Setiap manusia pasti
menginginkan hidup yang selamat di dunia dan di akhirat kelak. Serta dielakkan
dari pada azab kubur serta fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah masih ad
dajjal. Salah satu doa yang diajarkan Rasulullah SAW ada dalam satu riwayat
hadis daripada Abu Hurairah r.a . Doanya berbunyi:
اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال
‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ ,
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa kubur, seksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.” (HR. Muslim dan An-Nasa'i)
Di antara amalan manusia
yang akan dapat membebaskan dari pada azab
kubur yang diterangkan di dalam hadith Rasulullah SAW adalah:
1. Orang Yang Mengekalkan Air Wudu' Dalam hidupnya.
Nabi s.a.w bersabda: “Pada malam ini aku melihat satu keajaiban; aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yang diseksa di dalam kuburnya. Maka datang amalan wuduknya dan menyelamatkannya dari azab kubur.” (HR Thabrani)
2. Orang Yang Meninggal
Dunia Kerana Berjihad Di Jalan Allah SWT.
Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang mati syahid di sisi Allah mendapat enam perkara:
Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang mati syahid di sisi Allah mendapat enam perkara:
A). Diampunkan dosa2nya ketika mula2 terpancut darahnya, serta
melihat kedudukannya di syurga.
B). Selamat daripada azab kubur.
C). Selamat dari huru hara hari kiamat.
D).Dipakaikan di kepalanya dengan mahkota ketenangan. Batu yaqut yang ada padanya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
E). Dikahwinkan dengan 72 bidadari.
F). Diizinkan untuk mensyafaatkan 70 saudara maranya". (HR. Tirmizi)
Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang berjuang fi sabilillah dan sabar sehinggalah dibunuh atau menang
maka dia tidak akan diazab dalam kuburnya selama-lamanya.”(HR Hakim)
3. Orang Yang Mempertahankan Diri Di Perbatasan.
Ribat adalah menjaga tempat-tempat yang dilalui musuh untuk masuk ke Negara Islam.
Nabi s.a.w bersabda: “Ribat sehari semalam lebih baik daripada puasa dan qiamullail selama sebulan. Sekiranya seorang yang sedang ribat itu mati maka pahala amalannya akan berterusan, sentiasa diberi rezeki dikuburnya dan selamat dari azab kubur.”(HR. Muslim).
4. Orang Yang Mengamalkan Surah al-Mulk.
Ibnu Abbas menceritakan:
“Seorang Sahabat Nabi membina khemah di atas kubur tanpa
dia menyedari ia adalah kubur. Tiba-tiba di ambil melihat seorang manusia di
dalam kubur membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka sahabat tadi
berjumpa Nabi SAW dan menceritakannya.
Nabi s.a.w bersabda, “Surah al-Mulk adalah penegah dan penyelamat
yang menyelamatkan orang yang membaca serta menjaganya dari azab kubur.”(HR
Tirmizi).
5. Orang Yang meninggal kerana Sakit Perut
Nabi s.a.w bersabda: "Siapa yang mati disebabkan penyakit dalam perutnya maka tidak diazab dalam kubur."(HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad-sahih)
6. Orang Yang Meninggal Pada Malam Jumaat.
Nabi s.a.w bersabda:
"Tidak ada orang Islam yang mati malam Jumaat atau hari Jumaat
melainkan Allah akan memeliharanya dari azab kubur."(HR Tirmizi)"
"Ya Allah akhirilah
kehidupan kami dengan husnul khotimah Jangan Engkau akhiri hidup kami dengan
suul khotimah. Jauhkan kami daripada fitnah kehidupan serta fitnah kubur dan
fitnah masih ad-dajjal. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment