Hari ini tanggal 3 Mac 2016. Pada tarikh yang sama 92 tahun dahulu iaitu 3 Mac 1924, jatuhnya sebuah kerajaan Islam yang menaungi seluruh umat Islam dunia. Berkubur jua satu kerajaan sejagat yang dipimpin oleh Bangsa Turki ratusan tahun lamanya. Benarlah firman Allah, tiada kerajaan yang akan kekal selama-lamanya baik Islam mahupun kuffar, selain dari kerajaan Allah:
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Wahai Tuhan raja bagi segala kerajaan! Engkaulah yang memberi
kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut
kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang
memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa
yang Engkau kehendaki.[Ali Imran:26]
Banyak faktor yang
menyebabkan jatuhnya dinasti yang paling lama berkuasa di dunia itu. Ratusan
sejarawan baik muslim mahupun non muslim menulis berbagai versi buku dan
mengkaji semua aspek asbab musabbabnya kerana ia adalah satu detik hitam yang
sangat bersejarah dalam peradaban manusia. Ia bukan sahaja mengejutkan orang
Islam, malah memeranjatkan seluruh dunia.
Namun faktor paling utama
adalah kejayaan rancangan gerakan Zionis pimpinan si Yahudi Theodor Hertzel
sejak abad ke 19 dahulu. Dalang gerakan tersebut terdiri dari beberapa orang
penganut Yahudi dan Nasrani lain yang sangat hasad dan cemburu terhadap Islam.
Mereka berhimpun atas matlamat politik, tetapi menggunakan kepercayaan agama
masing-masing untuk membentuk gerakan tersebut.
Allah telah menyatakan amaan
dari awal:
Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau
menurut ajaran mereka.[Al-Baqarah:120]
Zionis menggunakan
berbagai cara untuk melemahkan Islam. Mereka menggerakkan dan menyokong misi
penjajahan barat, dan dalam waktu yang sama menyuntik propaganda dalam saf umat
Islam sendiri. Dari awal lagi mereka merekrut seorang muslim bernama Mustafa
Kamal Atartuk dengan berbagai doktrin dan fahaman songsang. Mereka kemudian
menaikkan nama beliau sebagai tokoh pembaharuan Turki.
Oleh kerana pemerintah
akhir Uthmaniyyah tidak lagi mewarisi ciri-ciri pemerintahan nubuwwah
sebagaimana yang dimiliki oleh pengasas Uthmaniyyah, Uthman Ortoghol dan tidak
juga seperti Sultan Murad, Sultan al-Fateh dan pemerintah-pemerintah awal
dinasti tersebut, maka timbullah berbagai penyakit urus tadbir khilafah.
Penyelewengan, kezaliman, kemewahan, kemungkaran dan berbagai masalah integriti.
Ini semua menyebabkan rakyat marah terhadap pemerintah.
Perkara ini memudahkan
Zionis meruntuhkan khilafah dari dalam. Dengan watak Kamal Atartuk yang sengaja
dicipta, beliau diposisikan mewakili suara rakyat menentang kebobrokan
pemerintah. Dengan itu Atartuk mudah menerima sokongan terutama dari kalangan
golongan muda yang terkenal dengan semangat tinggi. Mereka dikenali sejarawan
sebagai The Young Turks.
Namun kelemahan golongan
muda adalah kebanyakan mereka hanya berjuang atas dasar semangat semata-mata
tapi cetek ilmu dan kurang cermat dalam menghadapi tipudaya musuh yang selama
ini mengintai-intai ruang untuk menjatuhkan Islam. Kerana terlalu ikutkan
amarah terhadap kerajaan, gerakan tersebut menjadi agresif menyebabkan kerajaan
Islam bertambah lemah dan lumpuh. Lemah di luar kerana satu persatu taklukannya
dikuasai penjajah, dan lemah di dalam dengan gangguan The Young Turks.
Walaupun sedar khilafah
Islam sedang diancam kuasa barat, Young Turks tidak peduli kerana menganggap
masalah dalaman itu lebih patut diuruskan. Mereka tidak kisah kerajaan Islam
dijajah asalkan hasrat mereka menukar kerajaan terlaksana. Mereka membantu
musuh menyebar kebencian di kalangan rakyat Turki terhadap khilafah, bercampur
baur antara cerita benar dan rekaan.
Mereka dengan bongkaknya menyatakan:
"Usah bimbang dengan Yahudi. Sekali kita ludah, mereka akan hanyut dengan air liur kita sahaja!"
"Usah bimbang dengan Yahudi. Sekali kita ludah, mereka akan hanyut dengan air liur kita sahaja!"
Akhirnya dengan
kegelojohan golongan muda ini, khilafah tidak dapat bertahan. Khalifah
terakhir, Sultan Abdul Hamed II digulingkan oleh tentera dalam peristiwa yang
sangat tidak bermaruah. Kemudiannya naiklah Mustafa Kamal Atartuk. The Young
Turks bersorak kegembiraan kononnya masalah mereka telah selesai dengan
bertukar pemerintah.
Tanpa menunggu lama,
Atartuk terus mengumumkan tiada lagi sistem monarki dan mengubah kepada sistem
republik. Kemudiannya beliau merubah hampir kesemua nilai-nilai Islam dalam
pentadbiran Turki seperti menegakkan ideologi sekular, mengubah Azan
kepada Bahasa Turki, mengehadkan aktiviti orang Islam, menukar Masjid Aya Sofya
kepada muzium dan memburu setiap Ulama yang mengajar Islam sebenar. Malah
kekejaman dan kejahatan Atartuk lebih dahsyat dari apa yang pernah dilakukan
sekalian pemimpin Uthmaniah.
The Young Turks akhirnya
tersedar, langkah mereka menyokong Atartuk adalah silap. Sikap mengikut nafsu
amarah sehingga tidak berfikir panjang menyebabkan mereka sendiri beroleh
padah. Kegemilangan Islam akhirnya lenyap dengan kegelojohan mereka sendiri.
Sanggup mengikut kata-kata musuh Islam dalam menyelesaikan masalah orang Islam.
Namun semuanya sudah
terlambat. Kini, tiada guna lagi segala penyesalan.
Selama ini mereka tidak
mempedulikan firman Allah SWT:
[Ali Imran:149]
Peristiwa ini sepatutnya
menjadi pengajaran buat Islam seluruh belahan dunia hari ini. Sikap
gelojoh, mengikut hawa nafsu serta mendengar nasihat orang-orang kafir dalam
menyelesaikan masalah dalaman umat Islam amat perlu dijauhi. Semua itu adalah
punca terpenting hilangnya payung khilafah yang didambakan umat Islam sejagat.
Masalah yang timbul di
kebanyakan dunia Islam hari ini pula, adalah berpunca dari ulangan perangai The
Young Turks. Yang paling ketara adalah mengikut telunjuk barat. Ini termasuk
pihak yang berani mendakwa diri sebagai The New Ottoman, sedangkan dasar luar
mereka sangat patuh kepada perancangan
Amerika Zionis. Malah sudah mula membina
hubungan dengan kerajaan haram Israel.
Sebenarnya sebelum
tanah-tanah air umat Islam menerima kemerdekaan dahulu, penjajah telah siap
melantik pengganti mereka dari bangsa tempatan tetapi jahat dan zalim.
Tujuannya supaya pemerintahan mereka lambat laun dibenci oleh rakyat, lalu
rakyat bangkit menentang kerajaan mereka sendiri.
Kita boleh saksikan
hakikat ini telah berlaku di Tunisia, Libya, Mesir, Iraq, Yaman, Syria dan
berbagai lagi. Matlamat dari rancangan ini adalah supaya barat sekali lagi
boleh muncul sebagai hero membantu rakyat tertindas, dan kemudian rakyat
memberi kepercayaan pada mereka dan memberikan mereka kuasa untuk masuk campur
hal ehwal negara. Modus operandi yang sama sewaktu menjatuhkan khilafah dahulu.
Sebagai negara majoriti
muslim, Malaysia juga turut tersenarai. Sekiranya langkah bijak tidak diambil,
tidak mustahil Arab Spring yang membuktikan kerugian terhadap umat lebih besar
keuntungan yang diperoleh akan menerpa ke tempat kita pula. Anak muda Islam
hari ini perlu lebih bijak menangani semangat juang yang mereka miliki.
Sementalah hari ini,
anasir sosialisme dan marxisme yang radikal kembali menular dalam saf gerakan
Islam di banyak tempat. Gerakan ini giat beroperasi di kampus-kampus pengajian
dengan menyasarkan golongan mahasiswa. Anak muda ditipu bahawa ajaran marxisme
adalah anti kapitalisme barat dan yahudi sedangkan mereka tidak tahu, Karl Marx
itu adalah seorang Yahudi dan Soviet Union sendiri termasuk dalam grand design
Zionis. Kini, Soviet telah dikuburkan di tanah lahir mereka sendiri. Tetapi
dikembangkan semula di tanahair umat Islam.
Inilah hakikat yang telah
disuarakan tokoh murabbi Haraki, Dr Fathi Yakan:
"Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam. Sayangnya mereka telah dipergunakan orang lain untuk meruntuhkan Islam."
Sekiranya misi Zionis
berjalan lancar, lambat laun akan terbinalah kerajaan sejagat di bawah tamadun
Amerika Zionis, yang cuba dicanangkan melalui agenda globalisasi. Tiadalah lagi
segala tamadun lain termasuk Islam dan akan lahirlah kerajaan sebuah Yahudi
sebagai pemerintah baru dunia, menunggu ketibaan Dajjal yang mereka percaya,
itulah al-Masih yang akan memimpin mereka merajai dunia. Percayalah globalisasi
barat bukan sekadar teori konspirasi.
Semoga tarikh bersejarah
hari ini mampu menyedarkan kita akan bahaya yang sedang dihadapi. Binalah
kekuatan sesama Islam, atas dasar 1 akidah dan 1 kiblat. Bebaskan diri dari
sengketa sesama kita, dan bersatulah demi masadepan manusia seluruh dunia.
Sebesar manapun masalah umat Islam, selesaikanlah secara sebuah keluarga.
Jangan libatkan pihak luar yang sangat oportunis terhadap nasib umat Islam.
Firman Allah SWT:
“(Katakanlah keada mereka
wahai Muhamad: “Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu
dan janganlah kamu menurut selainnya (dari kalangan penguasa dan tokoh) sebagai
tempat wala'; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.”
(Al-Aaraf:3)
(Alang Ibn Shukrimun)
No comments:
Post a Comment