Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan
kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau
makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah
pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada
sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.
Tapi kini tanpa kita
sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload
gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji,
slip bank.
Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi
yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi
realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli.
Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload,
mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada
di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja.
Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di
kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu
perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak
mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.
MAKA :
"Sembunyikanlah
kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka".
"Sembunyikanlah kekayaan
kita, kerana mungkin ada yang papa kedana".
"Sembunyikanlah
kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit".
"Sembunyikanlah kejayaan
kita, kerana mungkin ada yang merana".
Sesungguhnya, perbuatan
merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu
biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.
Jadikan group ini medan
perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah.
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah.
Kerana bila kita
meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita,
bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.
Semoga usaha kita yang
sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.
Dr Mohd Fadzilah Kamsah
No comments:
Post a Comment