Kata Al-Fadhil Ustaz Tuan
Ibrahim Tuan Man:
Tuan-tuan nak pergi bazar
Ramadhan pergilah, tetapi tuan-tuan kena ingat beberapa perkara yang perlu
dijaga:
1. Jangan beli makanan
pada tangan orang yang Fasiq (Orang yang tidak solat, tidak puasa, tidak
menutup AURAT, tidak jaga Halal Haram).
Sayang kita puasa lama,
beberapa jam tahan makan dan minum, tiba-tiba apabila nak berbuka kita beli
makanan pada tangan orang yang fasiq, bila kita berbuka puasa kita baca doa
"Ya Allah berkatilah rezki ku" bagaimana nak berkat kita beli makanan
pun pada orang yang tidak diberkati oleh Allah.
2. Jaga Mata/Pandangan
kita.
Perkara ini sangat
penting, kita sedia maklum di bazar Ramadhan ramai manusia yang tidak menjaga
pakaian/aurat, kita bimbang pahala puasa kita akan hilang begitu sahaja, apa
yang kita dapat hanya lapar dan dahaga sahaja.
Insya Allah sama-sama kita jaga ibadah puasa kita ini moga-moga
Allah menerima ibadah kita ini Aamiin
No comments:
Post a Comment