Sabda Rasulullah SAW:
“Tiga perkara,
barangsiapa mempunyai ketiga-tiga perkara ini maka dia mempunyai kemanisan
iman. Jika iman tidak ada manis, macam gula tidak ada manis, macam garam tidak
ada masin. Jika begitu, gula tidak ada faedah dan garam tidak ada faedah.
Begitulah dengan iman yang tidak
ada manis. Jika iman tidak ada manis maka imannya tidak ada erti.
Tanda kemanisan iman
itu tiga perkara:
1. Bahawa adalah Allah dan rasul-Nya yang paling dia kasih, lebih
daripada segala-galanya. Segala perkara yang ada dalam kehidupan dia, yang
paling dia kasih ialah Allah dan rasul-Nya. Dia kasih kepada Allah dan rasul
lebih daripada kasih kepada diri sendiri, anak isterinya, kaum keluarganya dan
harta-bendanya.
2. Bahawa kasih kepada seseorang
bukan kerana dia ada banyak harta, bukan kerana dia berkedudukan tinggi serta
bukan sebab-sebab duniawi tetapi kasih kerana Allah.
3. Dia benci menjadi kafir
sebagaimana dia tidak mahu dia dicampak ke dalam api. Tidak
mahu menjadi kafir sekali-kali setelah menjadi Islam.
Oleh kerana itulah apabila
disebut perkataan kufur disebut NAUZUBILLAHI MINZALIK WALIYAZABILLAH. Apabila
disebut murtad dikata WALIYAZABILLAH NAUZUBILLAHI
MINZALIK (memohon perlindungan daripada Allah supaya tidak menjadi
murtad, tidak menjadi kufur).
Itu menandakan kemanisan iman.
Jika orang itu apabila disebut
kufur tidak berasa apa-apa padanya dan disebut murtad pun tidak apa-apa
padanya, BERETI DIA TIADA KEMANISAN IMAN.
Maka sangat malang bila dikatakan
kepadanya:
“Tidak boleh buat begini. Kalau
buat begini menjadi murtad. Tidak boleh kata begitu, kalau kata begitu jadi
murtad.”
Lalu dia menjawab:
“Murtad ke murtadlah.”
Itu maknanya tidak ada
kemanisan iman di dalam dirinya.
Kemanisan iman
menunjukkan seseorang itu ada iman.
Diantara tandanya ialah
kasih kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah SAW. Antara kasih kepada Allah
itu ialah ikut nabi Muhamad SAW daripada awal hingga akhir.
Disebut dalam hadis bahawa
Rasulullah SAW mengatakan aku akan menunggu kamu di kolam Kausar pada hari
kiamat kelak.
Disebut dalam hadis-hadis lain
ada di kalangan umat Muhamad SAW yang ada pada dirinya tanda umat Muhamad iaitu
tanda wuduk. Tetapi bila datang ke kolam Kausar dia telah dihambat oleh
malaikat.
Lalu nabi SAW bersabda:
“Umat aku!, Umat aku!, Umat aku!”
Lalu dijawab oleh malaikat:
“Wahai Muhamad, kamu
tidak tahu mereka telah buat selepas kamu wafat. Mereka telah menyeleweng
daripada ajaran kamu.”
Mereka ikut separuh
daripada ajaran nabi Muhamad SAW maka mereka tidak mendapat kasih daripada
Allah SWT.
Orang yang kasih kepada Allah
dijanjikan YUHBIB KUMULLAH (Allah mengasihimya). Allah akan kasih kepada orang
itu, dan mengampunkan dosa-dosanya.
Itu fadilat (kelebihan) yang
didapati oleh mereka yang kasihkan Allah, yang mengikut nabi Muhamad SAW dan
Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment