Sebenarnya
nama-nama bulan, susunan dari Muharram ke Zulhijjah serta pertukaran tahun
telah wujud di kalangan masyarakat Arab sejak zaman Jahiliah. Cuma perkiraan
tahun bermula tahun berlaku hijrah adalah ketetapan sejak zaman Saidina Umar
daripada idea Saidina Ali. Sebelum itu orang arab hanya membilang tahun mereka
dengan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada tahun tersebut sahaja.
Keputusan para
sahabat Nabi ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di seluruh dunia.
Tamadun lain memulakan tahun mereka samada dengan kelahiran seseorang,
perlantikan seseorang atau kemerdekaan. Oleh itu kenapa para sahabat tidak
memilih tahun lahir Nabi, atau tahun menerima wahyu pertama ataupun tahun Fath
Makkah yang menjadi kemerdekaan buat Muhajirin?
Tentu sekali kerana
peristiwa Hijrah dianggap peristiwa yang paling penting di dalam. Hijrah telah
merubah landskap syarak dari era makki ke era madani. Corak penyampaian ayat
Al-Quran juga telah berubah setelah hijrah.
Faktor terbesar
perubahan ini adalah kerana Allah menetapkan perjuangan Islam pasca hijrah
telah beralih ke fasa politik dan pemerintahan. Sebelum ini perjuangan Islam
tidak punya kuasa politik. Faktor lain adalah bermula jihad melawan
musuh. Sebelum itu, umat Islam tidak dibenarkan mengangkat senjata walaupun
untuk mempertahankan diri.
Ini membuktikan
pentingnya jihad dan politik di sisi umat Islam. Semua harus menginsafi bahawa
Islam tidak dapat dipisahkan dari jihad dan politik. Namun barat melalui orientalisnya
terlebih dahulu mengesan perkara ini. Mereka segera mengatur langkah merosakkan
fikrah umat Islam dengan membuang tajuk jihad dan politik dari pendidikan
Islam.
PUNCA
Hebat bukan
peristiwa hijrah? Daripada tiada kuasa terus mendapat sebuah negara. Daripada
tidak boleh melawan terus diperintah berperang. Dari mana datang kekuatan umat
Islam untuk merubah landskap perjuangan ini sehingga membuahkan suatu anjakan
paradigma yang mencerahkan masadepan perjuangan Islam?
Hijrah yang agung
ini sebenarnya bermula dari sebuah baiah beberapa tahun sebelumnya. Ia
dilakukan oleh beberapa orang Ansar yang datang ke Mekah untuk menunaikan Haji
mengikut jahiliah. setelah Nabi berdakwah ke atas mereka, dengan segera mereka
beriman dan memeluk Islam. Lantas Nabi meminta mereka berbaiah.
Baiah adalah janji
setia umat Islam kepada Allah dihadapan pemimpinnya untuk memperjuangkan Islam
sepenuh jiwa raga. Dalam peristiwa di atas, 12 orang Ansar itu berbaiah akan
mengamalkan Islam dan menyebarkannya di Madinah.
Pada musim Haji
tahun berikutnya, mereka kembali lagi ke Mekah, kali ini membawa 73 orang lagi
yang telah muslim dari penduduk Madinah berjumpa Rasulullah SAW. Sekali lagi
Rasulullah memperbaharui baiah denga ditambah nas-nas baru yang lebih mencabar.
Dengan tekad yang
tinggi hasil sebuah baiah yang dimeterai, mereka berjaya menyampaikan Islam ke
setiap rumah yang wujud di Madinah. Sebelum baginda SAW berhijrah lagi,
penduduknya telah Islam terlebih dahulu dan beriman kepada Nabi dari jauh. Maka
tidak hairanlah sewaktu Nabi tiba, hampir seluruh pendudu Madinah berkumpul di
pintu masuk kota tersebut dan menyambut Nabi dengan perayaan yang sangat hebat.
Jika kita memahami
intipati hijrah ini, sebenarnya landskap perjuangan Nabi tidak berubah secara
drastik. Ia telah dimulai beberapa tahun sebelumnya hasil usaha mereka yang
berbaiah. Justeru, dapatlah kita simpulkam bahawa kunci kejayaan hijrah baginda
SAW terletak dari 'kesaktian' ataupun keberkatan baiah yang dilakukan.
Maka wajar sekali
bagi sebuah gerakan yang memperjuangkan Islam, untuk mewujudkan baiah terhadap
anggotanya dan sentiasa memperbaharuinya agar anggotanya terus tekad dan
istiqamah dalam perjuangan. Setelah berbaiah, wajib kepada anggotanya wala' dan
mematuhi segala kandungan baiahnya sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan
Allah.
Apabila baiah dan
segala tuntutannya dipenuhi, maka akan tibalah anugerah sebesar kurniaan
Hijrah kepada perjuangan Islam tersebut. Anugerah hijrah tidak lain adalah
sebuah kuasa pemerintahan yang terkanding di dalamnya segala nilai-nilai Islam.
Dan akan berubahlah roda putaran Islam, dari bawah naik ke atas!
Inilah formulanya:
BAIAH+WALA'=NUSRAH!
BAIAH+WALA'=NUSRAH!
Salam Maal Hijrah
1437
(Alang Ibn Shukrimun)
No comments:
Post a Comment