Sembahyang ialah kiam agama
Islam. Sembahyang ialah hubungan secara langsung antara hamba dengan tuhan.
Sembahyang merupakan
amalan yang pertama dihisab di hadapan Allah pada hari kiamat. Sembahyang
menjadi fardu ‘ain, wajib di atas tiap-tiap orang Islam selagi dia ada akal.
Uzur macam mana pun selagi ada akal kena sembahyang. Tidak boleh sembahyang
berdiri, duduk, tidak boleh duduk, melentang. Tidak boleh melentang sembahyang
dengan isyarat atau sembahyanglah dengan apa sahaja seperti dengan lintasan
hati. Ini besarnya kewajipan sembahyang.
Bukan itu sahaja, kita hendaklah
perintah anak isteri kita mendirikan sembahyang. “Suruhlah anak isteri kamu,
keluarga kamu sembahyang dan sabar mendirikan sembahyang.”
Sabda Rasulullah SAW: “Suruh anak
kamu sembahyang bila umur tujuh tahun. Bila berumur sepuluh tahun tidak
sembahyang hendaklah memukulnya dan pisahkan tempat tidurnya antara lelaki
dengan perempuan.”
Kalau tidak sembahyang
umur sepuluh tahun kena pukul. Ini menunjukkan rotan ada dalam pendidikan Islam. Tetapi pendidikan barat kata
guru tidak boleh merotan anak murid. Akibatnya anak murid naik mua dan
menimbulkan masalah kawalan. Islam mengizinkan rotan dengan cara yang tidak
mencederakan.
Bapa mestilah bersungguh
menyuruh anak isteri sembahyang. Jangan bapa sahaja sembahyang anak isteri
tidak dikisah sembahyang atau tidak.
Dirikan sembahyang dan
mengeluarkan zakat. Zakat diambil daripada orang-orang kaya dan diberi kepada
orang-orang yang berhajat. Ini sistem kewangan Islam. Di samping menyumbang
kepada kewangan dan ekonomi negara dalam masa yang sama diberi kepada orang
yang berhajat dan berhak. Orang yang berhajat, orang fakir miskin tidak
dibebankan dengan zakat. Jika zakat tidak dibebankan sudah pasti cukai tidak
dibebankan. Zakat fardu a’in cukai bukan fardu a’in.
Jika pendapatan daripada zakat tidak mencukupi barulah dikenakan cukai.
Sumber
kewangan negara Islam ialah zakat, wakaf, ranimah, humusy, khusyur, jiziah dan
kharaj. Kalau ikut rukun Islam akhirnya orang Islam tidak kena cukai. Tetapi orang Islam tinggal rukun Islam. Kesannya rakyat dan
kerajaan menjadi bangsat kerana tidak ada berkat. Ini termasuk negara Arab
sendiri, negara yang kaya dengan minyak tetapi kena tanggung askar Amerika.
Tuhan memberi kekayaan tetapi tidak ada berkat kerana tidak ikut hukum Islam.
Bila wang tidak
mencukupi kerajaan menaikkan cukai dan akan membawa kepada kenaikan harga
barang. Ini adalah bala. Disebut dalam
hadis dan disebut oleh para ulamak bala bencana bukan sahaja kemarau, bukan
sahaja banjir dan bukan sahaja gempa bumi, termasuklah kezaliman dan
termasuklah harga barang-barang mahal. Balanya kerana tidak mengikut hukum
Allah SWT.
Zakat membawa berkat.
Dalam Islam ada berbagai-bagai jenis zakat, bukan sahaja zakat fitrah. Ada
zakat perniagaan, zakat galian, zakat pertanian, zakat ternakan dan zakat
perhiasan. Zakat ternakan ialah zakat lembu, kerbau, kambing dan unta.
Ini menunjukkan Islam
menggalakkan umatnya menternak binatang kerana fardu kifayah dan untuk tujuan
membayar zakat.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment