Allah Ta’ala
menyebut:
“Dan
tidaklah mereka itu dapat memberi mudharat dengan sihir itu akan seseorang
melainkan dengan izin Allah.”
Kita
tidak perlu takut kepada sihir. Mereka tidak boleh memberi mudharat kerana
semuanya berada di bawah kekuasaan Allah Ta’ala.
Bagaimana pula nabi dan
orang kena sihir?
Itu
adalah kerana Allah Ta’ala hendak menguji orang yang kena sihir, jika sabar
dapat pahala. Orang yang melakukan sihir berdosa besar.
Kita perlu
sedar bahawa ayat ini menyatakan sesuatu itu berlaku dengan kehendak Allah
Ta’ala. Semua perkara itu berlaku dengan dilulus oleh Allah Ta’ala, dengan
keizinan Allah Ta’ala.
Ada
perkara yang berlaku itu dengan redha Allah Ta’ala dan ada dengan murka Allah
Ta’ala. Ada perkara yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala tetapi Allah Ta’ala
tidak redha.
Ada
perkara Allah Ta’ala redha dan ada perkara Allah Ta’ala tidak redha.
Perkara
yang baik Allah Ta’ala redha. Perkara buruk berlaku dengan kehendak Allah
Ta’ala tetapi dengan tidak redha Allah Ta’ala.
Semua
perkara berlaku adalah dengan izin Allah Ta’ala. Oleh kerana itu kita hendaklah
bergantung kepada Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment