Para sahabat
nabi disamping berdoa sendiri, meminta Rasulullah SAW berdoa kepada Allah
Ta’ala untuknya kerana mereka percaya doa nabi diperkenankan oleh Allah.
Jadi
kita boleh minta tolong orang solih berdoa kepada Allah untuk kita disamping
kita sendiri berdoa. Ini dikenali dengan bertawassul dengan orang solih.
Bertawassul hanya dengan orang hidup sahaja.
Kita
boleh juga bertawassul dengan amalan-amalan solih yang kita lakukan. Seperti yang disebut dalam kitab
hadis, Riatus Salihin apabila tiga orang pergi ke bukit lalu mereka tidur dalam
gua tiba-tiba batu besar bergolek menutupi pintu gua menyebabkan mereka tidak
dapat keluar.
Lalu
tiap-tiap orang daripada mereka menyebut kebajikan yang dibuat iaitu
bertawassul.
Orang
pertama berkata:
“Ya Allah ya
tuhan ku, aku ada ibu dan bapa. Bila balik bekerja aku berjumpa dengan kedua
ibu bapa dulu baru jumpa dengan anak isteri. Pada satu hari bila balik bekerja
didapati ibu bapa sedang tidur. Aku tunggu sehingga ibu bapa aku bangun dan
setelah memberi makan kepada kedua ibu bapa baharulah aku pergi menemui anak
isteri.
Ya Allah ya
tuhan ku, sekiranya apa yang aku lakukan itu kerana Kamu, mendapat keredhaan
Kamu selamatkanlah kami daripada terkurung dalam gua ini.”
Batu pun
bergerak sedikit tetapi mereka tidak dapat keluar lagi.
Orang kedua
pula berkata:
“Ya Allah ya
tuhan ku, aku seorang seorang yang berada, pada suatu masa berlaku kesempitan
hidup iaitu payah makanan. Sepupu aku yang perempuan datang menemui aku dia
minta pertolongan daripada aku.
Aku
memberitahu kepadanya aku boleh memberi pertolongan jika dia sanggup berzina
dengan aku. Oleh kerana kesempitan hidup maka dia sanggup menerima syarat itu.
Bila sampai masa untuk berzina sepupunya tidak izinkan dan ajak kahwin dulu.
Maka aku tidak jadi melakukan zina.
Ya Allah ya
tuhan ku sekiranya apa yang aku buat ini kerana Kamu selamatkanlah kami
daripada terkurung dalam gua ini.”
Lau batu
besar itu bergerak tetapi tidak dapat keluar lagi.
Orang ketiga
berkata:
“Ya Allah ya
tuhan ku, aku mempunyai seorang pekerja tetapi suatu ketika aku terlewat
memberi upah. Bila aku hendak membayar upahnya didapati pekerja itu sudah
melarikan diri. Aku sedar bahawa aku sudah membuat kesalahan.
Aku gunakan
wang upahan itu untuk membeli binatang ternakan. Aku memelihara binatang itu
dan binatang ternakan itu membiak menjadi ramai.
Kemudian
pekerja itu datang menuntut upahnya. Aku berkata kepadanya binatang ini aku
pelihara dan biakkan daripada upah yang aku belum bayar.
Pekerja itu
mengambil semua binatang itu tanpa meninggal seekor pun untuk aku.
Ya Allah ya
tuhan ku sekiranya apa yang aku buat ini kerana Kamu selamatkanlah kami
daripada terkurung dalam gua ini.”
Lalu batu
pun bergolek dan mereka dapat keluar daripada dalam gua itu.
Itu cantoh
bertawassul dengan amal.
Kita
bersedekah dan berdoa, kita sembahyang dulu kemudian berdoa, atau kita membaca
Yasin dulu kemudian berdoa. Yasin ialah hati al-Quran. Kita boleh baca
mana-mana ayat Quran atau baca al-Asma ul-Husna kemudian berdoa. Itu semu
bertawassul dengan amal yang solih dan diizinkan oleh syarak.
Apa yang dilarang ialah
meminta terus daripada makhluk itu sama ada manusia atau jin. Ini adalah kerja
syirik. Kita hanya boleh memohon hajat kita daripada Allah Ta’ala bukan dengan
yang lain-lain.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment