Antara
syirik itu ialah apa yang disebut oleh Rasulullah SAW bahawa Allah SWT
mengingatkan hambanya supaya meninggalkan sebarang syirik bila mengerjakan amal
solih.
Firman Allah Ta’ala suratul Kahfi ayat 110:
“Katakanlah
(wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu,
sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia
mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam
ibadatnya kepada Tuhannya".
Barangsiapa
yang hendak bertemu dengan Tuhan dengan percaya dan yakin bagi mendapat
keredhaan Tuhan hendaklah mengerjakan amal yang solih.
Ini
menunjukkan seseorang itu tidak cukup dengan iman sahaja, mestilah diikuti
dengan amal yang solih. Dan amal yang solih itu mestilah ikhlas, tidak ada
syirik.
Sekiranya
ada syirik yang nyata seperti bertuhan kepada yang lain daripada Allah Ta’ala
atau pun menafikan mana-mana sifat Allah Ta’ala atau meletakkan yang lain
daripada Allah Ta’ala macam Allah Ta’ala juga, bererti orang itu membatalkan
dua kalimah syahadatnya.
Akibatnya segala
amalannya ditolak.
Firman Allah
Ta’ala:
“Demi
sesungguhnya telah diwahikan kepada kamu wahai Muhamad SAW dan diwahikan juga
kepada nabi dan rasul-rasul sebelum kamu, sekiranya kamu menyengutukan Allah
dengan sesuatu yang lain maka terhapuslan amalan kamu,
tidak
ada pahala kerana amalan tidak sah dan di akhirat nanti kamu termasuk di
kalangan orang-orang yang rugi, walaupun mustahil bagi nabi syirik, mustahil bagi nabi mengerjakan
kufur, nabi adalah manusia yang dipilih oleh Allah Ta’ala yang bersifat maksum
dan yang sangat amanah.
Walaupun dia
nabi tetapi sekiranya ada syirik maka amalannya jug ditolak oleh Allah Ta’ala.”
Jika nabi
melakukan syirik ditolak amalannya bagaimana pula orang yang nabi pun tidak dan
rasul pun tidak. Sekiranya melakukan syirik amalannya ditolak kerana tidak
syah.
Sekiranya
syirik itu syirik yang tersembunyi seperti riak, amalnya syah tetapi pahalanya
dibatalkan.
Jadi kita
hendaklah mengelakkan syirik dalam melakukan amal yang solih sama ada amal yang
dikenali dengan perkara ibadat secara nyata seperti sembahyang, puasa, zakat,
haji, bersedekah, berzikir atau pun amal yang bersifat dunia seperti menanam
pohon kayu orang mendapat kemudahan, tangkap ikan orang mendapat kemudahan,
kita berubat orang, kita berniaga orang mendapat kemudahan, kita bawa bas, bawa
kapal terbang orang dapat kemudahan, amal ini juga diberi pahala oleh Allah
Ta’ala.
Sekiranya
dibuat tidak ikhlas kerana Allah Ta’ala kerana ada riak maka tidak ada pahala
baginya.
Ini menunjukkan amal
yang ikhlas kerana Allah Ta’ala sama ada amal dunia atau amal akhirat diberi
pahala oleh Allah Ta’ala.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment