Monday, December 19, 2016

JENIS-JENIS JIN



Ada tiga jenis jin.

Nabi SAW telah bersabda:

“Jin ada tiga jenis.

1. Jin yang ada sayap dan boleh terbang di udara.

2. Satu jenis jin berbentuk ular dan anjing.

Jin yang berbentuk ular dapat masuk dalam rumah orang. Jin ular yang masuk dalam rumah, tidak diketahui ikut mana dia masuk. Tiba-tiba sahaja dia ada. Jin ular ini matanya tidak berkelip dan duduk memanjang, tidak berlekar.

Kadang-kadang dia duduk dalam almari kain. Nabi kata jangan terus bunuh. Kena beri salam dulu sebanyak tiga kali.

Kita baca:

SALAMUN ALANU HIN LIL’ALAMIN. SALAMUN ‘ALA SULAIMAN LIL’ALAMIN.

Atau:

KALAU KAMU JIN KAMU KELUAR, KALAU KAMU ULAR BETUL KAMU TUNGGU DAN AKU BUNUH KAMU.

Jika tiga kali disebut begitu dia masih belum keluar bermakna bukan jin tetapi ular betul maka bolehlah dibunuh.

Jika dia jin bila cakap macam ini dia akan keluar dan terus hilang.

Jika ular jin dibunuh dia akan adakan gangguan seperti berpenyakit gatal, penyakit kulit bersisik dan penyakit yang sukar disembuh.

Kadang-kadang dia duduk dalam longkang jika dibunuh dia akan balas dendam.

Jin dalam bentuk anjin berwarna hitam jenis garang.

3. Golongan jin ketiga kata nabi SAW ialah golongan yang berpindah randah.

Saka termasuk kepada jin yang berpindah randah. Berpindah daripada satu rumah ke rumah lain dan daripada satu tuan dia pergi ke tuan lain.

Jin yang berpindah randah bermacam-macam. Kadang-kadang dia duduk di pokok. Bila pokok ditebang dia pindah ke pokok lain.

Jin jenis ini suka juga duduk atas bombong rumah. Jin ini terbang mengikut orang balik rumah waktu maghrib atau waktu tengah malam.

Untuk mengelakkan jin ini masuk ke rumah bersama kita, dicadangkan baca ayat Qudsi 9 kali berhenti. Berhenti 9 kali dan boleh berhenti di mana-mana. Kemudian ludah di sebelah kiri 3 kali sebelum masuk dalam rumah.

In sya Allah jin yang terbang dan berpindah randah ini tidak dapat masuk dalam rumah kita kerana bila baca begitu jin termuntah dan kadang-kadang terbakar.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment