Monday, December 19, 2016

CIRI-CIRI ORANG YANG MEMILIKI SAKA



Bagaimana kita boleh mengetahui seseorang itu memiliki saka.

1. Berubat dengan orang yang menurun (tidak sedar diri) di dalam perubatannya.

Bila menurun selalunya dia tidak mengaku dia itu jin. Dia mengaku dia wali dan nama yang selalu disebut ialah Shiekh Abdul Kadir Jilani atau Shiekh Bahaudin atau Shiekh daripada Yaman atau pun Shiekhdaripada Nasykhabandi ataupun Shiekh Abu Hasan Al-Syaziri.

Kita perlu sedar, orang-orang alim bila sudah mati tidak ada lagi urusan di dunia. Jika ada bomoh mengatakan bahawa yang masuk dalam badannya ialah Syiekh Abdul Kadir Jilani itu adalah jin yang menyamar.

Jadi jangan berubat dengan bomoh itu. Jika berubat dengan dia kita akan menjadi syirik dan berdosa besar.         

2. Dia berubat menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik dan merosakkan aqidah.

Dia tidak pernah belajar secara khusus untuk menjadi pengamal perubatan. Tetapi tiba-tiba boleh berubat orang menggunakan jampi serapah yang tidak terdapat pada hadis atau ayat Quran atau daripada ulamak-ulamak muktabar.

Jadi jika tiba-tiba boleh berubat maknanya orang itu saka.

Mengikut satu kisah benar yang berlaku di sebuah kampung di Perak. Seorang bomoh bila berbomoh dia memakai serba kuning.

Bila ditanya bagaimana tiba-tiba boleh berbomoh. Dia berkata dia dapat melalui mimpi. Dalam mimpi itu dia disuruh mengambil pedang dan keris di atas gunung.

Dia pun pergi cari atas gunung dan jumpa sungguh keris dengan pedang siap berbalut dengan kain kuning. Selepas itu setiap malam dia bermimpi bagaimana hendak berubat orang.  

Inilah saka dan syirik dan hendaklah pulang balik pedang dan keris itu di tempat asalnya. Janganlah jadi bomoh semacam itu kerana hukumnya syirik kepada Allah SWT.

Jika hendak berubat mestilah tidak bercanggah dengan syarak.

Orang yang menjadi bomoh macam itu mesti ada perjanjian dengan jin itu. Perjanjiannya kadang-kadang dia kena beri darah anaknya. Dia membenarkan jin itu menghisap darah anaknya.

Kadang-kadang dia benarkan jin bersetubuh dengan isterinya. Kadang-kadang dia jamu jin itu dengan ayam, dengan pulut kuning, dengan jampi serapah dan dengan kemiyan.    

Jadi anak dan kadang-kadang isteri menjadi mangsa akibat membuat perjanjian dengan saka. 

3. Jampi-jampi yang digunakan langsung tidak dapat difahami. Bahasa apa yang digunakan langsung tidak dapat difahami.

Itu juga tanda-tanda saka.

4. Orang yang dapat saka mempunyai kebolehan melakukan perkara-perkara luar biasa yang bertentangan dengan syariat.

Dia mampu membuat benda-benda pelik seperti boleh makan kaca, berendam dalam air tidak tenggelam, berjalan atas bara api tidak terbakar dan seumpamanya.

Perkara yang bercanggah dengan tabii dan bercanggah dengan agama dia boleh lakukan. Ini bermakna ada jin yang membantunya.

5. Mendapat ilmu banyak dalam mimpi.

Banyak perkara pelik dia dapat dalam mimpi daripada tok neneknya. Dia diberitahu bermacam-macam benda dalam mimpi. Itu tanda-tanda yang seseorang mengamalkan saka.

6. Bilakah saka itu berpindah.

Saka itu berpindah sebaik-baik sahaja manusia yang membuat perjanjian dengan jin itu meninggal dunia.

Bila dia meninggal dunia maka jin yang tidak ada rumah dan tiada orang memeliharanya akan mencari rumah baru, pembela baru di kalangan anak cucu tuannya yang telah meninggal dunia.

Selalunya orang-orang yang membela saka ketika hendak mati akan memanggil orang yang paling dia sayang dan orang yang boleh diharap sebagai penggantinya. Kadang-kadang dia memberi doa pengasih.

Anak atau cucu yang sanggup menerimanya lalu menyalin kononnya menerina ijazah. Dengan demikian saka itu telah diwarisi.

Orang perempuan yang menerima ilmu penyeri muka ini selalunya jarang mendapat anak bila kahwin. Macam mana hendak mendapat anak kerana kadang-kadang rahimnya selalu berdarah. Lama-lama menjadi kenser rahim.

Kebanyakan kenser bermula daripada jin. Kenser peringkat 1, 2 dan 3 doktor tidak dapat kesan. Doktor biasanya dapat mengesan pada tahap ke-4 iaitu tahap kronik.

Jadi sebarang doa yang hendak diberi oleh pengamal saka janganlah diterima walaupun dipujuk.

Kadang-kadang tidak diberi doa atau jampi serapah, tetapi diberi kain songket, keris atau cucuk sanggul yang lama-lama.

Jangan bangga sangat bila mendapat keris entik. Keris ini boleh tegak bila dipuja. Ini bermakna jin yang mengangkatnya. Kita berasa hebat keris ini. Bukannya hebat, tetapi kerana diangkat oleh jin. Keris ini jika tidak diberi makan atau tidak diperasap kemiyan, akan bergegar dalam sarungnya.

Setelah diberi makan maka keris itu duduk diam-diam dalam sarungnya atau dalam besi. Inilah bentuk penerimaan.

Kadang-kadang keris tidak ada jin. Bila sakit pergi jumpa bomoh dan bomoh akan bertanya ada atau tidak menyimpan barang-barang lama.

Kita pun kata ada. Bomoh akan mengambil keris dan jual dengan nilai yang tinggi. Jadi ada juga bomoh yang berubat untuk mendapat barang-barang entik.

3. Perpindahan saka berlaku di dalam mimpi.

Cara mengetahuinya ialah bila dapat mimpi berulang kali menerima doa-doa yang tidak tahu hujung pangkalnya atau doa yang karut marut.

Kadang-kadang bermimpi menyuruh pergi mengambil keris di atas gunung. Bila dia pergi mengambilnya maka orang itu telah menerima saka.

Bagi orang perempuan pula apabila mendapat mimpi menyusukan anak dengan susu dada. Jadi untuk mengelakkan daripada menerima saka apabila budak itu hendak menyusu lempar budak dalam mimpi itu. Tidak perlu kasihan kerana dia jin.

Bila terkejut daripada tidur, ambil wuduk dan sembahyang sunat. Jangan tidur lagi di tempat itu. Tidur di tempat lain malam itu.

Bila kita memberi hisap susu maka kita menerima sebagai anaknya atau sebagai khadamnya. Akibatnya dia akan menunjuk kelibatnya. Contohnya, bila kita sedang menggosok pakaian kita berasa dia lalu di belakang kita.

Begitu juga cucuk sanggul, gelang dan barang-barang lama yang diberikan.

KULIAH YT

ZZ

No comments:

Post a Comment