Nabi SAW bersabda:
“Apabila seseorang daripada kamu
baring untuk tidur malam maka bacalah surah al-Kafirun maka
Allah akan membebaskannya daripada syirik kepada
Allah.”
Syirik nyata menjadi
penyebab kepada kita masuk neraka selama-lamanya. Berapa kali hendak baca surah
ini. Nabi tidak sebut berapa kali. Elok baca empat
kali kerana sama dengan khotam satu Quran.
Walaupun sunat patut juga
diamalkan. Cuma 6 ayat dan ayat pula pendek-pendek.
Maksud surah al-Kafirun:
( 1 )
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
( 2 )
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
( 3 )
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
( 4 )
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
( 5 )
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
( 6 )
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment