Perancangan Raja-Raja Nasrani Dengan Komplot dari Nasrani Magribi. Telah
terbukti bahawa salah satu sifat Maksum Rasululah saw sesudah wafatnya ialah
bahawa jasad Rasululah saw sentiasa terpelihara di dalam kuburnya dengan izin
Allah.
1.Percubaan
Pertama
Pada awal abad ke-7
Hijriah, seorang penguasa di Mesir bergelar Al Hakim bin Amrillah untuk
menggali maqam Rasulullah saw. Usaha ini dilaksanakan oleh Abu Al-Futuh atau
nama sebenarnya Hasan bin Jaafar yang ketika itu menjadi gabenur di Mekah dan
Madinah. Rancangan asal adalah idea dari Ahli Zinddiq yang menghasut penguasa
Mesir agar diusahakan untuk memindahkan jasad Nabi Muhammad bersama dua
sahabatnya ke Mesir kerana dengannya Mesir akan lebih ramai dikunjungi kaum
muslimin dan akan lebih banyak mendapat faedah ekonomi. Penguasa Mesir
Al Hakim Al Ubaidi tertarik dengan idea ini lalu mengirim angkatan tentera yang
lengkap untuk membongkar makam secara paksa.
Penduduk Madinah yang
mengetahui maksud jahat mereka bangun menentang Abu Al Futuh dan
pasukannya, sehingga hampir-hampir mereka membunuhnya. Disaat itu tiba-tiba
datang angin kencang dan debu yang dahsyat menyerang mereka. Binatang-binatang
tunggangan mereka lumpuh, buta dan mati malah tentera pun ramai yang mati
dan cedera.
2. Percubaan Kedua
Peristiwa memilukan dan terkutuk
ini terjadi sekitar tahun 1164 M atau 557 H, dilakukan oleh orang-orang kafir
yang mencuba menghancurkan agama Islam.
Kisah ini bermula dengan pudarnya kejayaan Islam yang berpusat di Baghdad di bawah pemerintahan Dinasti Abbasiyah. Raja-raja Kristian dari Eropah yang dipengaruhi oleh yahudi sangat berdendam atas Rasulullah saw mencuba mencari jalan memalukan umat Islam dengan mencuri jasad Nabi Muhammad Saw. Kegiatan ini akan dilakukan tatkala musim haji tiba, dimana umat Islam dari seluruh dunia berdatangan untuk menunaikan rukun Islam kelima. Dua orang ditugaskan untuk melakukan misi hina ini dengan menyamar sebagai jemaah haji Andalusia, Sepanyol dan berpakaian seperti orang Magribi.
Mereka menyewa sebuah
rumah yang letaknya dekat dengan makam nabi. Dari penginapan inilah, mereka
menggali terowong menuju makam Rasullullah saw. Namun Rasulullah saw yang masih
hidup dan berperanan secara roh tidak akan membenarkan jasadnya dihina ia
digagalkan dengan izin Allah swt.
Sultan Nuruddin Mahmud
bin Az Zanki, seorang penguasa Islam di Damsyik bermimpi bertemu
dengan Rasulullah saw sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan
berkata, ”Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.”
Mimpi serupa terjadi tiga kali hingga Sultan memutuskan untuk segera berangkat
menuju makam Rasullullah saw di Madinah untuk melaksanakan arahan Rasulullah
saw.
Dengan memakan waktu 16
hari serta membawa kuda, 20 orang pengawal dan harta yang banyak, Sultan
melakukan perjalanan dari Damsyik ke Madinah. Apabila sampai, Sultan terus
menuju Raudah, Masjid Nabawi untuk bersembahyang dan berziarah ke maqam nabi.
Seorang menterinya datang bertanya, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua
lelaki itu?” Sultan pun menjawab, “Ya”.
Perkuburan Baqi berdekatan Masjid
Nabawi
Maka Sultan
memerintahkan menterinya untuk mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan
membagikan harta yang dibawanya sambil meneliti wajah setiap orang yang datang.
Namun tidak seorangpun yang mirip dengan apa yang ditunjukkan Rasullullah saw
dalam mimpinya.
Akhirnya sultan bertanya kepada
penduduk Madinah, “Adakah diantara kalian yang belum
mendapatkan hadiah yang telah disediakan.” Namun semua penduduk Madinah mengaku
sudah mengambilkan bahagian masing-masing, kecuali dua orang asing dari Magribi
yang belum datang untuk mengambil hadiah mereka.
Keduanya dikenali
sebagai orang saleh dan selalu bersembahyang di Masjid Nabawi dan menziarahi
maqam Nabi Muhammad Saw.
Sultan kemudian memanggil kedua
orang tersebut. Alangkah terkejutnya sultan bila melihat kedua orang itulah
yang dia lihat dalam mimpinya. Mereka mengaku sebagai jemaah
haji dari Andalusia, Sepanyol. Walaupun sultan sudah menyoal siasat
keduanya mengenai kegiatan mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu
mengaku, lebih-lebih lagi ketiadaan bukti. Maka Sultan melakukan
pemeriksaan di rumah mereka. Sesampainya di rumah itu yang ditemuinya
hanyalah wang, kitab-kitab buku di rak dan dua buah mushaf Al-Quran. Seluruh rumah itu digelidah namun tiada bukti untuk menangkap
kedua orang tersebut walaupun Sultan sangat yakin dengan kebenaran mimpinya. Ya
mimpi bertemu Rasulullah saw adalah benar.
Ketika Sultan dan pasukannya mahu
keluar meninggalkan rumah kedua orang tersebut, baginda terasa ingin memeriksa
bawah karpet tempat duduk kedua orang tersebut, alangkah
terkejutnya baginda bila disingkap karpet tersebut terdapat satu lobang ke
bawah tanah. Rupa-rupanya ada satu terowong bawah tanah yang telah
digali panjang menuju maqam Rasullullah saw dan sudah sangat hampir ke jasad
baginda yang mulia.
Rupa-rupanya, inilah
rahsia mereka berdua yang rajin melawat perkuburan Baqi’, rupa-rupanya untuk
membuang tanah yang mereka gali setiap hari.
Sultan Nuruddin sangat murka
lalu memukul kedua lelaki tersebut. Akhirnya mereka
mengaku bahwa mereka diutus oleh raja Kristian di Eropah untuk mencuri
jasad Nabi Muhammad Saw. Kedua-duanya penjenayah itu dihukum mati. Setelah
itu, untuk menghindari berlakunya kejadian serupa, Sultan memerintahkan digali
parit di sekitar makam Rasullullah saw dan dituang timah sebagai tembok.
3.
Percubaan Ketiga
Peristiwa ini berlaku pada abad
ke 7 Hijrah, sekumpulan 4 orang lelaki dari Halab, Syria datang ke Madinah
dengan peralatan penggalian yang lengkap untuk menggali maqam Rasulullah saw
dan 2 sahabatnya untuk dipindahkan ke tempat lain. Ketika
hampir sampai ke maqam baginda tiba-tiba tanah tempat mereka berpijak
mengelungsur, menenggelamkan dan menimbus mereka hidup-hidup. Terkubur
di situ kerana niat jahat mereka demi pengajaran orang kemudian.
4. Percubaan Keempat
sebenarnya point ini bukan nak
larikan jenazah tapi nak musnahkan kubah. Kubah
pun Tuhan tak izinkan. Yahudi tidak akan puas hati terhadap Nabi Muhammad saw.
Usaha mereka diteruskan melalui golongan yang mereka ciptakan dalam Islam iaitu
golongan wahabi. diceritakan kisah ini berlaku sekitar tahun 90’an. Kata
seorang soleh yang bernama Syaikh Al-Zubaidi.
Setelah golongan wahabi yahudi
ini berjaya menghancurkan dan meratakan perkuburan Baqi’, mereka cuba
untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad saw pula.Namun, ketika salah
seorang dari mereka cuba memanjat kubah itu untuk memusnahkannya, Allah
datangkan petir memanahnya secara tiba-tiba lalu dia mati melekat di kubah
tersebut tanpa seorang pun yang mampu mengalihkan jenazahnya dari puncak kubah!
Syeikh Zabidi juga mengatakan
bahawa ada seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara hatif
mengatakan tidak ada seorang pun mampu mengalihkan jenazah dari Dome @ Kubah
dan bahawa ia harus dikafankan di situ sebagai amaran dan peringatan
bagi orang-orang yang mungkin memikirkan cuba untuk menghancurkan di masa
mendatang! Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di
kubah itu dan untuk menutupi tubuhnya dengan bahan berwarna hijau agar tidak
kelihatan. Tapi kalau dah wahabi tu bukan senang diubah, anjang baca kat
forum-forum blog, puak-puak tu nafikan ia adalah jenazah manusia. Mereka kata,
di situ ada pintu kubah. Mengarut, ada ke orang buat pintu dikubah?
Maqam Sultan Mahmud Nuruddin
AzZanki yang bermimpi 3X didatangi Rasulullah agar menyelamatkan jasadnya.
Alhamdulillah, sebelum Ramadhan
baru-baru ni anjang sempat ziarah maqam Sultan Adil, Sultan Mahmud Nuruddin Az
Zanki. Tak patut kerajaan Syiah Alawiyah – Presidennya sekarang
Bashar Al-Assad (Syiah pun ciptaan Yahudi gak). Dibiarkan maqam seorang
yang sangat berjasa ini terbiar, kotor, tak terurus. Katanya Kementerian
Perlancongan dan Kementerian Agama berebut untuk menguruskannya, akhirnya tak
terurus.
Moga-moga kita jadi
pembela Rasululah saw setiap ketika. Ok, nak sahur dah. Jumpa lagi.
Ikhwan Homestay Damascus,
3.18am Ogo 4, 2011
anjangmuor.wordpress.com
3.18am Ogo 4, 2011
anjangmuor.wordpress.com
No comments:
Post a Comment