Hari ini Allah Ta’ala telah menjadikan cahaya agama Islam terpancar dengan lebih terang. Arus kebangkitan Islam sedang berlaku. Arus kesedaran Islam ini bukan sahaja berlaku di negeri-negeri orang Islam bahkan di negeri-negeri orang bukan Islam seperti di Eropah, di Amerika dan negeri-negeri Asia Tengah.
Orang-orang Islam yang
pergi belajar di negeri-negeri bukan Islam, bila pulang ke tanah air mereka
balik kepada Islam. Dalam masa yang sama Allah Ta’ala menunjukkan kegagalan
agama-agama lain daripada Islam.
Gereja-gereja di barat kosong
kerana golongan muda tidak percaya dengan agama mereka. Nama sahaja menjadi
pengikut agama Kristian, Yahudi, Hindu atau Budha tetapi mereka tidak ikut dan
praktik agama masing-masing.
Gereja-gereja kosong
dijual dan dibeli orang-orang Islam dijadikan masjid. Bagi menyekat gejala ini
ada kalangan negara di barat mengadakan undang-undang menghalang gereja
daripada dijual.
Agama Islam tetap dipelihara oleh
Allah. Itu adalah jaminan Allah Ta’ala kepada hamba-Nya. Namun demikian kita orang Islam jangan berasa cukup dengan
Islam baka sahaja.
Kita hendaklah melengkapkan diri
dengan ilmu-ilmu Islam dan dalam waktu yang sama menjadi pejuang membela agama
Allah sehingga Islam menjadi agama yang berdaulat.
KULIAH YT
Zzz
No comments:
Post a Comment