Allah memberi amaran
kepada umat Muhammad SAW supaya berhati-hati dengan golongan ahli kitab ini.
Mereka ini bukan sahaja sesat tetapi mahu mengheret orang supaya menjadi sesat
seperti mereka.
Mereka melakukan
berbagai-bagai cara dan kalau boleh mereka mahu semua orang Islam menjadi
Yahudi dan Kristian. Kalau tidak berjaya mereka berusaha berbagai cara lain
supaya orang Islam mengikut perangai mereka.
Memang ada orang Islam yang sesat
walaupun diberi amaran oleh Quran dan nabi SAW di dalam banyak-banyak hadis. Di
antaranya dalam hadis israk dan mikraj. Ketika nabi berjalan pada malam israk
dan mikraj nabi kita SAW telah diganggu oleh seruan Yahudi dan Kristian.
Nabi tidak layan dan malaikat
Jibril memberi amaran jika kamu jawab seruan mereka, habis umat kamu menjadi
Yahudi dan Kristian. Nabi tidak jawab pun umatnya terpengaruh juga sedikit demi
sedikit.
Ini digambarkan oleh nabi SAW:
“Kamu akan terikut-ikut dengan
umat yang lebih dahulu daripada kamu dengan puak yang lain sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga mereka masuk dalam lubang biawak kamu
ikut sama.”
Lalu sahabat bertanya:
“Adakah mereka itu orang-orang
Yahudi dan Nasoro?”
Jawab Rasulullah SAW:
“Siapakah lagi. Kamu akan
terpengaruh.”
Mereka datang ke negeri kita dan
mengambil peluang di atas kelemahan umat Islam. Mereka menjajah negeri orang
Islam. Mula-mula mereka berusaha supaya orang Islam jadi Kristian.
Mereka membuka sekolah
Methodis, Convent dan berbagai nama sekolah dengan memakai bahasa Inggeris.
Penjajah Belanda membuka sekolah bahasa Belanda dan penjajah Peranchis membuka
sekolah bahasa Peranchis.
Mereka mengajak anak orang-orang
Islam masuk Kristian. Barangsiapa yang masuk agama Kristian akan diberi jawatan
yang tinggi, diberi kesenangan dan kemewahan.
Program itu tidak berjaya kerana
sebilangan kecil orang Islam masuk Kristian. Lalu diubah tektik dan cara iaitu
cara menghakiskan agama Islam.
Sekolah-sekolah dibuka
atas nama kebangsaan. Penggunaan huruf jawi ditukar kepada huruf rumi. Huruf
Arab ditinggalkan menyebabkan kesukaran untuk membaca Quran.
Pelajar didedahkan
dengan buku-buku mereka, undang-undang dan peraturan mereka, akhlak dan cara
hidup mereka.
Mereka memasukkan ke
negara umat Islam ideologi dan teori-teori mereka yang dinamakan sikularisma,
pragmatism, komunisma, kapitalisma, nasionalisma dan sosialisma. Ini adalah
teori-teori yang dibawa oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian.
Ramai orang Islam yang
menganuti fahaman-fahaman ini dan dalam masa yang sama mereka sembahyang, puasa
dan mengerjakan haji dan umrah. Tetapi dalam bab politik mereka menganut
fahaman sikularisma, dalalam bab ekonomi mereka menganut sosialisma dan
kapitalisma.
Mereka tidak sedar bahawa Islam
adalah agama yang lengkap. Semua perkara ada dalam Islam dan tidak perlu lagi
berpegang kepada undang-undang bukan Islam dan tidak perlu lagi menganuti
ideologi orang Yahudi dan Kristian.
Oleh kerana kurang pengetahuan
agama maka mereka fikir cukuplah mengambil Islam dari segi ibadat sahaja.
Apabila masalah pendidikan,
politik, ekonomi dan seumpamanya dikuasai dengan teori-teori bukan Islam maka
lahirlah riba, lahirlah judi, lahirlah hiburan-huburan maksiat, lahirlah
pakaian-pakaian yang mendedahkan aurat. Masa sembahyang elok tutup aurat, lepas
sembahyang pakai ketat.
Ini semua gejala-gejala yang
diberi amaran oleh Allah Ta’ala supaya jangan terpengaruh dengan golongan ahli
kitab.
Disebut dalam satu hadis:
“Dua golongan akan zahir akhir
zaman, iaitulah satu kaul yang memiliki pemiat-pemiat laksana ekor lembu yakni
mempunyai kuasa lalu menggunakan kuasanya macam ekor lembu menggunakan
undang-undang dan peraturan hawa nafsu.
Satu golongan lagi ialah
orang-orang perempuan yang memakai pakaian dan bertelanjang, mendedahkan aurat
dan ada pakaian yang menggoda. Di atas kepala mereke dihiasakan laksana gof-gof
unta, mereka tidak mencium bau syurga, sesungguhnya bau syurga itu jarak
bertahun-tahun perjalanan.”
Hari ini kita boleh lihat mereka
ini padahal mereka orang Islam. Tetapi oleh terpengaruh dengan ahli kitab
mereka menjadi menyeleweng oleh serangan pemikiran yang dilancarkan. Dalam
keadaan tidak sedar mereka menyeleweng daripada Islam.
Allah Ta’ala sebut dalam satu
surah yang lain:
“Wahai orang-orang yang
beriman jagalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka, umpan api
neraka itu adalah manusia dan batu-batu.
Di dalam neraka itu ada
malaikat yang kasar dan garang, mereka membuat apa sahaja yang diperintah oleh
Allah dan mereka tidak sekali-kali derahkakan Allah.”
Tuhan telah memberi
amaran melalui al-Quranul Karim supaya menjaga diri dan anak isteri daripada
api neraka.
Kalau kita berasa diri kita keras
daripada besi dan kebal sila lawan. Ini kerana hari ini bila kita sebut
larangan-larangan agama orang mempersendakan.
Ini semua pengaruh ahli kitab
yang memesongkan kita dan agama kita sama ada menyesatkan aqidah termasuk
menyesatkan syariat.
Beriman dengan sebahagian kitab
dan kufur dengan sebahagian yang lain adalah kerja orang Yahudi dan orang
Kristian. Mereka pinda hukum Allah SWT.
Riba diharamkan dalam
agama Yahudi. Mereka pinda:
‘riba haram sesama
Yahudi tetapi boleh memakan riba dengan bangsa lain.’
Orang Kristian pula,
mengikut Kristian yang dibawa oleh nabi Isa babi adalah haram tetapi orang
Kristian menghalalkan babi, menghalalkan arak dan menghalalkan judi.
Orang Islam pun terikut-ikut
dengan Yahudi dan Kristian. Apa yang diberi amaran oleh Allah berlaku.
“Wahai ahli kitab mengapa kamu
kufurkan ayat-ayat Allah padahal kamu menyaksikan kebenarannya di antaranya
kebenaran nabi Muhamad SAW, undang-undang jenayah yang ada dalam Quran”
Ketika nabi merintah
kerajaan Islam di Madinah berlaku satu peristiwa, orang Yahudi berarak puaknya
yang melakukan zina. Mereka membawa perkara itu kepada nabi dengan tujuan
menguji nabi SAW.
“Wahai Muhamad sila hukum.” Kata
mereka.
“Aku akan hukum apa
yang ada dalam kitab Taurah.” Kata nabi SAW.
Lalu dibawa kitab Taurah dan
disuruh membacanya. Bila sampai bab hudud mengenai zina, dia menutup bahagian
itu dengan jarinya.
Tetapi di kalangan para sahabat
ada yang dapat memahami bahasa Ibrani, lalu berkata:
“Sila angkat tangan kamu, jangan
tutup.”
Dan dibaca ayat hudud
yang ada dalam Taurah. Lalu Allah menurunkan ayat:
“Sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah mereka adalah orang-orang yang
kafir.”
Ini ditujukan kepada orang Yahudi
yang engkar akan hukum Allah SAW.
Begitulah juga orang Islam, jika
engkar mana-mana hukum Allah termasuk hukum hudud maka menjadi kafir WALIYA
ZABILLAH kecuali kerana jahilnya maka jadi berdosa.
Jika tahu tetapi engkar, apa lagi
jika persenda-sendakan maka jadi macam Yahudi yang mengengkar hukum Allah SWT.
“Wahai ahli kitab maka kamu
campuradukkan yang benar dengan yang salah dan kamu pula menyembunyikan
kebenaran padahal kamu mengetahuinya.”
Mengapa kamu campuradukkan yang
benar dengan yang salah. Sebahagian ajaran kamu terima dan sebahagian lagi kamu
tolak. Mereka hendak membawa perangai ini kepada orang Islam. Cukuplah Islam
sekadar ibadat sahaja dan sebahagian hukum hakam ditinggalkan.
Mereka kelirukan orang dengan
bermacam-macam cara. Muhamad ini rasul untuk orang Arab sahaja bukan untuk
bangsa lain. Ada yang mendakwa Muhamad ini rasul yang sesuai dengan zamannya
sahaja. Malangnya ada orang Islam yang terpengaruh dengan pendapatan itu.
Disebut dalam satu riwayat
apabila Saidina Umar RA mendengar cerita-cerita yang menarik daripada Yahudi
kerana orang Yahudi tahu dengan detil cerita nabi-nabi dan rasul-rasul
terdahulu, lalu beliau teringin supaya disalin cerita-cerita orang Yahudi ini
untuk dibaca oleh orang Islam.
Apabila diketahui oleh Rasulullah
SAW:
“Adakah kamu mengada-ngada wahai
Umar. Sekiranya nabi Musa masih hidup nescaya nabi Musa wajib beriman kepada
aku.”
Sekiranya nabi Musa masih hidup
tidak boleh lagi beramal dengan Taurah, mesti beraml dengan al-Quran kecuali
hukum yang bersamaan dengan Quran. Jika hukum berbeza dengan Quran maka
hendaklah dipakai hukum Quran.
Bagitulah juga, jika hukum Quran
berbeza dengan Injil maka hendaklah dipakai hukum Quran. Ini hukum yang direka
oleh manusia sendiri. Pakai hukum manusia dan tolak hukum Allah sedangkan hukum
yang ada dalam Taurah dan Injil tidak boleh digunakan jika berbeza dengan
Quran.
Perangai ahli kitab terkena juga
kepada Islam. Mereka mengelirukan ajaran agama menyebabkan orang boleh jadi
menyeleweng.
Ini golongan yang disebut
ALMAGHDU BI’ALAIHIM, golongan yang dimurkakan ke atas mereka yang kita sebut
dalam tiap-tiap rakaat sembahyang. Mereka dimurkakan kerana mereka tahu kitab
tetapi tidak ikut kitab. Mereka tahu nabi Muhamad tetapi tidak ikut nabi
Muhamad SAW.
Walaupun ayat itu berkait dengan
ulamak Yahudi tetapi sekiranya ada ulamak orang Islam yang mengelirukan orang
dalam perkara agama maka tergolong juga dalam ALMAGHDU BI’ALAIHIM.
Orang ramai mungkin
berkata mereka itu tahu agama, mereka tahu syurga neraka takkan dia hendak
menipu kita. Inilah hikmatnya tuhan beritahu antara yang tahu agama ialah
iblis.
Iblis tengak syurga
neraka dan berdialog dengan Allah Ta’ala lebih daripada ahli kitab tetapi oleh
kerana tidak mendapat haidayat maka dilaknat oleh Allah Ta’ala.
Jadi orang-orang Yahudi dan
Kristian serta juga orang-orang Islam yang menyeleweng daripada agama kerana
tidak mendapat hidayat daripada Allah Ta’ala.
Di kalangan Yahudi dan Kristian
ini ada dinamakan orientalis. Orientalis ialah mereka yang mengkaji agama
Islam, bukan sahaja apa yang disebut dalam Taurah dan Injil tetapi dia belajar
dan mengkaji al-Quran.
Mereka belajar bahasa Arab dan
ada kalangan mereka yang menguasai bahasa Arab dengan baik dan ada antara
mereka yang menghafal ayat-ayat Quran tetapi tidak masuk Islam kerana tidak
mendapat hidayat daripada Allah Ta’ala.
Ada juga yang masuk Islam seperti
Muhamad Asad. Beliau seorang Yahudi Austria yang menganut Islam di zaman kita
ini dan beliau telah berjasa kepada Islam kerana menulis banyak buku. Di zaman
nabi Abdullah bin Salam, seorang Yahudi masuk Islam.
Mereka yang tidak mendapat
hidayat, tujuan belajar dan mengkaji Islam ialah untuk melawan Islam. Mereka akan
mencari hujah-hujah yang boleh mengelirukan orang Islam. Berbagai-bagai cara
dan pendekatan diambilnya untuk memesongkan orang Islam.
Sebagai contoh, zaman nabi
Muhamad boleh haramkan riba. Zaman sekarang seluruh memakai riba. Jadi oleh
kerana dunia kata riba boleh maka kena ikut dunia. Seluruh dunia hari ini
memakai undang-undang manusia, undang-undang Islam tidak digunakan maka kena
pakai undang-undang ciptaan manusia.
Malangnya orang yang mengetahui
Islam hanyut sama. Ini menyesatkan daripada jalan agama Allah SWT. Diberitahu
oleh nabi Muhamad SAW akan ada pemimpin-pemimpin yang menyesatkan di akhir
zaman sehingga orang ramai menjadi keliru.
Nabi kata:
“Akan tiba di akhir
zaman tahun-tahun yang mengelirukan orang, sangat mengelirukan. Orang yang bohong
dianggap benar dan orang yang benar dianggap bohong.”
Orang yang bercakap
benar berdasarkan Quran dan hadis mereka kata bohong. Sebaliknya orang yang
terang bohong dibenarkan.
Orang yang hendak
tunaikan amanah dikhianat dan orang yang khianat diberi amanah. Di setengah
negara mereka yang rasuah digulingkan dan di setengah negara lain pula mereka
yang rasuah diberi kepercayaan.
Penilaian baik dan buruk berpunca
kerana meninggalkan syariat Allah SWT. Moga-moga Allah Ta’ala jauhkan kita
daripada perangai ahli kitab yang bercanggah dengan Islam. Agama Islam tetap
dipelihara oleh Allah dan akan tetap ada golongan yang mempertahankan Islam.
Allah Ta’ala memelihara agama
Islam bukan sahaja tulisan pada buku-buku tetapi di dalam dada para ulamak, di
dalam hati dan fikiran para ulamak. Ini adalah keistimewaan Islam yang dibawa
oleh nabi Muhamad SAW.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment