Bila ayah telah tiada
lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma
ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga ,
jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.
Hassan Al Basri pun
meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si
abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu
Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu: Wahai adik, kenapa
perniagaan mu semakin hari semakin merosot?
Jawab si adik: Saya ikut
pesan ayah.
Si ibu: Apa ayah mu pesan?
Jawab si adik:
Ayah berpesan, kalau
berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak
pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak
bayar, saya tak kan kutip bayaran.
Ayah pesan lagi, kalau
berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung.
Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.
Kemudian, si ibu pergi
berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu: Wahai abang, ibu
lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan?
Jawab si abang: Saya ikut
pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu
pesan?
Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau
berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua saya jual tunai.
Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu
kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua, ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.
Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.
Jadi, belajar lah dari ramai
guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon
Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan
hidayah.
Mudah mudahan, dengan
kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat.
Nabi Muhamamad sa, pernah bersabda;
"Siapa yang Allah
swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan
sebenar benar kefahaman".
Ustaz Muhammad Abdullah
Al Aminm
Pesona D'Zahrah
IKIMfm.
Pesona D'Zahrah
IKIMfm.
No comments:
Post a Comment