( 23 ) Sesungguhnya Allah
akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang
mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di
situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari
sutera. (Al-Haj ayat 23)
“Dalam syurga, ada pokok naungannya sejauh seratus tahun perjalalan kuda tanpa
berhenti” (Sahih Muslim)
“Tiada pokok
dalam syurga melainkan batangnya diperbuat daripada emas” (Tirmizi)
“Luas kawasan dalam syurga yang
diberi kepada orang paling akhir masuk syurga ialah bersamaan dengan sepuluh kali keluasan dunia.” (Sahih Muslim)
“Jarak
frame pintu syurga ialah empat puluh tahun perjalanan seseorang.” (Muslim)
“Mahligai
dalam syurga diperbuat daripada batu-bata emas, perak, mutiara dan batu permata,
tanah daripada saffron, berwarna kuning dan baunya harum. Sesiapa yang masuk di
dalamnya akan berasa aman dan selesa.
Dia tidak akan mati,
pakaian tidak akan koyak-rabak, tidak akan tua, sebaliknya keadaan muda
berkekalan selama-lamanya.” (Masnad Ahmad, Tarmizi)
( 10 )
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya
darjatnya),
( 11 )
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
( 12 )
Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir,
( 13 )
Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
( 14 )
Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
( 15 )
Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
( 16 )
Serta hamparan-hamparan yang terbentang. (Surah al-Rasyiah ayat: 10-16)
“Mereka ini
(yang takut kepada hari pembalasan, akan taat kepada perintah Allah) akan
beristirehat di atas bantal-bantal di tempat tidur. Tilam
disarung dengan kain sutera dan sampul luar diperbuat daripada cahaya.
Ranting-ranting
pohon lendut dengan buah-buahan. Buah-buahan yang
dikehendaki oleh penghuni syurga akan masuk dengan sendirinya ke dalam
mulut-mulut penghuni syurga.
Sebagai
kenyataan dua syurga terdiri daripada emas dan semua
barang di dalamnya juga daripada emas.” (Bukhari dan Muslim)
“Setiap lelaki diberi dua orang isteri. Mata putih kedua-dua
isteri ini tersangat putih dan mata hitam tersangat hitam. Setiap isteri diberi
70 pasang pakaian yang cantik.
Bahagian
sumsum (marrow) tulang kakinya liut dan lembut dan boleh dilihat melalui tulang
dan daging bahagian luar.” (Bukhari dan Muslim)
“Ada majlis
dalam syurga di mana wanita syurga akan menyanyi dengan suara lemak merdu yang
tidak pernah didengar oleh para lelaki.” (Terjemahan)
“Kita tidak
akan mati. Kita dilahirkan untuk berseronak-seronak dan tidak akan sekali-kali
menerima kesusahan dan kepayahan.
Kita
dilahirkan dengan penuh kegembiraan dan tidak sekali-kali menerima kesedihan,
dibelai oleh lelaki yang memeliki kita dan mereka adalah milik kita.” (Tarmizi)
Nabi SAW
bersabda:
“Lelaki penghuni syurga akan berehat dalam syurga atas 70 biji
bantal, dalam keadaan begitu, apabila dia berguling ke kiri dan ke kanan,
kepalanya diselesakan dengan berbagai jenis bantal.
Dalam
masa yang sama wanita akan muncul dengan tiba-tiba di sisinya dalam keadaan
yang menyeronokkan. Dia memandang ke sana sini dan didapati dagu wanita lebih jernih
daripada cermin dan melahirkan kegembiraannya dari kejernihan dagu wanita itu.
Keindahan
pakaian wanita syurga jika dibawa ke dalam dunia, dunia daripada timur ke barat
akan menjadi terang benderang tanpa memerlukan matahari langsung.
Pada masa
ini isteri melapazkan ucapan kegembiraan kepada suaminya. Suami pula membalas
ucapan isterinya dan bertanya:
“Siapa yang
memberi nikmat ini?”
Isteri
menjawab:
Allah yang
Maha Besar, di samping nikmat syurga, Allah telah mengirim kamu hamba untuk
berkhidmat kepada kamu, Kamu telah memperoleh apa yang kamu minta dan Allah
telah mengirim hamba sebagai tambahan”.
Isteri
akan dipakai dengan 70 jenis pakaian berlainan warna dan benangnya terlalu
halus dan tembus pandang (transparent) dan keseluruhan tubuhnya kelihatan oleh
suami seolah-olah dia dalam keadaan bertelanjang. Kulitnya lembut dan boleh
dilihat walaupun berpakaian.
Isteri
dikalung dengan mahkota daripada mutiara dan jika dibawa ke dunia akan
menerangani seluruh dunia.” (Musnad Ahmad)
“Muka ahli syurga
bercahaya, tiada janggut di dagu seolah-olah umur remaja. Mata hitamnya
betul-betul hitam semula jadi.
Pakaiannya tidak akan koyak atau
lusuh.” (Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda:
“Penghuni
syurga yang paling rendah sekali darjatnya diberi seramai 80 ribu pembantu dan
72 isteri.
Sebuah kanopi
disediakan untuknya. Kanopi diperbuat daripada mutiara dan batu delima. Luas
kanopi sama dengan jarak antara Jabia dan Sana (Jabia ialah bandar di Syria dan
Sana ialah nama sebuah tempat di Yaman).
Dengan lain perkataan luas kanopi
meliputi kawasan bersamaan dengan luas kawasan antara Yaman dan Syria.”
(Tirmizi).
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang yang
terendah sekali darjat atau tarafnya dalam syurga akan memillki harta kekayaan
terdiri daripada kebun, wanita, pembantu, kebebasan, tempat tidur dan gerobak
yang hanya boleh diukur dengan perjalanan ribuan tahun.” (Termizi).
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah
Ta’ala akan meminta hamba-Nya yang terendah sekali darjatnya dalam syurga:
Wahai hamba Ku! Mintalah apa yang kamu mahu’.
Allah Ta’ala tunai permintaannya
Allah Ta’ala menyuruh hamba-Nya
memohon kali kedua:
Mintalah lagi apa yang kamu mahu’
Hamba itu berkata:
Wahai tuhan ku, hamba telah
meminta apa sahaja yang hamba ingini.’
Tuhan berkata kali ketiga:
Kamu akan diberi apa yang kamu
minta. Sebagai tambahan, kamu akan menerima dua kali ganda daripada Kami.
Satu terhadap apa yang kamu minta
dan satu lagi diberi sebagai rahmat daripada Kami, dan dengan ini kamu menerima
dua kali ganda daripada apa yang kamu minta”.
(Muslim)
Rasulullah SAW bersabda:
“Dalam syurga ada bazar
(pasar raya). Penghuni syurga akan melawat bazar setiap hari Jumaat.
Apabila mereka masuk ke
dalam bazar, angin datang dari utara akan bertiup dan menyembur berbagai jenis
air wangi ke atas muka dan pakaian mereka. Tiupan angin mempunyai kesan yang
istimewa iaitu rupa paras ahli syurga akan menjadi bertambah jelita.” (Muslim)
Hadrat Ali RA meriwayatkan:
“Nabi Muhamad SAW
bersabda ada bazar dalam syurga, tetapi tidak ada aktiviti jual beli dalam
syurga. Tiada apa dalam bazar kecuali patung-patung orang lelaki.
Jika ahli syurga suka
patung-patung itu, dia masuk ke tempat patung dan akan bertukar dalam bentuk
yang serupa dengan patung dia sukai.” (Tarmizi).
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila ahli syurga hendak
mengambil tempatnya dalam syurga, satu suara akan mengumumkan perkara berikut:
1. Wahai ahli syurga! Anda
sentiasa sihat dan tenteram dan tidak akan jatuh sakit sekali-kali.
2. Dan anda sentiasa hidup dan
tidak akan mati selama-selama-nya.
3. Dan anda semtiasa dalam
keadaan muda dan tidak akan menjadi tua selama-lamanya.
4. Anda sentiasa hidup dalam keadaan
aman dan selesa dan anda tidak akan menanggung tekanan atau kesusahan sama
sekali. (Muslim).
Rasulullah SAW bersabda kepada
Hadrat Ayyub Ansari:
“Jika kamu masuk
syurga, kamu akan diberi seekor kuda diperbuat daripada batu zamruk. Kuda ada
dua sayap. Kamu boleh menaiki kuda itu untuk terbang ke mana-mana mengikut
selera dan keseronakan kamu.” (Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda:
“Dalam syurga ada
burung-burung yang lehernya panjang dan saiznya sebesar unta. Burung-burung ini
terbang merayau-rayau dan memakan buah-buahan dalam syurga.”
Hadrat Abu Bakar RA meriwayatkan:
“Burung-burung ini menikmati
keindahan hidup”
Rasulullah SAW bersabda:
“Penghuni syurga yang makan
daging burung ini akan menikmati kehidupan yang lebih baik.” (Targhib)
“Penghuni syurga akan
memakai mahkota di atas kepalanya. Mutiara pada mahkota akan menerangi segenap
kawasan antara timur dan barat.” (Tirmizi)
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment