Firman Allah
Ta’ala bermaksud: “Maka sekiranya sesiapa yang berhujah dengan mu wahai Muhamad
SAW, setelah kamu membawa ilmu daripada kitab Allah, kebenaran itu daripada
tuhan kamu jangan kamu termasuk di kalangan orang-orang yang ragu dan syak,
jika degil panggil mereka. Kami panggil anak-anak kami dan kamu panggil
anak-anak kamu, kami panggil isteri kami dan kamu panggil isteri kamu, kemudian
kita bermubahalah, kita minta supaya Allah Ta’ala menurunkan laknat kepada
sesiapa yang bohong di kalangan kita.”
Lalu paderi
mereka meminta tangguh hingga esok. Mereka balik ke khemah mereka untuk
bermesyuarat. Dalam mesyurat paderi mendedahkan bahawa Muhamad adalah
Rasulullah, tetapi mereka tidak mahu masuk Islam. Mereka datang menumui Rasulullah
dan minta berdamai.
Nabi
menerima perdamaian dan menerima jiziah daripada mereka. Orang Islam dikenakan
bayaran zakat, orang Kristian dan Yahudi dikenakan bayaran jiziah. Zakat dan
jiziah merupakan sumber kewangan negara Islam untuk menggaji kakitangan
kerajaan dan untuk memberi bantuan kepada orang-orang Islam dan bukan Islam
yang memerlukan bantuan serta mendirikan perkara-perkara kepentingan orang
ramai.
Mereka dan
orang-orang musyrikin tidak masuk Islam dan tuhan berfirman:
“Maka Allah akan
mengadili dan menghukum mereka di mahkamah Allah pada hari kiamat kelak dan
pada masi itu diketahuilah siapa yang betul dan siapa yang salah.”
Sebenarnya
selain daripada Islam semuanya tidak betul. Yahudi tidak betul, Kristian tidak
betul, musyrikin tidak betul, komunis tidak betul, kapitalis tidak betul,
sosialis tidak betul, progmatis tidak betul dan nasionalis pun tidak betul.
Apa
yang menjadi masalah orang Islam menganut fahaman komunis, orang Islam menganut
fahaman kapitalis, orang Islam menganut fahaman sosialis, orang Islam menganut
fahaman nasionalis, orang Islam menganut fahaman progmatis dan orang Islam
menganut fahaman liberal. Mengapa? Kerana tidak faham.
Dalam beriman mereka bertuhan kepada kebendaan, bertuhan
kepada ekonomi dan kebendan serta ekonomi menjadi matlamat bukan menjadi alat
untuk khilafah di bumi Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment