Firman Allah Ta’ala bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami telah
bangkitkan setiap umat akan rasul dan rasul itu dakwah dan perjuangannya dengan
menyatakan dan mengisytiharkan
‘sembahlah kamu akan
Allah dan jauhkan taughut dengan ucapan LAAILAHA ILLALLAH.”
LAAILAHA bermakna tidak tuhan
yakni menolak taughut, ILLALLAH bermakan Allah sahaja tuhan.
Perkata taughut
daripada bahasa Arab bermakan yang sangat melampaui batas, bukan sahaja
melampau bahkan sangat melampau batas Allah SWT.
Para ulamak salaf iaitu ulamak
generasi awal umat Islam iaitu abad pertama hingga abat ketiga hijrah, mereka
disebut oleh nabi SAW:
“Sebaik-baik abad ialah
abad aku, kemudian yang berikutnya dan kemudian yang berikutnya sehingga abad
yang ketiga hijrah.”
Para ulamak menyatakan taughut
dengan berbagai-bagai penjelasan.
Berkata Saidina Umar RA:
“Taughut itu ialah syaitan yang
menggoda manusia supaya menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain, jadi
kafir ataupu mengguda manusia supaya mengerjakan maksiat.”
Berkata Jabir RA:
“Taughut ialah ahli
nujum yang didatangi oleh syaitan. Mereka mengaku mengetahui perkara yang akan
datang iaitu perkara ghaib, perkara yang menjadi ilmu Allah Ta’ala sahaja.”
Berkata imam Malik bin Anas RA,
iaitu imam negeri Madinah dan guru kepada mazhab Syafie dan pemimpin mazhab
Maliki:
“Taughut ialah setiap yang
diabdikan kepadanya selain Allah dan banyak lagi kenyataan lain.”
Banyak lagi penjelasan para
ulamak mengenai taughut. Kesemua kenyataan itu merupakan contoh-contoh taughut.
Sebenarnya taughut itu banyak dan tidak terhad kepada apa yang disebut itu
sahaja.
Oleh itu al-Imam Ibni Qayim RA
telah mentakrifkan taughut dengan ayat berikut:
“Yang dikatakan taughut ialah
setiap yang melampaui batas pengabdian kepada Allah dengan mengabdikan kepada
yang lain atau mentaati seperti Allah.”
Takrif ini menunjukkan bahawa
peranan taughut itu berbeza di antara satu tempat dan satu zaman yang
berlainan.
Al-Quran memaparkan contoh-contoh
taughut di zaman masing-masing.
Al-Quran menjelaskan kepada kita
bahawa yang terkemuka di kalangan taughut ialah:
1. Syaitan yang mengajak supaya
beribadat kepada yang lain daripada Allah. Syaitan ini sama ada syaitan jin
yang kita tidak nampak atau pun syaitan manusia, yang mengajak manusia supaya
menyembah kepada yang lain daripada Allah.
Firman Allah Ta’ala surah Yasin
ayat 60 bermaksud:
"Bukankah Aku telah
perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!”
Ayat dalam surah Yasin ini
menjelaskan bahawa maksud taughut itu ialah setiap memperhambakan diri dengan
melakukan ibadat atau pun ditaati sehingga secara mutlak kepada yang lain
daripada Allah SWT yang dinamakan syaitan.
Ini adalah yang melampaui batas
paling besar kerana rusak aqidah, batal dua kalimah syahadat dan keluar Islam.
2. Pemerintah yang zalim yang
meminda hukum-hukum Allah. Hukum Allah Ta’ala sudah ada tetapi pakai hukum
lain.
Undang-undang Allah ada dalam
Quran tetapi guna dan beramal dengan undang-undang lain.
Firman Allah Ta’ala surah an-
Nisa ayat 60 bermaksud:
“Tidakkah engkau (hairan) melihat
(wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah
beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepada mu dan kepada
(Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripada mu?
Mereka suka hendak berhakim
kepada Taughut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada
Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan
kesesatan yang amat jauh.”
Golongan manusia di kalangan
pemimpin kabilah-kabilah Arab di zaman dahulu dan pemimpin-pemimpin masyarakat
yang mengaku Islam dan mengaku beriman kepada Allah dan kepada nabi Muhamad
SAW, beriman kepada Quran dan beriman kepada kitab-kitab yang terdahulu tetapi
melantik hakim-hakim yang melaksanakan hukuman berbeza dengan hukum Allah SWT.
Hukum Allah sudah ada tetapi
memakai undang-undang lain kecuali perkara yang tidak ada nas. Hukum hudud dan
hukum qisas ada dalam Quran dan dihuraikan oleh nabi SAW. Hukum mencuri,
merompak dinaskan dalam Quran tiba-tiba pakai undang-undang lain.
Ini taughut kerana melampaui
batas Allah Ta’ala.
Nabi Muhamad SAW dilantik oleh
Allah Ta’ala, bukan kerajaan lantik. Allah Ta’ala amanahkan untuk menyampaikan
hukum Allah dan Quran adalah qalam Allah Ta’ala iaitu ilmu Allah Ta’ala.
Jika memakai lain daripada Quran
bermakna dia meletak sebelah ilmu Allah Ta’ala. Ini dinamakan taughut.
3. Orang yang memutuskan hukum
menurut yang lain dari yang telah diturunkan oleh Allah.
Firman Allah Ta’ala:
“Dan sesiapa yang tidak
memutuskan hukum kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah
orang-orang yang kafir.”
Sudah ada undang-undang Allah
tetapi dia menjatuhkan hukuman kepada seseorang lain daripada hukum Allah
dengan dia menganggap hukum yang lain itu baik daripada hukum Allah Ta’ala atau
pun setaraf dengan hukum Allah Ta’ala. Ini juga taughut. Ini kafir.
Sekiranya dia beriktikad hukum
Allah Ta’ala itu baik cuma tidak pakai sahaja bermakna zalim dan fasik.
4. Orang yang mengaku mengetahui
ilmu yang hanya tertentu kepada Allah.
Firman Allah Ta’ala suratul Jin
ayat 26 – 27:
( 26 )
"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak
memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun, -
( 27 )
"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya (untuk
mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya;
apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian)
maka Ia
mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga
dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang
berkenaan).
Orang yang
mengaku mengetahui perkara yang akan datang, perkara yang ghaib kecuali orang
yang diberitahu kepadanya oleh Allah Ta’ala seperti nabi kita Muhamad SAW.
Nabi
diberitahu oleh Allah Ta’ala akan datang berlaku sesuatu perkara. Nabi pun
beritahu dan berlaku sungguh. Perkara yang tuhan tidak beritahu maka nabi tidak
tahu.
Abdullah bin
Salam, seorang alim Yahudi yang ditugaskan untuk berhujah dengan nabi SAW.
Setelah ditanya beberapa soalan nabi menjawab semua soalan itu dan Abdullah
tahu jawapan itu betul menandak dia nabi sungguh.
Lalu
Abdullah tanya tentang ruh dan Allah Ta’ala pun menurunkan ayat tentang ruh:
“Mereka
bertanya kepada kamu wahai Muhamad tentang ruh. Katakanlah ruh adalah urusan
tuhan aku dan aku tidak tahu.”
Nabi tidak
jawab dan berkata itu urusan tuhan. Lalu Abdullah bin Salam mengucap dua
kalimah Syahadat.
Ini
menunjukkan rasul sungguh sebab dia tidak berbohong. Jika dia bukan rasul dia
jawab juga perkara yang dia tidak tahu.
Abdullah bin
Salam menjadi salah seorang sahabat yang diberitahu oleh nabi SAW dia masuk
syurga.
Jadi
orang-orang yang mengaku menjadi nujum dan tukang tilik mengetahui perkara yang
akan datang adalah taughut. Berjumpa dengan ahli nujum untuk melihat nasib
adalah haram.
Firman Allah
Ta’ala:
“Dan pada
sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya
kecuali Dia sendiri,
dan Dia
mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan dan tidak sehelai daun pun
yang gugur melainkan Dia mengetahuinya,
dan tidak
jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan sesuatu yang basah atau yang
kering melainkan tertulis di dalam kitab yang nyata, Luth Mahfuz.”
Luth Mahfuz
adalah kitab yang ditulis dalam ilmu Allah SWT. Kuman yang halus yang nampak
dan tidak nampak di terepong dan makhluk yang ghaib semuanya diketahui oleh
Allah Ta’ala.
Perkara yang
telah lalu, yang sedang dan yang akan berlaku semuanya diketahui oleh Allah
Ta’ala.
Berapa helai
daun kepada sepohon kayu, berapa urat kasar dan halus dalam daun itu dan orang
yang nampak dan tidak nampak semuanya Allah Ta’ala tahu.
Berapa urat
yang ada dalam tubuh manusia, urat yang kasar dan halus yang nampak dan tidak
nampak semuanya diketahui oleh Allah SWT.
Itulah ilmu
Allah SWT yang tidak terhingga. Maka barangsiapa yang mengaku dia tahu juga
macam tuhan adalah taughut. Itulah adalah bohong dan melampaui batas Allah.
Barangsiapa
yang percaya kepada orang semacam ini jadi kafir, keluar daripada agama Islam.
5. Orang yang
disembah selain Allah dan dia meredhai melaku penyembahan kepada dirinya
iaitulah raja-raja atau pun pemimpin macam Firaun, orang menyembahnya cara
rukuk dan sujud di depannya macam sembah Allah Ta’ala adalah taughut.
Kita tidak
boleh menghormati orang dengan rukuk dan sujud kerana rukuk dan sujud hanyalah
kepada Allah sahaja. Tidak boleh lebih daripada had rukuk. Jika lebih daripada
had rukuk hukumnya haram.
Orang yang
redha dirinya dihormati sehingga rukuk dan sujud dipersucikan macam tuhan adalah
taughut.
Firman Allah
Ta’ala suratul Ambia ayat 29:
“Dan (jika
ada) sesiapa di antara mereka berkata:
"Sesungguhnya
aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami
akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas
golongan yang zalim.”
Ayat ini
memberi makna bahawa sesiapa yang meredhakan dirinya disembah oleh orang
sehingga rukuk dan sujud adalah juga taughut yang melampaui batas Allah SWT
kerana rukuk dan sujud hanya menjadi milik Allah SWT sahaja.
Ketahuilah
wahai saudara-saudara ku bahawa seseorang itu tidak beriman kepada Allah dalam
erti kata yang sebenar melainkan ia mestilah juga mengkafirkan atau mengingkari
taughut.
Itu adalah
perkara yang penting dalam aqidah tauhid.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment