Wahai hamba-hamba Allah bertaqwalah kamu
kepada Allah dengan mengiikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Carilah bekalan maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah
bertaqwa. Susungguhnya berjayalah orang yang bertaqwa kepada Allah.
Firman Allah SWT surah al-Baqararh (surah 2)
ayat 144-145:
( 144 )
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang
menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang
engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat
letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke
arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan
Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah
perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan
apa yang mereka lakukan.
( 145 )
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi
dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang
menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan
menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka;
dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain.
Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah
datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya
engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.
Walaupun ayat ini ada kaitan dengan peristiwa
Allah SWT mengarahkan Rasulullah SAW dan orang-orang Islam menjadikan yang
dibina oleh nabi Ibrahim AS sebagai kiblat sebelum melakukan ibadat, sebelum
daripadanya mereka berkiblat ke arah Baitul Maqdis, bandar yang dibuka oleh
nabi Ibrahim AS
Nabi Ibrahim AS ialah nabi yang disanjung
oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian mengikut agama masing-masing
dan disanjung juga oleh orang-orang musyrikin yang menganggap dia sebagai salah
satu daripada tuhan mereka. Yahudi dan Kristian menganggap nabi Ibarahim
sebagai bapa kepada nabi-nabi bani Israil AS. Allah Ta’ala menegaskan dalam
surah al-Imran (surah ) ayat 67:
( 67 ) Bukanlah Nabi Ibrahim itu
seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian,
tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang
taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari
orang-orang musyrik.
Islam adalah satu-satunya agama Allah SWT
yang dibawa oleh nabi Adam dan nabi-nabi yang kemudian daripadanya sehinggalah
nabi akhir zaman, Muhamad SAW. Hanya Islam satu-satunya agama yang benar.
Kenyataan nabi akhir zaman yang membawa Islam disebut dalam kitab agama-agama
lain, bahawa sebelum Allah SWT menamatkan dunia dengan berlakunya kiamat,
dilahirkan nabi akhir zaman, Muhamad SAW adalah menjadi kewajipan kepada
seluruh dunia mengikut syariat, aqidah dan akhlak yang diajar oleh nabi Muhamad
SAW.
Allah SWT telah menunjukkan kekuasaannya
bagaimana Muhamad SAW yang dilahirkan di Mekah yang kering kontang telah
melahirkan generasi awal yang beramal dengan ajaran Islam sepenuhnya yang
terkandung di dalam 30 juzuk al-Quranul Karim telah berjaya menguasai
sebahagian besar daripada muka bumi dan benua-benua yang penting dalam dunia
serta menunjukkan tamadun yang sebenarnya memakmurkan bumi dengan petunjuk
Allah SWT.
Setelah umat Islam meninggalkan ajaran Islam,
mereka mengalami zaman kejatuhan. Umat Islam telah diratah oleh musuh-musuh
mereka. Malangnya musuh-musuh yang mengetahui tentang nabi Muhamad SAW dan
agama Islam itu bukan sahaja tidak kahu mengikut petunjuk yang sebenar yang
dinyatakan dalam kitab-kitab mereka, tetapi mereka terus bermusuh dengan Islam
sehingga hari ini.
Marilah kita sebagai umat Islam dengan penuh
keyakinan kepada kenyataan Allah SWT hanya Islam sahaja yang menyelamatkan kita
di dunia sehingga hari akhirat.
Firman Allah SWT surah Saf (surah 61 ) ayat
9:
( 9 ) Dia lah yang telah mengutus
Rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar
(ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama
yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment