Proses perpindahan jin berlaku
bila orang yang membela jin itu mati maka jin itu berdamping dengan si mati
itu. Nampak mayat itu masih hidup. Badannya kurus kering dan busuk tetapi mayat
itu boleh memegang tangan kita sekuat-kuatnya.
Jika ada mayat begitu di rumah
kita atau rumah jiran, ikhtiarlah dengan membaca Yasin. Kalau tidak ada kesan
boleh ikhtiar dengan mengambil air kolah masjid sebanyak 17 buah kolah dari 17
buah masjid. Satu botol satu kolah.
Mandikan mayat itu. In sya Allah
benda itu akan hilang.
Bila mayat dikebumikan maka saka
akan bebas berkeliaran dalam rumah. Umur jin panjang.
Firman Allah Ta’ala dalam surah
al-‘Araf ayat 14 – 16:
( 14 )
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan
(hari kiamat)".
( 15 )
Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi
tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".
( 16 )
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku
tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka
(dari menjalani) jalan-Mu yang lurus.
Allah
izinkan Iblis minta panjang umur hingga hari kiamat. Oleh kerana iblis dicop
sesat maka iblis bersumpah akan menyesat semua anak cucu Adam daripada jalan yang
benar.
Bila saka
berpusing-pusing dalam rumah untuk mencari mana anak yang ia hendak berdamping
maka dia akan berpindah kepada anak cucu si mati yang ada beramalkan
jampi-jampi daripada si mati.
Doa-doa
karut marut seperti doa penyeri muka, doa hendak pagar rumah, doa pelaris dan
lain-lain.
Oleh itu
apabila menerima doa jangan terus amalkannya, tanya dulu orang-orang yang
mengetahui.
Bila jin
saka ini pergi ke tuan baharu dia kata dia juga boleh pergi kepada anak cucu si
mati yang menyimpan barang-barang tinggalan si mati. Kalau orang itu tidak
menyimpan barang-barang purba si mati saka boleh juga berpindah kepada anak
cucu yang secara pengamatannya orang itu menjadi harapan kepada si mati.
Ada saka
secara otomatik tidak akan keluar daripada rumah itu dan sesiapa yang duduk di
rumah itu secara tidak langsung dia sudah memelihara saka. Saka hanya mencari
orang duduk di rumah itu.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment