Tujuh zikir yang patut diamalkan
setiap hari dan tidak akan tinggalkan sampai bila-bila. Zikir ini dinamakan
wirid-wirid Rabbani yang sanadnya sampai kepada nabi SAW.
1. Asytaghfirullahal azim 100
kali
2. Subhanallah wabihamdihi
subhanallahil azim 100 kali
3. Lailahaillallah 100 kali
4. Hasbiallahi wani’mal wakil 100
kali
5. Subhanallah wabihamdulillahi
walaailahaillallah wallahu akbar 100 kali
6. Lahaulawala kuwwatailla
billahil aliyyil azim 100 kali
7. Salawat kepada nabi SAW.
Allahummasyalli ‘ala saiyidina
Muhammad waalaalihi wasabbihi wabarik wasyallim 100 kali
Buatlah bila-bila masa sekalipun
asalkan cukup 700 kali sehari. Masa duduk boleh berzikir, masa berbaring boleh
berzikir dan semasa memandu pun boleh berzikir. Untuk melakukan zikir itu hanya
memakan masa 30 init sahaja.
Kemudian patut juga beramal:
1. Baca surah al-Waqi’ah (surah
56)
2. Buat sunat dhuha. Waktunya
ialah setengah jam selepas naik matahari sehingga sebelum gelincir matahari.
Waktu yang paling afdal ialah antara 9.30 hingga 10.00 pagi.
3. Buat sunat rawatib. Sunat yang
patut dibuat kerana antara lain sunat rawatib menampung kekurangan sembahyang
fardu.
4. Malam mesti baca surah al-Mulk
(surah 67) untuk membebas daripada azam kubur
5. Sebelum tidur buat sunat witir
paling lekeh satu rakaat. Buat terus lepas sunat ba’adiah Isya tetapi paling
afdal buat pagi sebelum Subuh. Buat tahjud 2 rakaat dan kemudian buat sunat
witir satu rakaat.
6. Hari Jumaat sunat baca surah
al-Kahfi (surah 18)
7. Masa baring sebelum lelapkan
mata baca surah al-Kafirun (surah 109)
Susunlah jadual supaya tidak ada
tertinggal dan jadikan amalan berterusan. Sekiranya kita gagal membuat amalan
itu kerana musakkah tertentu maka tuhan memberi pahala serupa seolah-olah kita
melakukan ibadat itu.
Jadi beramallah mulai sekarang,
jangan tangguh kerana mati akan datang bila-bila masa sahaja.
Kita memohon kepada Allah agar
kita berlomba-lomba membuat amal soleh agar kita mati dalam keadaan bersedia.
KULIAH YT
As salam tuan.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya wirid rabbani no4 itu daripada surah ali-imran ayat 173 kan.
bacaan yang betul adakah " hasbiallahi wania'mal wakil" atau "hasbunallahu wania'mal wakil".
Ayat dalam surah tersebut ditulis sebagai "hasbunallahu...."
Terima kasih dan pohon maaf jika tersilap.
Tak ada masalah utk guna hasbiyallah atau hasbunallah.....hasbiyallah bermaksud cukuplah Allah bagi ku manakala hasbunallah bermaksud cukuplah Allah bagi kami....kalau nak ikut Al Quran terus bagus juga....jadi gunakan lah hasbunallahu wani'mal wakil
DeleteMungkin ada silap di sini: 7. Salawat kepada nabi SAW.
ReplyDeleteAllahummasyalli ‘ala saiyidina Muhammad waalaalihi **wasabbihi** wabarik wasyallim 100 kali
Sabbih ertinya maha suci
Di sini sepatutnya sahabat nabi di sebut selepas keluarganya (wa 3ala aalihi) iaitu wa saHbihi.
Maaf kalau silap
Wasohbihi. maaf admin akak tolong jawab.
ReplyDelete