Tuesday, January 3, 2017

NABI BERHUTANG DENGAN ORANG YAHUDI.

Mengikut satu riwayat ketika berada di Madinah nabi SAW berhutang dengan orang Yahudi. Mengapa tidak berhutang dengan sahabat yang kaya seperti Saidina Uthaman, Saad bin Habi Wakhas dan Abdul Rahman bin Aus.

 Ini menunjukkan kerana ada tujuan dakwah dan politik untuk menarik orang masuk Islam. Nabi SAW berhutang dan berjanji hendak bayar dalam tempoh beberapa bulan.

 Tiba-tiba si Yahudi ini datang minta hutang dengan nabi tengah orang ramai, sedangkan tempoh bayar balik hutang belum sampai lagi.

 “Wahai Muhamad kenapa tidak bayar hutang, memang keluarga kamu jenis payah membayar hutang.” Kata Yahudi itu.

 Para sahabat naik marah dan mahu bertindak. Nabi tidak izinkan dan menyuruh sahabat sabar. Nabi berkata memang dia berhutang tetapi Yahudi minta bayar cepat sangat. Kemudian menyuruh Saidina Umar membawa Yahudi dan jelaskan hutangnya dengan membayar lebih.

 Jalan perjalanan, Yahudi memperkenalkan diri kepada Saidina Umar. Dia seorang pendita Yahudi. Saidina Umar terkejut bila mendengarnya lalu berkata: “Kenapa kamu bercakap begitu dengan Rasulullah?”

 Jawab Yahudi itu: “Sebenarnya aku hendak uji tahap kesabarannya. Sesungguhnya tahab kesabarannya tinggi dan dia memang seorang rasul.”

Dia patah balik menemui Rasulullah dan terus mengucap dua kalimah syahadat.

Jika nabi SAW membenarkan para sahabat bertindak kemungkinan besar Yahudi itu tidak masuk Islam. Oleh itu pendekatan secara damai (muajahah salmiah) boleh menarik orang masuk Islam.

 KULIAH YT


No comments:

Post a Comment