Allah memberi perhatian
khusus tentang angka 40 ini:
“Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang
sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah
dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan
nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya
akutetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; danjadikanlah sifat-sifat
kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk
patuh kepadamu/berserah diri).” (Al-Ahqaf [ 46 ] : 15)
Ayat ini menyatakan umur 40,
iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur
keIslamannya. Syaratnya dia mulai daripada sejak dia baligh lagi. Kebanyakkan
ulama’ bersungguh-sungguh dalam beribadah mengurangi tidurnya, ketika
mencecah usia ini.
Dalam ayat ini juga Allah berpesan supaya;
1. Berbakti kepada kedua
ibu-bapa (ada ayat lain dalam surah al-Isra’ dan Luqman) kerana jika dia sudah
40 tahun pasti ibu-bapanya sudah melepasi 60 tahun, umur yang memerlukan banyak
bantuan.
2. Mensyukuri nikmat
iaitu dengan beramal soleh yang diredhaiNya (menjadikan semua nikmat yang Allah
berikan kepada kita untuk beramal soleh)
3. Bertaubat dan berserah
diri, maksudnya tidak mahu lagi buat maksiat dan menyedari kita adalah hak
Allah dan akan kembali kepadaNya. Maknanya apabila sudah mencapai umur 40 tahun
sudah tidak ada dosa, sudah capai puncak keIslaman dan berjaya mendidik putera
dan puterinya.
Biasa kita dengar
pendapat Helen Rowland “Life Began at Forty?”. Semua ni tidak benar sepatutnya
inilah masa penanda aras menentukan sama ada kita ke syurga atau neraka. Barat
memperdayakan dengan fakta umur. Lihatlah bagaimana mereka cuba meresapkan
ideologi untuk memperdayakan Islam. Kita pulak tersenyum dan bangga bila
menerimanya. Kononnya kita mengikut arus kemodenan ideology. Tapi lebih nyata
kalau kita terima istilah orang tua- tua dulu menyatakan “Rumah Kata Pergi,
Kubur Kata Mari “
“Jika sampai umur 40 tahun dan tidak ambil tahu langsung tentang asal
kejadiannya, dan kewajibannya dan tidak mahu bertaubat, maka syaitan akan mengusap dahinya dan gembira dia
kerana orang ini tidak ada gunanya di dunia dan di akhirat”.
“Seseorang hamba yang muslim
itu, apabila sampai 40 tahun Allah ringankan hisabnya, apabila sampai 60 tahun
Allah anugerahkan kepadanya rezeki suka kembali kepada-Nya (banyak bertaubat),
apabila sampai 70 tahun Allah jadikan dia dikasihi oleh ahli langit, apabila
sampai 80 tahun Allah teguhkan hasanahnya dan Allah hapuskan sayyi’ahnya
(kejahatannya), dan apabila sampai 90 tahun Allah ampunkan apa yang terdahulu
dan yang terkemudian daripada dosa-dosanya, Allah izinkan dia memberi syafa’at
kepada ahli rumahnya dan dituliskan namanya di langit sebagai tawanan Allah
yang berada di bumi”. Riwayatal-Hafidzal-Musili
Al-Alusi, pengarang kitab
tafsir Ruh al-Ma’ani berkata, telah disebut oleh bukan seorang bahawa manusia
itu apabila telah mencapai umur ini, akhlaknya telah begitu kuat bertapak pada
dirinya, hampir-hampir tidak akan dapat dihilangkan lagi selepas itu. Beliau
membawakan sepotong hadis tanpa menyebut perawinya.
Hadis itu bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mengheretkan tangannya di atas muka orang yang
mencapai umur 40 tahun dan tidak bertaubat sambil berkata, “demi bapaku, wajah
yang tidak akan berjaya.”
Selain itu beliau
membawakan satu Hadis yang dikeluarkan oleh Abu al-Fath al-Azadi daripada Ibn
Abbas r.a. bermaksud: “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak
mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”
Al-Khalil bin Ahmad
al-Farahidi adalah seorang laki-laki yang shalih, cerdas, sabar, murah hati,
berwibawa dan terhormat. Ia berkata,
"manusia yang paling sempurna akal dan pikirannya adalah apabila telah
mencapai usia 40 tahun. Itu adalah usia, di mana
pada usia tersebut Allah Ta'ala mengutus Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi
Wasallam, dan fikiran manusia akan sangat jernih pada waktu sahur."
(Lihat: al-Wafyat A'yan, Ibnu Khalkan: 2/245)
Keistimewaan Umur 40 Tahun
Sebahagian orang
menyebut, umur empat puluh tahun penuh teka-teki dan penuh misteri. Sehingga
terbit sebuah buku berjudul, "Misteri Umur 40 tahun" yang diterbitkan pustaka al-tibyan – Solo, diterjemahkan
dari buku berbahasa Arab, Ya Ibna al-Arba'in, oleh Ali bin Sa'id bin Da'jam.
Seseorang yang sudah
mencapai umur 40 tahun berarti akalnya sudah sampai pada tingkat kematangan
berfikir serta sudah mencapai kesempurnaan kedewasaan dan budi pekerti. Sehingga
secara umum, tidak akan berubah keadaan seseorang yang sudah mencapai umur 40
tahun.
Al-Tsa'labi rahimahullah
berkata, "Sesungguhnya Allah menyebutkan umur 40 tahun karena ini sebagai
batasan bagi manusia dalam keberhasilan maupun keselamatannya."
Ibrahim al-Nakhai
rahimahullah berkata, "Mereka berkata bahwa
jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai
tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." (Lihat: al-Thabaqat al-Kubra: 6/277)
Allah Ta'ala telah mengangkat
para nabi dan Rasul-Nya, kebanyakan, pada usia 40 tahun, seperti kenabian dan
kerasulan Muhammad, Nabi Musa, dan lainnya 'alaihim al-Shalatu wa al-Sallam.
Meskipun ada pengecualian sebagian dari mereka.
Imam al-Syaukani
rahimahullah berkata, "Para ahli tafsir berkata bahwa Allah Ta'ala tidak
mengutus seorang Nabi kecuali jika telah mencapai umur 40 tahun." (Tafsir
Fathul Qadir: 5/18)
Dengan demikian, usia 40
tahun memiliki kekhususan tersendiri. Pada umumnya, usia 40 tahun adalah usia
yang tidak dianggap biasa, tetapi memiliki nilai lebih dan khusus.
Memperbaharui Taubat
Usia 40 tahun haruslah
menjadi titik tolak dan perbaharuan taubat penyesalan seseorang atas dosa-dosa
dan kufur nikmat selama hidupnya. Karena pada usia ini benar-benar telah
merasakan banyaknya nikmat dan tidak sebandingnya rasa syukur terhadapnya. Maka
pengakuan dosa pasti akan mengalir dari orang yang mau merenungkan masa
lampaunya, sehingga dari itu lahir penyesalan, tumbuh istighfar dan taubat
kepada Allah.
" Wahai Allah, Tuhan
kami, tunjukilah kami untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada
kami dan kepada ibu bapak kami dan karuniakan kami untuk dapat berbuat amal
yang saleh yang Engkau ridhai, berilah kebaikan kepada kami dan anak cucu kami
.. Sesungguhnya kami bertobat kepada MU dan sesungguhnya kami termasuk
orang-orang yang berserah diri."
"Wahai Allah, Tuhan
kami , bantulah kami untuk berdzikir, bersyuku dan memperbaiki ibadah-ibadah
kami kepada-Mu."
Marilah kita bersama-sama
berdoa agar sisa-sisa umur kita ini dihabiskan dengan perkara yang bermanfaat,
dalam redha Allah. Kita cuma harapkan rahmat dan keampunan Allah Ta’ala.
Rasulullah saw bersabda,
“Tak akan berganjak kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya
tentang empat perkara, iaitu tentang umurnya, dihabiskan untuk apa; tentang
masa mudanya, dipergunakan untuk apa; tentang hartanya, dari mana diperolehinya
dan untuk apa dibelanjakan; dan tentang ilmunya, apakah sudah diamalkan”.(HR Tirmidzi).
Usia lanjut juga
merupakan sebuah keistimewaan. Dalam sebuah hadits qudsi Rasulullah saw
menyampaikan firman Allah SWT, “Demi kemuliaan-Ku, keagungan-Ku, dan keperluan
hamba-Ku kepada-Ku, sesungguhnya Aku merasa malu menyiksa hamba-Ku, baik
laki-laki mahupun perempuan, yang telah beruban kerana tua dalam keadaan
muslim“. Dalam hadits lain beliau bersabda, “Sebaik-baik di antara
kalian ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya”. (HR
At-Tirmidzi).
No comments:
Post a Comment