Sunday, December 11, 2016

IKTIKAF


Iktikaf berasal dari bahasa Arab iaitu akafa, bererti menetap dan menyembunyi diri atau mengurung diri.
Pengertian dalam kontek ibadah dalam Islam adalah berdiam diri di dalam masjid untuk mencari keredhaan Allah SWT dan bermuhasabah diri (intropeksi) atas perbuatan-perbuatannya. Orang yang sedang beriktikaf dipanggil mutakif.

Mengikut ahli fiqh terdpt dua jenis iktikaf, iaitu iktikaf sunat dan wajib.

Iktikaf sunat adalah yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk mendekatkan diri dan mengharapkan redha Tuhan.

Iktikaf wajib adalah iktikaf yang dinazarkan. Bersemperna hajatnya yang telah disempurnakan.
Bagi pandangan ahli Tarekat / Tasawuf, hakikatnya adalah mengosongkan diri dari sifat-sifat mazmumah dan mengisikan dengan sifat-sifat yang terpuji/ mahmudah. Atau pun bererti menempuh jalan menuju kepada Allah SWT, juga disebut suluk/khalwat, iaitu berada di tempat yang sunyi sepi, agar dapat beribadah dengan khusuk dan sempurna. Orang beriktikaf di masjid atau surau selama 40 hari, 20 hari, 10 hari dan 5 hari sesuai dengan masa keadaan semasa.

Selain daripada iktikaf ianya disebut, bersunyi, mengasingkan diri, menyepi, beruzlah, latihan kerohaniah, bersuci dan sebagainya.

Sejarah awal ialah Nabi saw bersunyi, menyepikan diri, mengasingkan diri, berkhalwat di gua Hira, untuk membersih diri, menyucikan diri mengingati Tuhan Rabbul Jalil. Sebelum ini Nabi telah pun beberapa kali disucikan oleh Malaikat Jibrail. Setelah beliau dilantik sebagai Nabi dan Rasul, beliau menyambungkan usaha ini bersama-sama pengikut setianya di masjid, sebagai amalan rutin yg berterusan.

Amalan yang dibuat adalah, beristingfar memohon ampun dan taubat, membaca Quran, berselawat, memperbanyakkan zikrullah secara berterusan.
Quran dan Hadis berkenaan Iktikaf (suluk)

1) Q.S. Al- Baqarah, ayat 222, yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."

2) Q.S. Al- Araf, ayat 142, yang bermaksud :
"Dan telah kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu 30 malam dan kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (mlm lagi) maka sempurnakanlah waktu yang ditentukan Tuhannya selama 40 mlm."

3) Q.S Al-Fajr, ayat 1-5, yang bermaksud :
"Demi (perhatikan) fajar. Dan malam sepuluh, dan yang genap dan ganjil. Dan malam ketika telah pergi. Sesungguhnya tentang hal demikian itu menjadi sumpah (perhatian) bagi orang yang berakal".

4) H.R.Muslim, ayat 1141, yg bermaksud :
"Dari Aisyah r.a. Katanya; Sesungguhnya Nabi SAW iktikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramdan hingga beliau wafat. Kemudian para isteri beliau meneruskan iktikaf seperti itu sesudah beliau wafat".

5) H,R.Muslim, ayat 1142, yg bermaksud :
"Dari Aisyah r.a. Katanya: " Apabila Rasulullah SAW hendak beriktikaf pada sepuluh yang akhir bulan Ramadan, beliau solat Subuh lebih dahulu, setelah itu barulah beliau masuk ketempat iktikaf, iaitu sebuah bilik kecil yang dibuat khusus untuknya. Beliau bermaksud hendak beriktikaf selama sepuluh hari yang akhir bulan Ramadan. Tetapi Zainab minta dibuatkan pula bilik kecil untuknya, begitu pula para isteri beliau yang lain, maka dibuat orang semuanya, ketika Rasulullah SAW solat Subuh, dilihatnya banyak bilik kecil berjejer, lalu beliau bersabda; " kebajikan macam manakah yang kalian inginkan?" 

Lalu beliau perintah supaya bilik-bilik itu dibongkar semuanya. Sedang beliau mengurungkan iktikafnya pada Ramadan itu dan menggantikan dengan iktikaf padd sepuluh awal bulan Syawal".-"

6) H.R. Bukhari, ayat 1001, yg bermaksud:
"Dari Aisyah r.a Katanya: "Biasanya Nabi SAW iktikaf pada sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadan, maka saya buatkan untuk beliau sebuah tenda sesudah solat Subuh beliau masuk kedalam tenda itu......................".

7) H.R. Bukhari, ayat 1003, yang bermaksud:
"Dari Abu Hurairah r.a. Katanya: "Biasanya Nabi SAW Iktikaf pada tiap-tiap bulan Ramadan sepuluh hari, tetapi pada tahun di mana beliau wafat, beliau iktikaf dua puluh hari".

Jika kita lihat pada nas dan bukti di atas maka amalan Iktikaf ini sememangnya mengikut pada Quran dan Hadis dan bukan amalan rekaan. 

Iktikaf dilaksanakan bukan sahaja pada bulan Ramadan sahaja. Tetapi pada bulan seterusnya. Amalan ini diamalkan oleh kaum lelaki dan perempuan.

Iktikaf sebenarnya adalah amalan para Nabi dan Rasul, orag-orang soleh, para ulama warisatul anbia. Tujuan meraih keredhaan Allah SWT. Kita semuanya sebagai umat hanyalah sekadar menumpang kerja Rasul SAW itu. Dalam proses menuntut keampunan Tuhan, membersih diri, membesar kalimah Asma Tuhan, serta cuba berserta, menghampirkan diri terhadap Zat yang Maha Pencipta al-Rahmat dan al-Rahim.

Diakhiri dengan ayat Quran Surah al-Imran ayat 200 yang bermaksud: 

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan tingkatkanlah kesabaran mu dan tetaplah siaga/konsentrasi dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya kamu mendapat kemenangan".

Assalamualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment