Monday, December 19, 2016

JENIS-JENIS SAKA



Saka terbahagi kepada beberapa bahagian.

1. Saka perubatan.

Bila memilih jin untuk berubat orang, maka orang itu menjadi pengamal perubatan atau bomoh. Cara mengenal orang berubat menggunakan jin ialah bila berubat dia menurun.

Pada masa menurun itu segala apa yang diberitahu adalah jin yang memberitahu kepadanya. Jin memberitahu melalui lidah bomoh itu apa penyakit dan apa ubatnya.

Bila bomoh mati jin akan beralih kepada anak cucu pula. Anak cucu ini yang tidak pernah belajar kedukunan tiba-tiba boleh berubat orang dengan cara menurun juga.

Bomoh jenis ini menggunakan semua jenis peralatan yang sejenis warnanya. Contohnya, kain kuning, baju kuning, kelambu kuning, lilin kuning dan lain-lain.

2. Saka jenis silat.

Ini dipakai oleh orang-orang yang beramal ilmu persilatan. Dalam ilmu persilatan itu dia menggunakan jin untuk menimbulkan kegerunan kepada orang. Orang yang didampingi oleh jin ini kadang-kadang orang itu kebal. Tetak dengan parang tidak lut dan tidak luka. Dibakar pun tidak terbakar.

Ini menimbulkan kehairanan kepada masyarakat. Akhirnya masyarakat terliur hendak belajar ilmu persilatan daripada guru silat itu. Sebenarnya dia bukan hebat dan bukan kebal tetapi kerana dia memelihara saka.

Jika dibuang jin daripada dampingannya maka guru itu menjadi orang biasa semula kerana tiada lagi kekebalan.

3. Saka menjaga keselamatan keluarga.

Ini dipanggil sebagai hantu raya yang diguna untuk menjaga kebun. Walaupun tuan punya kebun pergi ke mana-mana orang masih nampak dia berada dikebunnya.

Bila dia mati, orang nampak dia berada kadang-kadang duduk di atas wakaf atau berjalan-jalan di kampung walaupun sudah mati.

Ini jenis saka digunakan untuk keselamatan diri, menjaga keluarga dan menjaga kebun-kebun.

 
4. Saka untuk perbidanan.

Saka berkaitan perbidanan ini banyak pantang larang dan banyak peraturannya yang terpaksa dipatuh oleh pengamalnya. Jin ini dinamakan pelesit. Jin ini senang dibuang.

Salah satu cara untuk mendampingi saka perbidanan ialah dengan merelakan dirinya dicampuri oleh jin saka.

Selalunya orang yang pelihara pelesit ini boleh bercakap dengan pelesit. Waktu maghrib atau tengah malam dia boleh membuka tingkap dan pelesit ini boleh berjuntai di atas pokok serta bersembang dengan tuannya. Kita tidak dengar apa yang dia sembang tetapi kita boleh lihat gerak mulutnya.

Jika anak dara kena gangguan pelesit pastikan jangan dia bercakap seorang diri. Kadang-kadang dia dapat bidan itu dia bercakap seorang diri. Dia boleh duduk bersunyian dalam bilik, lama-lama dia bercakap seorang diri.

Kadang-kadang dia boleh nampak pelesit itu dia berkomunikasi. Bila tahap itu dicapai bermakna satu tahap yang kritikal.

Jadi pastikan perkara seumpama itu tidak berlaku kepada anak gadis kita.

5. Ifrit.

Saka daripada jenis jin ifrit. Saka jenis ini paling susah sekali hendak dibuang. Kita selalu panggil jin ini dengan bajang atau hantu bajang.

Kerjanya bila diganggu dia akan datang membuat sakit kepada keluarga kita. Jika kita ganggu maruahnya dia akan hantar jin supaya mengganggu anak kita. Kadang-kadang dia mengganggu orang mengandung sampai gugur kandungan.

Di kalangan orang Melayu jin saka ini disebut dengan nama-nama khas. Apa sahaja panggilan seperti pelesit, polong, ifrit, sang raya, dan sebagainya semuanya adalah jin dan syaitan.

Toyo tidak diklasifikasikan sebagai saka. Selalunya orang tidak mewarisi toyo. Lepas dia mati toyo ditinggal begitu sahaja. Toyo suka mencuri harta orang dan dia tidak membuat benda-benda mendamping.

Sangat jarang kita jumpa saka toyo. Selalu kita jimpa saka pelesit dan hantu raya.

Dalil-dalil dalam Quran tentang pemeliharaan hantu:

Surah Jin ayat 6:

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”

Itu dalil dalam Quran tentang manusia yang mengambil jin untuk dijadikan khadam.

KULIAH YT        


No comments:

Post a Comment