Kita orang Islam ikut mazhab Syafie, Maliki,
Hambali, Hanafi dan mazhab-mazhab lain. Ini tidak termasuk dalam syirik. Mazhab-mazhab
yang berbeza pendapat ini berijtihad iaitu mengkaji dalam perkara yang tidak
ada nas yang nyata atau nas yang umum.
Jika ada nas yang nyata seperti sembahyang
lima waktu nyata nasnya, puasa bulan Ramadhan, haji ke Mekah nyata nasnya dalam
Quran.
Ada juga nas-nas yang tidak jelas maknanya
maka ulamak-ulamak berbeza pendapat atau khilaf.
Sebagai contoh qunut sembahyang
Subuh. Syafie
mengatakan sunat ab’ad kerana nabi berqunut ketika sembahyang Subuh. Mazhab
lain kata tidak sunat kerana nabi berqunut ketika berlaku peristiwa al-Rujik
dan Maunah ketika sahabat-sahabatnya dibunuh. Maka nabi berqunut pada tiap-tiap
sembahyang. Itu yang diqunutkan.
Ini khilaf diantara para sahabat dan
ulamak-ulamak yang kemudian dalam perkara yang tidak jelas nasnya.
Khilaf juga berlaku antara Ibnu Umar dan Ibnu
Abas RA. Ibnu Abas duduk di Taif dan Ibni Umar duduk di Mekah. Pada masa Ibnu
Abas duduk di Taif Ibnu Umar duduk di Madinah. Ibni Umar mendengar hukum tetapi
Ibni Abas tidak mendengar hukumnya dalam perkara cabang.
Jadi mengikut mazhab perkara itu
tidak termasuk dalam syirik kerana perkara ijtihad.
Dinyatakan oleh nabi SAW:
“Sesiapa yang berijtihad, yang bersungguh
dalam mmengkaji hukum, bila betul dapat dua pahala, yang berijtihad tetapi
salah dapat satu pahala.”
Di Mekah imam tidak membaca
BISMILLAH bila membaca Fatihah dalam sembahyang. Mengikut mazhab Syafie
BISMILLAH daripada surah Fatihah jika tidak baca sembahyang tidak sah.
Mazhab Hambali dan beberapa mazhab
lain mengatakan sah sembahyangnya walaupun tidak baca kerana katanya BISMILLAH
sunat sahaja.
Dalam hal ini dibenarkan ikut mazhab lain
macam mazhab lain ikut mazhab kita. Itu dalam perkara cabang, bukan dalam
perkara asas.
Termasuklah sembahyang terawikh, lapan
rakaat, dua puluh rakaat atau lebih daripada dua puluh rakaat merupakan
hukum-hukum cabang bukan hukum asas dalam agama Islam.
Yang menjadi syirik ialah bila kita
menolak hukum-hukum asas, halal dan haram yang nyata, wajib yang nyata tetapi
memakai peraturan-peraturan lain.
Sembahyang lima waktu yang nyata
dan dibuat oleh nabi SAW, tiba-tiba ada orang pakai sembahyang batin. Itu kafir
kerana menyalahi nas mutawatir yang diriwayat oleh nabi SAW.
Haji
batin dan puasa batin adalah ilmu salah. Jika ikut ilmu ini keluar daripada
Islam. Jika mati tidak boleh ditanam di kubur orang Islam. Jika ditanam dikubur
orang Islam menunjukkan kejahilan.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment