Firman Allah Ta’ala Surah Toha
ayat 57-60:
( 57 )
Firaun berkata: "Patutkah engkau datang kepada kami untuk
mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa?
( 58 )
"Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir
yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan
antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu
tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak".
( 59 )
Nabi Musa menjawab: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah
hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha".
( 60 )
Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu. Ia mengumpulkan ahli-ahli
sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian ia datang ke tempat perlawanan.
Ayat
ini menceritakan berkenaan pertembungan antara kuasa mukjizat dengan kuasa
sihir dengan bantuan syaitan dan iblis.
Ayat ini
juga menceritakan tentang Firaun yang memiliki ahli
sihir mengikut ulamak seramai 80,000 orang untuk menjaga kuasanya dan menzalimi
rakyat. Bagi Firaun bukan sahaja raja tetapi tuhan dan tidak boleh ada
kuasa lain yang mengganggunya. Bila diberi nasihat Firaun menganggap
kerajaannya akan dijatuhkan.
Anak
angkat Firaun bernama Musa yang dibesar dalam istananya melarikan diri ke
Madyan untuk menyelamatkan diri daripada buruan ayah angkatnya.
Dalam
perjalanan pulang dari Madyan ke Mesir Musa dilantik menjadi rasul dan diberi
mukjizat tongkat, bila dicampak menjadi ular yang besar dan keluar cahaya bila
dikeluarkan tangan daripada sakunya.
Allah SWT
menyuruh nabi Musa AS bertemu Firaun dan berdakwah dengan bahasa yang lembut.
Firaun menolak dan nabi Musa AS mengeluarkan tangan daripada sakunya lalu
keluar cahaya sebagai tanda kerasulan.
Lalu Firaun
berkata kamu hendak jatuhkan kerajaan aku dengan sihir kamu. Firaun mengajak
nabi Musa berlawan sihir. Nabi Musa minta perlawanan iatu diadakan waktu dhuha
dan ahli sihir Firaun dapat dikalahkan.
Sihir bermaksud benda-benda
khayal dan tidak dapat ditafsirkan. Sihir dijuga bermakna meminta tolong
daripada syaitan dengan tujuan untuk menolak sesuatu mudharat atau pun
memperolehi sesuatu manfaat.
Firman Allah Ta’ala surah
al-Baqarah ayat 102:
“Mereka
(membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan
oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi
Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi
puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah
yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua
malaikat:
Harut dan
Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang
pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya
kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau
menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga
orang-orang mempelajari dari mereka berdua:
ilmu
sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal
mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan
sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan
sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak
memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu)
telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi
mendapat bahagian yang baik di akhirat.
Demi
sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah
mereka mengetahui.”
Sihir
berlainan daripada mukjizat. Sihir ialah satu-satu yang berlainan daripada akal
yang waras yang tidak boleh ditafsirkan.
Imam Nawawi
telah membezakan diantara mukjizat dengan sihir seperti berikut:
1. Mukjizat ialah satu kurniaan Allah kepada para nabi
sedangkan sihir merupakan satu perkara yang dipelajari oleh
orang-orang yang hendak dekatkan diri dengan syaitan kerana hendak mendapat
kepentingan duniawi.
2. Sihir
boleh dipelajari tetapi mukjizat tidak boleh dipelajari.
3. Sihir boleh diulang-ulang tetapi mukjizat tidak dapat
diulang.
Kisah Firaun dengan nabi Musa
diceritakan di banyak tempat dalam Quran. Firaun sanggup membuat apa sahaja
bila merasa kedudukannya tergugat.
Perlawanan
nabi Musa AS dengan tukang sihir Firaun berlaku di waktu dhuha dihadapan Firaun
dan pembesar-pembesarnya dengan disaksi oleh ramai orang.
Sebelum
mencampak tali sihir, tukang sihir Firaun yang mengambil bahagian mengikut
ulamak seramati 17 orang, didedahkan dalam Quran bahawa mereka berbisik-bisik
sesama mereka, jika kita kalah kita akan beriman dengan nabi Musa.
Bila
dicampak tali-tali mengikut ulamak telah dimasukkan bahan kimia lalu tali-tali
itu bergerak nampak macam ular. Melihat keadaan demikian nabi Musa panik lalu
tuhan berfirman:
“Wahai
Musa jangan takut, campakkanlah tongkat kamu.”
Nabi
Musa pun mencampak tongkatnya dan tongkat bertukar menjadi ular yang besar.
Ular nabi Musa memakan semua ular-ular tukang sihir Firaun. Tukang sihir yang
mengetahui ular nabi Musa adalah mukjizat lalu sujud dan beriman kepada nabi
Musa AS.
Firaun marah lalu
mengisytiharkan undang-undang dharurat:
“Kamu
beriman dengan tuhan Musa tanpa mendapat kebenaran aku, aku akan potong kaki
dan tangan kamu secara bersilang.”
“Hukumlah apa yang kamu
hendak hukumkan, sesungguhnya kamu boleh menghukum atas dunia sahaja.” Jawab
tukang sihir.
KULIAH
TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment