Hadis Rasulullah
SAW:
Dan dari Abi
Hurairah RA bahawa seorang Arab Badwi datang mengadap nabi SAW lalu berkata Ya
Rasulullah tunjukkan kepada saya amalan apabila saya beramal dengannya saya
masuk syurga.
Sabda
Rasulullah SAW: “Engkau menyembah Allah dan engkau tidak menyengutukan
dengannya akan sesuatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, engkau
menunaikan zakat yang diwajibkan dan engkau berpuasa di bulan Ramadan.”
Lalu dia
berkata demi tuhan yang diri aku berada di dalam kekuasaannya aku tidak
menambah lagi lebih daripada perkara ini.
Maka tatkala
ia beredar sabda nabi SAW: “Barangsiapa yang suka untuk
melihat kepada seseorang di kalangan ahli syurga lihatlah kepada dia ini.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini
menunjukkan Rasulullah telah confirm dia ini masuk
syurga. Bukan dengan sewenang-wenang seseorang itu masuk syurga. Nabi
tidak boleh menentu siapa dia masuk syurga melainkan diberi oleh Allah Ta’ala.
Ada
sepuluh para sahabat yang nabi jamin masuk syurga. Abu Bakar, Umar, Uthman,
Ali, Saad bin Abi Wakaf, Zubir bin Awam, Abu Ubaidah, Amir bin Jarrak, Tolahah
bin Ubaidillah dan antaranya ialah Abdullah bin Salam.
Orang Badwi
bertanya soalan yang mudah sahaja wahai Rasulullah tunjuk kepada saya amalan
yang boleh saya masuk syurga.
Lalu
Rasulullah memberitahu kepadanya kamu beribadat dengan
ikhlas, tidak ada syirik, mendirikann sembahyang fardu, menunaikan zakat yang
diwajibkan dan berpuasa Ramadan.
Lalu dia
berkata ya Rasulullah demi tuhan yang diri saya berada di dalam kekuasaannya
saya tidak menambah lebih daripada Rasulullah beritahu kepada saya. Inilah
menjadi amalan saya, insya Allah.
Rasulullah
melihat keikhlasannya yang ada pada hatinya. Ini
menunjukkan betapa amalan wajib menjadi asas kepada semua amalan. Apa yang
penting ialah seseorang itu menunaikan perkara yang wajib, perkara sunat adalah
tambahan.
Jika
seseorang itu membuat ibadat wajib dengan sempurna sudah cukup baginya masuk
syurga.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment