Wednesday, December 21, 2016

AURAT WIRID RABBANI



Tujuh zikir yang patut diamalkan setiap hari dan tidak akan tinggalkan sampai bila-bila. Zikir ini dinamakan wirid-wirid Rabbani yang sanadnya sampai kepada nabi SAW.

1. Asytaghfirullahal azim 100 kali
2. Subhanallah wabihamdihi subhanallahil azim 100 kali
3. Lailahaillallah 100 kali
4. Hasbiallahi wani’mal wakil 100 kali
5. Subhanallah wabihamdulillahi walaailahaillallah wallahu akbar 100 kali
6. Lahaulawala kuwwatailla billahil aliyyil azim 100 kali
7. Salawat kepada nabi SAW.
Allahummasyalli ‘ala saiyidina Muhammad waalaalihi wasabbihi wabarik wasyallim 100 kali

Buatlah bila-bila masa sekalipun asalkan cukup 700 kali sehari. Masa duduk boleh berzikir, masa berbaring boleh berzikir dan semasa memandu pun boleh berzikir. Untuk melakukan zikir itu hanya memakan masa 30 init sahaja.

Kemudian patut juga beramal:

1. Baca surah al-Waqi’ah (surah 56)
2. Buat sunat dhuha. Waktunya ialah setengah jam selepas naik matahari sehingga sebelum gelincir matahari. Waktu yang paling afdal ialah antara 9.30 hingga 10.00 pagi.
3. Buat sunat rawatib. Sunat yang patut dibuat kerana antara lain sunat rawatib menampung kekurangan sembahyang fardu.
4. Malam mesti baca surah al-Mulk (surah 67) untuk membebas daripada azam kubur
5. Sebelum tidur buat sunat witir paling lekeh satu rakaat. Buat terus lepas sunat ba’adiah Isya tetapi paling afdal buat pagi sebelum Subuh. Buat tahjud 2 rakaat dan kemudian buat sunat witir satu rakaat.
6. Hari Jumaat sunat baca surah al-Kahfi (surah 18)
7. Masa baring sebelum lelapkan mata baca surah al-Kafirun (surah 109)

Susunlah jadual supaya tidak ada tertinggal dan jadikan amalan berterusan. Sekiranya kita gagal membuat amalan itu kerana musakkah tertentu maka tuhan memberi pahala serupa seolah-olah kita melakukan ibadat itu.

Jadi beramallah mulai sekarang, jangan tangguh kerana mati akan datang bila-bila masa sahaja.

Kita memohon kepada Allah agar kita berlomba-lomba membuat amal soleh agar kita mati dalam keadaan bersedia.

KULIAH YT

4 comments:

  1. As salam tuan.
    Saya ingin bertanya wirid rabbani no4 itu daripada surah ali-imran ayat 173 kan.

    bacaan yang betul adakah " hasbiallahi wania'mal wakil" atau "hasbunallahu wania'mal wakil".

    Ayat dalam surah tersebut ditulis sebagai "hasbunallahu...."

    Terima kasih dan pohon maaf jika tersilap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada masalah utk guna hasbiyallah atau hasbunallah.....hasbiyallah bermaksud cukuplah Allah bagi ku manakala hasbunallah bermaksud cukuplah Allah bagi kami....kalau nak ikut Al Quran terus bagus juga....jadi gunakan lah hasbunallahu wani'mal wakil

      Delete
  2. Mungkin ada silap di sini: 7. Salawat kepada nabi SAW.
    Allahummasyalli ‘ala saiyidina Muhammad waalaalihi **wasabbihi** wabarik wasyallim 100 kali

    Sabbih ertinya maha suci
    Di sini sepatutnya sahabat nabi di sebut selepas keluarganya (wa 3ala aalihi) iaitu wa saHbihi.

    Maaf kalau silap

    ReplyDelete
  3. Wasohbihi. maaf admin akak tolong jawab.

    ReplyDelete