Ramai orang bercakap tentang perpaduan Melayu dan menggunakan Islam untuk perpaduan Melayu. Di mana letaknya Islam dengan bangsa Melayu.
Jika Islam diletak di
belakang atau Islam secara sekular, Islam yang tidak berkuasa dan berdaulat,
Islam yang tidak boleh menunjukkan keadilan kepada semua manusia maka Melayu
tidak selamat dan negara tidak selamat.
Islam membahagikan perpaduan
macam-macam jenis.
Ada perpaduan yang
diwajibkan, ada perpaduan yang diharamkan dan ada perpaduan yang diharuskan.
Perpaduan yang diwajibkan ialah
untuk menegakkan yang halal dan menghapus yang haram,
menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, menegak yang adil dan
menentang yang zalim.
Ini perpaduan yang diwajibkan:
“Bertolong di atas kebajikan dan taqwa.”
Perpaduan yang
diharamkan ialah mengekalkan dosa, mengekalkan maksiat, mengekalkan
kemungkaran.
Ini perpaduan yang diharamkan
“Jangan bertolong menolong di
atas dosa dan permusuhan.”
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment