Sunday, December 18, 2016

PELBAGAI JENIS SIHIR


Apa itu sihir?

Perkataan sihir banyak terdapat dalam Quran. Sebenarnya sihir ini ialah satu hakikat yang dinyatakan sejelas-jelasnya di dalam Quran dan sekitar 67 perkataan sihir dalam Quran.

Dari segi bahasa menurut para ulamak sihir ialah apa yang amat halus, sembunyi sebab musababnya. Jadi sihir dikaitkan dengan sesuatu yang sukar dikesan secara zahir.

Para ulamak membahagikan perkataan assihru (sihir) kepada dua:

1. Assihru bererti memperdayakan orang secara halus dan orang disasarnya tidak perangsan.

2. Sihir yang menyebabkan unsur-unsur jin, syaitan dan iblis. Inilah bentuk sihir yang berdosa besar dan boleh menyebabkan pengamalnya jatuh murtad.

Al- Imam Ibnu Kudamah mengatakan sihir dari segi syaraknya merujuk kepada simpulan-simpulan tali atau pun simpulan-simpulan ikatan yang menggunakan jampi serapah, azimat dan tangkal dan bahan-bahan ini dapat memberikan kesan yang tidak baik terhadap diri orang yang disihir, terhadap hatinya dan terhadap akalnya.

Ertinya sihir ini ialah satu insiden yang betul-betul dapat mendatangkan mudarat kepada seseorang secara realiti dan hakikat dan bukan secara khayalan.

Kemudaratan ini dalam takrif Imam Kudamah ini bahawa sihir itu boleh membunuh seseorang, sihir boleh membuat kita sakit dan juga boleh menyebabkan suami tidak boleh mendatangi isterinya atau menyebabkan suami dan isteri benci membenci atau pun boleh menyebabkan timbul perasaan sayang macam ilmu pengasih.

Ulamak-ulamak ahli sunah wal jamaah mengatakan sihir yang boleh membawa kepada kekufuran ini adalah sihir yang melibatkan penggunaan dan bantuan makhluk iblis dan syaitan.

Surah al-Falak menunjukkan Tuhan menyuruh kita berlindung daripada sihir. Kalaulah sihir itu tidak boleh memberi mudarat kepada kita mengapa Tuhan menyuruh kita berlindung daripada sihir. Oleh itu para ulamak mengatakan sihir memang boleh memberi mudarat kepada kita dengan izin Allah.

Dari segi sejarah sihir ini memang sudah lama berlaku, sejak ribuan tahun yang lalu. Firaun menggunakan sihir untuk mengekal kuasanya dan di zaman nabi Sulaiman pun banyak diceritakan mengenai sihir.

Sihir akan terus berlaku kerana ia merupakan sebahagian daripada ujian Allah SWT terhadap orang-orang beriman

Mengapa ada orang minta bantuan dengan jin.

Bila dirujuk dalam surah Jin, jelas Allah Ta’ala menyebut:

“Ada laki-laki di kalangan manusia yang minta perlindungan daripada kalangan laki-laki jin, mereka ini akan menambahkan lagi kesesatan."

Ayat ini menunjukkan ada interaksi antara manusia dan jin. Memang ada manusia meminta bantuan dengan jin. Imam Ibni Kathir dalam kitab tafsirnya menceritakan manusia apabila masuk hutan mengatakan:

“Tok cucu tumpang lalu.”

Dia menyebut kepada jin-jin yang duduk di dalam hutan. Jin lari apabila melihat manusia datang, tetapi apabila mendengar manusia minta izin jin itu akan datang semula dan mengganggu manusia.

Hubungan manusia dengan jin tidak akan membawa kebaikan. Jika ada perhubungan akan membawa keburukan seperti susah hati, bencana dan sebagainya. Jadi jangan ada manusia yang berhubung dengan jin dalam apa keadaan sekali pun.

Apa nasihat yang patut diberikan kepada bomoh-bomoh yang terlibat dengan jin

Kita disyariatkan oleh Allah untuk mengubat apa penyakit yang menimpa kita.  Dalam mendapat rawatan kita tidak boleh mendapat rawatan daripada pengamal-pengamal perubatan yang melibat unsur-unsur sihir atau perkufuran.

Sebagai contoh arak adalah najis dan dalam Islam ada hukum berubat dengan arak. Di sini ada ikhtilaf ulamak. Ada ulamak mengatakan boleh kita merawat menggunakan bahan bernajis termasuklah bahan-bahan daripada babi dalam keadaan dharurat dan tidak ada pilihan lain.

Benda-benda yang bernajis masih ada ikhtilaf. Tetapi berubat dengan pengamal-pengamal perubatan yang melibatkan unsur kufur dan syirik adalah haram dan tidak dibenarkan secara sepakat para ulamak.

Jadi apabila kita hendak mendapat sesuatu rawatan kita mesti pastikan kaedah rawatannya tidak bercanggah dengan syariat Allah SWT.

Kadang-kadang terdapat tok guru kebal, masuk tangan dalam air yang sedang bergelegak pun tidak jadi apa-apa. Adakah ini sihir atau silat mata?

Perkara luar biasa ada beberapa cara. Kalau perkara luar biasa berlaku kepada para nabi dinamakan mukjizat, kalau berlaku kepada orang biasa dan mungkin dia tidak sedar dipanggil maunah, jika berlaku kepada orang solih namanya karomah dan jika berlaku kepada orang dengan sebab belajar itu adalah sihir.

Jika perkara pelik berlaku kepada orang fasik namanya istijrak. Istijrak pun tidak bagus kerana akan menyebabkan kita makin jauh daripada Allah Ta’ala. Sihir lebih berat daripada istijrak.

Orang orang yang terlibat dengan sihir hukumnya bunuh. Ini hukum yang dibincang oleh para ulamak.

Kenapa mesti dibunuh?

Perkara yang berlaku kepada manusia tidak boleh dikesan cara biasa. Kita tidak ada bukti siapa yang membuatnya. Jadi untuk menutup lubang-lubang kerosakan pengamal ilmu sihir jika dibuktikan maka mesti dibunuh.

Imam Ibnu Tamiyah berkata jika kamu tengak seseorang boleh berjalan di atas air atau terbang di udara, ketahuilah itu adalah syaitan.

Syaitan ada dua iaitu syaitan manusia dan syaitan jin. Dalam Quran ada menyebut setiap para ambia akan ada musuh.

Siapa musuhnya?

Musuhnya ialah syaitan di kalangan manusia dan jin. Kedua-duanya adalah musuh para ambia

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment