Saturday, December 10, 2016

YUHIBBUHUM WAYUHIBBU NAH



Ayat dalam suratul Maidah menyebut tentang sifat golongan yang menegak agama Allah SWT yang lahir apabila berlaku penyelewengan di kalangan manusia terutamanya penyelewengan- penyelewengan di kalangan umat Islam.

Firman Allah Ta’ala dalam suratul Maidah ayat 54:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;

mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya.”

Sesiapa di kalangan orang-orang beriman yang menyeleweng daripada agamanya apabila nabi SAW wafat Allah akan melahirkan satu kaum yang berjuang untuk meneruskan perjuangan nabi Muhamad SAW.

Allah mengatakan sifat puak ini ialah YUHIBBUHUM WAYUHIBBU NAH (Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah). Ini merupakan syarat pertama daripada golongan yang menyambung perjuangan nabi Muhamad SAW.

Al-Shiekh Said Hawa menyebut dalam kitabnya JUNDULLAH (bala tentera Allah) diantara maksud YUHIBBUHUM WAYUHIBBU NAH ialah sebagaimana disebut di dalam ayat FATTABIUNI YUHBIB KUMULLAH (maka ikutlah kamu akan aku, akan nabi Muhamad SAW nescaya Allah akan mengasihi kamu)

Mengikut nabi Muhamad SAW bermula daripada mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang mengikut nabi, puasa ikut nabi, nikah kahwin ikut cara nabi, makan minum mengikut ajaran nabi, segala urusan kerja mengikut cara nabi termasuklah nabi Muhamad SAW berhijrah ke Madinah dan mendirikan kerajaan Islam di Madinah, sebuah kerajaan yang menjadikan hukum Islam hukum yang berkuasa iaitu hukum yang memerintah.

Para sahabat RA di kalangan muhajirin dan ansar telah membuktikan mereka itu menjalankan YUHIBBUHUM WAYUHIBBU NAH (Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah).

Mereka telah membuktikan mereka mengikut firman Allah Ta’ala FATTABIUNI YUHBIB KUMULLAH (maka ikutlah kamu akan aku, akan nabi Muhamad SAW nescaya Allah akan mengasihi kamu).

Mereka mengikut nabi Muhamad SAW sehingga berhijrah ke Madinah. Orang-orang Mekah berhijrah ke Madinah dengan iman mereka, meninggalkan harta, meninggalkan tanah air dan ada di kalangan mereka meninggalkan anak isteri yang sangat dikasihi.

Mereka meninggal semua itu dahulu kerana mengikut nabi Muhamad SAW bagi mendirikan sebuah kerajaan Islam yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Orang-orang Madinah pula menyerahkan tanah air mereka, menyerahkan harta benda mereka dan menyerahkan diri mereka untuk mendirikan kerajaan Islam yang didirikan oleh nabi Muhamad SAW.

Maka diantara FATTABIUNI, ikutlah kamu akan nabi Muhamad SAW daripada awal hingga akhir. Mengasihi Allah dan mengasihi nabi Muhamad SAW termasuk dalam HALAL WATUL IMAN (kemanisan iman)

Tanda kemanisan iman ialah mengasihi Allah dan rasul-Nya lebih daripada segala-galanya, mengasihi seseorang kerana Allah dan takut menjadi kufur macam takut dicampak ke dalam api.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment