hendak dimerdehkakan. Boleh diberi zakat untuk membebaskan mereka.
Sumbangan yang bukan zakat diberi pahala yang sangat besar kerana memerdehkakan
hamba. Ini menyelamatkan orang daripada menjadi hamba dan termasuk dalam hukum
Islam juga.
Hukuman
dalam kesalahan-kesalahan tertentu antara hukumnya ialah membebaskan hamba.
Orang yang melanggar sumpah antara hukumnya ialah memerdehkakan hamba. Orang
yang melakukan zihar wajib membayar fidyah pertama memerdehkan hamba. Orang
bersetubuh dengan isteri waktu siang hari di bulan Ramadan yang pertama wajib
memerdehkakan hamba. Orang yang membunuh dengan tidak sengaja di antaranya
wajib memerdehkakan hamba.
Banyak
hukum memerdehkakan hamba dan membebaskan hamba mendapat pahala yang sangat
besar. Hamba dianggap seperti waris. Sekiranya hamba mati dan tidak mempunyai
isteri, tidak anak dan tidak ada waris maka tuan yang memerdehka boleh menerima
pusaka daripadanya. Ini eratnya hubungan Islam dalam perkara hamba ini.
Dengan
hukuman yang begini dalam dunia Islam tiada lagi hamba hingga hari ini. Bahkan
bekas-bekas hamba ada yang menjadi raja. Raja Mamalik di Mesir adalah bekas
hamba abdi yang dimerdehkakan. Bekas hamba abdi belajar dan pandai. Di kalangan
mereka ada yang menjadi ulamak, menjadi pemimpin, menjadi khalifah dan memegang
jawatan dalam kerajaan. Ini keistimewaan yang ada dalam Islam dan tidak ada
dalam ajaran lain.
Orang barat berbangga
dengan Abraham Lincom, salah seorang presiden Amerika yang terkenal dengan
mengharamkan hamba abdi. Tetapi matlamatnya tidak tercapai kerana bekas-bekas
hamba Amerika dihina dan tidak diberi hak sebagaimana yang berlaku dalam
masyarakat Islam.
Di sinilah
letaknya kebaikan dan keistimewaan Islam daripada agama lain dan ajaran yang
lain.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment