Monday, December 19, 2016

APA ITU SAKA



Saka ialah jin yang sudah sekalian lama berada dalam tubuh manusia sehingga sebati dengan diri orang itu. Bila sebati kadang-kadang orang sudah mati itu nampak masih hidup. Mata bergerak-gerak dan masih lagi lalu makan walaupun badan sudah busuk dan kurus kering.

Kadang-kadang dia tidur siang hari, bila tengah malam dia bangun duduk bercokoh dengan elok. Ini kerana jin itu sudah sebati dengan manusia itu.

Saka ialah jin yang dijadikan sebagai kawan, dijadikan sebagai warisan dan yang dijadikan sebagai pembantu.

Saka ini berlaku dengan secara sedar atau tidak sedar bahawa dia telah diwarisi dan merawisi.

1. Ada jenis saka yang sedar. Dia sedar dia ada saka.

Macam mana dia boleh sedar dia ada saka?

Bila opah dia, bila emak dia atau tok wannya sendiri mengatakan:

“Aku dah hendak mati, aku tidak sanggup lagi hendak membelanya. Sekarang tugas kamulah membelanya.”

Jadi orang itu tahu atau sedar yang dia ada saka. Kadang dia ambil keris dan kena pasang kemiyan  tiap-tiap malam Jumaat. Kadang dia ambil cucuk sanggul bagi orang perempuan.

2. Dia tidak sedar yang dia ada saka. Dia tidak sedar dia mewarisi saka. Tiba-tiba dia boleh berubat orang. Tiba-tiba pandai bersilat.

Bagaimana dia mendapat saka sedang dia tidak sedar?

Saka ini selalu datang dalam mimpi. Dia tidak tahu alamat mimpi itu. Mimpi dalam bentuk mewarisi saka ialah mimpi menyusukan budak kecil. Bukan dengan susu botol tetapi dengan susu badannya. Dipeluk budak itu dengan kasih sayang.

Kadang-kadang dalam mimpi dia mendapat doa, mentera, jampi dan dibacanya dalam mimpi itu.

Maka secara tidak langsung dia mewarisi saka tanpa disedari.

Saka yang secara sedar selalu dijamu makan dengan bertih, dengan darah dan berasap kemiyan. Bagi orang perempuan selalu dihisap darahnya di bahagian kaki.

Dan ada jenis saka yang membenarkan dirinya disetubuhi oleh saka itu sebagai tanda pertukaran nama. Dengan itu dia menjadi tuan kepada jin yang bersetubuh dengannya.

Saka jenis kedua diwarisi dalam mimpi, dalam bentuk sakit, dalam bentuk boleh mengubat orang, boleh jadi bidan dan boleh bersilat dan sebagainya.

Tiba-tiba sahaja boleh berubat orang sedangkan dia tidak pernah kursus hal perubatan pun. Tiba-tiba boleh mengurut orang, pandai bersilat dan sebagainya. Ini bermakna dia sudah mendapat saka tanpa disedari.

Saka ini wujud apabila nenek moyang kita yang dahulu kala mempelajari ilmu tertentu menggunakan jin. Apabila tuan punya jin itu meninggal dunia, jin masih belum meninggal dunia kerana jin itu umurnya panjang.

Umur jin jauh lebih panjang daripada umur manusia. Umur jin ada yang seribu tahun, ada yang lima ratus tahun dan ada yang lebih daripada seribu tahun.

Dalam hadis-hadis menerangkan tentang rupa paras jin. Ada jin yang terlalu tua bongkok, dagunya mencecah lantai.

Tuan punya jin biasanya membuat perjanjian dengan jin. Bila tuan punya jin mati, jin yang masih hidup itu hendak supaya dia diwarisi. Maka jin akan mendampingi mana-mana keturunan tuan punya itu.

Bukan semua anak cucu mendapat saka. Ada kategori-kategori tertentu untuk mendapatkan jin itu.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment