Thursday, December 15, 2016

BERNAZAR KEPADA LAIN DARIPADA ALLAH



Mengikut kamus dewan perkataan nazar bermakna janji sesuatu apabila tercapai hajat.

Firman Allah Ta’ala bermaksud surah al-Ann ayat 163-164:

( 163 )   Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umat-ku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)".

( 164 )   Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepada-Nya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu?

Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);

kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.”

Bernazar hanya kepada Allah Ta’ala sahaja. Tidak boleh bernazar kepada yang lain daripada Allah Ta’ala.

Bernazar kepada kubur, bernazar kepada orang tidak diizinkan. Bernazar hendak sedekah kepada orang dibolehkan, tetapi bernazar kepada orang tidak dibenarkan. Bernazar kepada kubur, kubur datuk tu dan datuk ini termasuk dalam syirik.

Sesungguhnya bernazar hanya kepada Allah Ta’ala sahaja. Jika bernazar kepada yang lain termasuk dalam perkara yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment