( 55 )
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk
leka menikmati kesenangan;
( 56 )
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh,
sambil duduk berbaring di atas pelamin; (Yasin: 55-56)
( 15 )
Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka
akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria. (Rum: 15)
( 44 )
Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
( 45 )
Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari
sungainya yang mengalir,
( 46 )
Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang
meminumnya,
( 47 )
Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka
mabuk kerana menikmatinya.
( 48 )
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan
pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
( 49 )
(Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang
tersimpan dengan sebaik-baiknya. (AS-SAAFAT: 44-49)
( 34 )
Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang
kafir itu.
( 35 )
Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta
melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).
( 36 )
(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah
orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan
dahulu?" (Mutaffifin: 34-36)
( 74 )
Serta mereka berkata:"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah
menepati janji-Nya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga
ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di
mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan
bagi orang-orang yang beramal". (Zumar: 74)
( 25 )
Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama
lain sambil bertanya-tanya.
( 26 )
Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam
kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada
Allah),
( 27 )
"Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiq-Nya), serta
memelihara kami dari azab neraka.
( 28 )
"Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembah-Nya (dan memohon
pertolongan-Nya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan
ihsan-Nya, lagi Yang Maha Mengasihani". (Tur: 25-28)
Abu Hurairah
RA menyatakan bahawa nabi SAW bersabda:
“Kumpulan
pertama penghuni syurga akan dimasukkan ke adalam syurga dengan muka bercahaya
seperti bulan penuh pernama waktu malam.
Mereka
tidak berludah dan tidak menanggung sebarang kesusahan. Mereka memilki
alat-alat (utensils)
dan sikat (combs) diperbuat daripada emas dan perak, peluhnya wangi dan setiap
dari penghuni syurga diberi dua isteri jelita yang samsum tulangnya adalah
tembus pandang (boleh nampak daripada luar)
Tiada
perbalahan di kalangan mereka dan tidak ada hasad dengki di dalam hati-hati
mereka. Hati-hati mereka seolah-seolah satu hati, pagi dan petang sentiasa
bersyukur kepada Allah SWT.” (Muslim)
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment