Nabi Muhamad SAW berasa sedih
bila orang tidak masuk Islam kerana nabi mengharapkan semua orang masuk Islam.
Tidak perlu sedih kerana tuhan
kata:
“Engkau tidak bertanggungjawab
wahai Muhamad berkenaan dengan orang yang masuk neraka kerana menolak Islam.”
Tanggungjawab nabi SAW ialah
memberitahu yang memberi hidayat ialah Allah SWT.
Firman Allah Ta’ala:
“Orang Yahudi dan
Nasoro tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada kamu Wahai Muhamad SAW
sehingga menurut agama mereka yang telah terpesong.”
Walaupun ayat ini ditujukan
kepada Rasulullah SAW tetapi pengajarannya kepada
seluruh umat sehingga hari ini dan hari kiamat, supaya kita berjaga-jaga
jangan terpengaruh dengan orang Yahudi dan Kristian.
Bila dia berjanji hendak menolong
dan memberi bantuan mesti ada tujuan di sebaliknya. Tujuannya tidak lain dan
tidak bukan untuk memesong daripada agama kita.
Oleh kerana itu nabi SAW sangat
berhati-hati dengan orang yang bukan Islam. Hubunga diadakan dengan mereka
bertujuan mudah-mudahan mereka masuk Islam.
Orang Yahudi dan
Kristian diberi peluang hidup dalam masyarakat Islam. Mereka dilayan dengan
adil dengan harapan mereka masuk Islam. Kita jangan sekali-kali terpengaruh
dengan mereka.
Orang Yahudi dan Kristian
menjalankan langkah-langkah yang halus dan licik untuk memesongkan orang Islam
padahal mereka tahu agama Islam betul.
Mereka memperdayakan nabi. Mereka
boleh menerima Isalam jika nabi SAW raikan mereka. Apa salahnya kita
membenarkan judi dan arak untuk menggalakkan pelancungan dan ini akan membawa
kemajuan.
Itulah nasihat mereka dan mereka
tidak pernah ikhlas dalam nasihat.
Ahli-ahli gerakan Islam
membuat penyelidikan dengan mendalam bagaimana sepanjang zaman golongan kuffar
berusaha untuk memesongkan orang Islam daripada agama Islam.
Kerajaan Uthmaniah
dijatuhkan 1924 dengan dibantu oleh orang Arab. Orang Arab mencetuskan satu
revolusi dinamakan Revolusi Arab yang agung yang membebaskan bumi Arab daripada
penjajahan Uthmaniah.
Orang Arab ditanam dengan
semangat kebangsaan Arab. Orang yang berkuasa ialah orang Turki, bukan orang
Arab. Sepatutnya orang Arab yang memerintah kerana nabi Muhamad SAW adalah
orang Arab.
Inilah hikmat Allah SWT
memerintah nabi Muhamad SAW berhijrah ke Madinah. Nabi duduk di Madinah juga
walaupun Mekah dibebaskan untuk menyatakan Islam itu tidak bergantung pada
bangsa dan tanah air.
Allah Ta’ala menyebut:
“Jika sekiranya kamu berpaling
daripada Islam nescaya Allah menukar kaum lain daripada kamu.”
Bila orang Arab tidak
kuat berpegang dengan Islam, Allah Ta’ala tukar kepada orang Kuldisy, bila
orang Kuldisy tidak kuat berpegang dengan Islam Allah Ta’ala tukar kepada
bangsa Turki pula dan begitulah seterusnya.
Pernah berlaku dalam sejarah yang
menjadi tokoh-tokoh ilmu Islam bukan orang Arab. Imam Bukhari bukan orang Arab,
Imam Muslim bukan orang Arab, Imam Ghazali bukan orang Arab dan Imam Qurtubi
bukan orang Arab.
Dalam keadaan tidak berpegang
dengan Islam orang Arab hanyut dengan semangat kebangsaan. Lantas menyokong
kuasa-kuasa besar dunia menjatuhkan kerajaan Uthmaniah. Akibatnya kuasa-kuasa
besar menakluk negeri-negeri orang Islam.
Lalu mereka memasukkan
jentera-jentera mereka untuk mengubah orang Islam supaya menjadi Kristian.
Mereka mendirikan sekolah-sekolah, di tanah jajahan Inggeris dikenali dengan
Convent, Methodist dan sebagainya bertujuan untuk memesongkan orang Islam.
Bila menyedari rancangan mereka
gagal, satu mesyuarat diadakan di Baitul Maqdis yang dihadiri oleh
paderi-paderi dan pengembang agama Kristian. Dalam mesyuarat itu seorang paderi
besar membuat laporan menyatakan program mengkristiankan orang Islam gagal.
Hanya sebilangan kecil orang
Islam dapat dikristiankan. Itupun mereka yang bodoh, miskin dan bebal serta
yang inginkan kedudukan.
Oleh itu mereka menukarkan
perancangan mereka. Mereka membuat sekolah kebangsaan
seperti Malay College bertujuan untuk memberi khursus kepada guru-guru supaya mengajar
fahaman kebangsaan dan mengalih sedikit demi sedikit fahaman Islam yang
menyeluruh.
Perancangan ini ternyata berjaya
di seluruh dunia Islam. Orang Islam memahami Islam
sekadar sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Jika ajaran Islam setakat itu
sahaja tiga helai cukup Quran.
Tetapi Quran diturunkan
tiga puluh juzuk dan nabi Muhamad SAW mengajar dalam masa dua puluh tiga tahun.
Tiga belas tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Madinah. Kemudian nabi SAW
diwafatkan oleh Allah Ta’ala.
Sebelum nabi SAW wafat Allah
Ta’ala mengisytiharkan:
“Pada hari ini orang-orang kafir
telah berputus asa daripada agamanya maka jangan kamu takut kepada mereka
takutlah kepada Allah. Pada hari ini telah aku sempurnakan agama kamu dan telah
aku cukupkan untuk kamu nikmat Ku dan Aku telah redha Islam menjadi agama
kamu.”
Islam sebagai Addin bukan sebagai
satu agama sahaja.
Melalui sekolah-sekolah yang
dirancang mereka telah berjaya mengheret orang Islam sedikit demi sedikit
sebagaimana diberi amaran oleh Rasulullah SAW:
“Kamu akan terikut-ikut dengan
umat yang lebih dahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi
sehasta sehingga kamu masuk dalam lubang biawak kamu masuk sama.”
Lalu sahabat bertanya:
“Yahudi dan Nasruni kah ya
Rasulullah?”
“Siapa lagi”, jawab Rasulullah
SAW.
Bila tidak berjaya mengheret
orang Islam masuk Kristian mereka melakukan melalu perkara yang halal yang baik
dengan cara halus. Mereka menyediakan kapal Haji untuk
kita pergi ke Mekah. Kita hendak puasa mereka tolong melihat anak bulan. Bila
hendak bena masjid mereka menolong tengak arah kiblat.
Kemudian mereka
membuang penggunaan tulisan jawi di sekolah-sekolah. Tulisan jawi diganti
dengan tulisan rumi. Akhirnya menyebut perkataan Quran tidak betul.
Perkataan NI’MAH jadi
nikmah. Ni’mah bermakna benda yang baik tetapi nikmah maknanya celaka. Ubah
ejaan sahaja sudah berubah makna. Kita tidak sedar mereka mengheret kita
sedikit demi sedikit.
“Katakanlah wahai Muhamad SAW
kepada mereka sesungguhnya ilmu Allah, agama Islam itulah petunjuk yang benar
dan demi sesungguhnya engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah
datangnya wahi yang memberi pengetahuan kepada kamu tentang kebenaran maka
tiadalah engkau akan beroleh daripada Allah akan sesuatu pun yang dapat
mengawal dan memberi pertolongan kepada kamu.”
Dalam bab ibadat sahaja
kita ikut Islam, dalam bab ekonomi tidak ikut Islam. Ekonomi Islam yang ada
dalam Quran tidak diamal lagi.
Anak-anak orang Islam belajar
ekonomi di universiti-universiti. Teori ekonomi yang
dipelajari ialah teori kapitalis, komunis atau sosialis. Teori ekonomi Islam
tidak dipelajari.
Maka lahirlah ahli-ahli
ekonomi sama ada yang menganut fahaman kapitalis atau fahaman komunis dan
sosialis kerana hendak membela orang miskin.
Bila ada ulamak mendedahkan dalam
Islam ada ajaran ekonomi dan Islam mengharamkan riba. Mereka yang menganut
fahaman komunis akan berkata komunis pun mengharamkan riba. Malangnya ada pula
tok guru yang terpengaruh kerana komunis tiada dalam kitab yang mereka belajar.
Jadi bila komunis kata
riba haram dan Islam juga kata riba haram maka Islam serupa dengan komunis.
Islam menggalakkan perniagaan
kerana Islam agama kamajuan. Memang benar Islam agama kemajuan. Mereka
mengambil bab kemajuan sahaja, bab halal dan haram tidak diambil kira.
Oleh itu berlakulah ekonomi riba.
Teori kapitalis dan komunis yang tidak mengambil kira dosa dan pahala. Orang
Islam menjadi sesat dalam bab ekonomi dan sehingga hari ini dalam bab ekonomi
semua negara Islam mundur.
Padahal minyak dan gas
dalam negeri Islam, timah dalam negeri Islam, besi, getah dan kelapa sawit
dalam negeri Islam. Semua bahan mentah dalam negeri Islam. Tetapi orang Islam
bangsat puncanya dalam bab ekonomi lari daripada apa yang diajar dalam Quran.
Dalam bab undang-undang
pula, undang-undang Islam dikatakan tidak sesuai maka diambil undang-undang
jenayah barat, undang-undang antarabangsa barat dan bukan undang-undang Islam.
Undang-undang Islam
yang dipakai ialah undang-undang nikah kahwin dan undang-undang pusaka sahaja.
Undang-undang jenayah pakai undang-undang barat sedangkan Islam lengkap.
Mereka berkata undang-undang
kerat tangan tidak sesuai zaman sekarang. Undang-undang barat jerut leher
dengan tali itu moden atau jahiliah. Dalam Islam untuk mengerat tangan
syaratnya sangat ketat, bukan dengan sewenang-wenang kerat. Jika ada alat moden
yang tidak menyakitkan maka boleh digunakan.
Mereka yang berpendapat
hukum kerat tangan zalim bermakna mereka membela pencuri.
Bila undang-undang Islam
ditinggalkan maka kadar jenayah meningkat. Mencuri, merompak, menipu dan
membunuh pun makin banyak.
Benarlah firman Allah Ta’ala:
“Dan jika sekiranya kamu ikut
hawa nafsu mereka menandakan bahawa semua hukum daripada Quran adalah hawa
nafsu.”
Hukum membenarkan riba
adalah hawa nafsu, menghukum pencuri dan perompak dengan penjara adalah hawa
nafsu, semua hukum yang lain daripada hukum Allah adalah hukum hawa nafsu.
“Setelah datang kepada kamu
pengetahuan daripada Allah, petunjuk daripada Allah Ta’ala, tiadalah engkau
akan peroleh daripada Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepada kamu.”
Bila kita memakai
petunjuk yang lain daripada Quran maka kita tidak mendapat pertolongan dan
perlindungan daripada Allah Ta’ala. Oleh itu masalah tidak dapat diselesaikan.
Masalah politik tidak selesai,
masalah ekonomi tidak selesai dan masalah pendidikan pun tidak selesai.
Orang kafir walaupun maju mereka
mesti runtuh kerana tidak berdasarkan hidayah daripada Allah Ta’ala. Jangan
berbangga dengan tamadun kebendaan.
Allah telah menunjukkan
tamadun kebendaan zaman dahulu yang hebat dan ada yang lebih hebat daripada
zaman kita ini. Tamadun ‘Ad, tamadun Samud dan tamadun Firaun.
Walaupun hebat tamadun itu tetapi
tidak ada faedah dan manfaat kerana tidak berdasarkan kepada petunjuk daripada
Allah Ta’ala.
Inilah hikmatnya kita menjadi
orang Islam sama ada kita nampak hikmatnya atau pun tidak kita mesti yakin dan
percaya Islamlah yang benar dan boleh menyelamatkan kita dunia dan akhirat.
Jadi jangan terpengaruh dengan
Yahudi dan Nasrani yang sentiasa berusaha menyesat kita orang Islam.
KULIAH TAFSIR YT
No comments:
Post a Comment