Penyakit yang
menyelebungi umat Islam kini ialah cintakan dunia dan takutkan mati. Takut mati
boleh jadi dosa banyak dan tidak yakin. Islam tetapi tidak yakin. Untuk berjihad
umat zaman sekarang hendak belajar ilmu kebal dahulu. Tembak tidak mati baharu
hendak berjihad. Umat Islam zaman dulu cintakan mati untuk menegakkan Islam.
Nabi bersabda:
“Aku hendak berjuang
untuk menegak agama Allah dan aku dibunuh, aku hidup pula, dibunuh pula, hidup
pula dan dibunuh mati pula.”
Nabi minta mati dalam
perjuangan dan nyata nabi wafat kesan daripada racun oleh Yahudi. Jadi nabi
wafat sebagai seorang nabi dan sebagai seorang syahid. Semua ada kelebihan pada
nabi SAW.
Semua para sahabat
bercita-cita untuk mati syahid. Para sahabat meninggal keluarga ribuan batu
perjalanan, berbulan-bulan masa dan ada yang mati di negeri orang kerana
menyebarkan Islam.
Orang Islam di akhir zaman takut
mati. Tetapi nabi SAW berkata:
“Akan
tetap ada di kalangan umat aku satu kumpulan ada di mana-mana negeri, di negeri
Arab ada, di Indonesia ada, di Malaysia pun ada, di negeri orang putih pun ada
dan di mana ada orang Islam ada kumpulan ini, iaitu kumpulan yang mengzahirkan
Islam dan bangun berdiri untuk menegakkan Islam. Mereka tidak boleh dikecewakan
atau ditundukkan oleh orang-orang yang menentang mereka sehingga datang urusan
Allah.”
Walaupun orang tuduh macam-macam,
orang kata dan pelikih macam-macam kumpulan ini tidak tunduk dan akan ada
hingga hari kiamat. Kumpulan yang sifat-sifatnya disebut dalam Quran dan hadis
inilah yang mengganti nabi untuk menyambung amanah walaupun nabi SAW sudah
tidak ada.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment