Firman Allah Ta’ala:
“Dan sesiapa yang
murtad di kalangan kamu daripada agamanya lalu dia mati dalam keadaan kafir
maka mereka itu mendapat hukuman dihapuskan semua amalan mereka di dunia dan di
akhirat.
Dan mereka itu menjadi
ahli neraka dan mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya.”
Ayat ini menyatakan bahawa
seorang Islam yang murtad habis pahalanya dihapuskan oleh Allah SWT. Jika mati
dalam keadaan murtad dia kekal di dalam neraka selama-lamanya.
Bagaimana sekiranya dia
kembali semula kepada Islam?
Khilaf di kalangan ulamak.
Ada ulamak mengatakan
bila dia masuk Islam semula pahalanya yang lepas-lepas dihapuskan. Dia kena
buat amal solih semula.
Sesetengah ulamak
mengatakan pahalanya dipulang balik semula.
Ini perbincangan ulamak. Perkara
sebenar terpulang kepada Allah SWT.
Itu dari segi hukum akhirat. Dari
segi hukuman dunia disebut oleh nabi SAW:
“Sesiapa yang menukar
agamanya, keluar daripada Islam maka hendaklah dibunuh.”
Orang murtad mengikut hukum Islam,
hukum hudud. Hendaklah dibunuh sabit dengan hadis nabi SAW.
Apabila Muaz bin Jabar RA
ditugaskan untuk menjadi gobenor dan menjadi guru di Yaman membantu Abu Musa
as-Syaari, sebaik-baik sahaja tiba di Yaman dia dapati ada seorang yang diikat
di hadapan Abu Musa as-Syaari.
Lalu Muaz bertanya:
“Mengapa orang ini diikat?”
Kata Abu Musa:
“Dia masuk Islam
kemudian balik ke agama asalnya semula.”
“Aku tidak duduk dalam majlis ini
sehingga kamu melaksanakan hukum yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Dia
hendaklah dibunuh.” Kata Muaz.
Ini menunjukkan betapa kerasnya
hukuman terhadap orang murtad.
Ulamak berbincang dari segi
peluang untuk orang murtad bertaubat.
Ada ulamak mengatakan beri
peluang kepada dia dua tiga hari. Ada ulamak
mengatakan beri peluang kepadanya beberapa bulan.
Ada ulamak mengatakan beri peluang kepadanya beberapa
lama, pujuk dan pujuk. Jika masih ingkar baru bunuh. Ada juga ulamak mengatakan pujuk terus menerus.
Itu adalah khilaf ulamak dari
segi tempoh masa pujuk.
Mengapa hukuman
terhadap orang murtad begitu keras?
Tidakkah ini bercanggah dengan
tidak ada paksaan dalam agama?
Ramai orang-orang bukan
Islam mempersoalkan mengenai hukum-hukum murtad.
Jawapannya, murtad mempunyai
hukuman yang tersendiri. Islam tidak memaksa orang bukan Islam masuk Islam.
Tetapi dia mesti tahu bila masuk Islam tidak boleh murtad.
Agama Islam tidak boleh
dipermain-mainkan, boleh masuk keluar dengan begitu mudah.
Seseorang yang masuk
Islam bererti dia berjanji dengan Allah Ta’ala apabila dia mengucap dua kalimah
syahadat:
ASYHADU ALLA ILAHA
ILLALLAH WAASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH
Dengan mengucap dua
kalimah syahadat dia berikrar di hadapan Allah SWT. Bila dia murtad bermakna
dia khianat terhadap Allah Ta’ala. Sedangkan seluruh negara dunia bila rakyat
khianat terhadap negaranya bunuh.
Rakyat Amerika khianat terhadap Amerika bunuh, rakyat China khianat terhadap negara China bunuh. Ini khianat terhadap Allah Ta’ala dan Allah Ta’ala lebih besar lagi daripada
negara.
Orang
murtad membahayakan umat Islam. Bila dia masuk di dalam musuh dia akan
mendedahkan rahsia-rahsia Islam dan menjadi perkakas kepada musuh. Untuk
keselamatan negara maka dijatuhkan hukuman bunuh.
Mereka yang dijatuhkan
hukuman bunuh ini ialah mereka yang mengisytiharkan murtad. Dengan bangga
mengisytiharkan dirinya murtad. Orang inilah yang dibawa ke mahkamah dan
dibicarakan.
Islam tidak boleh dicabar kerana
maruahnya terlalu tinggi. Maruah umat Islam terlalu tinggi, tidak boleh
dipermain-mainkan oleh mereka yang murtad. Inilah sebabnya hukum terhadap
murtad itu keras.
Di hari kiamat semua amalan
baiknya ditolak oleh Allah Ta’ala.
Murtad boleh berlaku
sama ada dengan hati, dengan perkataan dan dengan perbuatan.
Sama ada dia meninggal Islam dan masuk agama lain atau dia menghina mana-mana
hukum Islam, menghina mana-mana sifat Allah Ta’ala, menghina mana-mana malaikat
Allah Ta’ala, rasul-rasul dan segala yang berkait dengan Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment