Wednesday, December 21, 2016

DOSA ORANG MURTAD


Firman Allah Ta’ala:

“Dan sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya lalu dia mati dalam keadaan kafir maka mereka itu mendapat hukuman dihapuskan semua amalan mereka di dunia dan di akhirat.

Dan mereka itu menjadi ahli neraka dan mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya.”

Ayat ini menyatakan bahawa seorang Islam yang murtad habis pahalanya dihapuskan oleh Allah SWT. Jika mati dalam keadaan murtad dia kekal di dalam neraka selama-lamanya.

Bagaimana sekiranya dia kembali semula kepada Islam?

Khilaf di kalangan ulamak.

Ada ulamak mengatakan bila dia masuk Islam semula pahalanya yang lepas-lepas dihapuskan. Dia kena buat amal solih semula.

Sesetengah ulamak mengatakan pahalanya dipulang balik semula.

Ini perbincangan ulamak. Perkara sebenar terpulang kepada Allah SWT.

Itu dari segi hukum akhirat. Dari segi hukuman dunia disebut oleh nabi SAW:

“Sesiapa yang menukar agamanya, keluar daripada Islam maka hendaklah dibunuh.”

Orang murtad mengikut hukum Islam, hukum hudud. Hendaklah dibunuh sabit dengan hadis nabi SAW.

Apabila Muaz bin Jabar RA ditugaskan untuk menjadi gobenor dan menjadi guru di Yaman membantu Abu Musa as-Syaari, sebaik-baik sahaja tiba di Yaman dia dapati ada seorang yang diikat di hadapan Abu Musa as-Syaari.

Lalu Muaz bertanya:

“Mengapa orang ini diikat?”

Kata Abu Musa:

“Dia masuk Islam kemudian balik ke agama asalnya semula.”

“Aku tidak duduk dalam majlis ini sehingga kamu melaksanakan hukum yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Dia hendaklah dibunuh.” Kata Muaz.

Ini menunjukkan betapa kerasnya hukuman terhadap orang murtad.

Ulamak berbincang dari segi peluang untuk orang murtad bertaubat.

Ada ulamak mengatakan beri peluang kepada dia dua tiga hari. Ada ulamak mengatakan beri peluang kepadanya beberapa bulan. Ada ulamak mengatakan beri peluang kepadanya beberapa lama, pujuk dan pujuk. Jika masih ingkar baru bunuh. Ada juga ulamak mengatakan pujuk terus menerus.

Itu adalah khilaf ulamak dari segi tempoh masa pujuk.

Mengapa hukuman terhadap orang murtad begitu keras?

Tidakkah ini bercanggah dengan tidak ada paksaan dalam agama?

Ramai orang-orang bukan Islam mempersoalkan mengenai hukum-hukum murtad.

Jawapannya, murtad mempunyai hukuman yang tersendiri. Islam tidak memaksa orang bukan Islam masuk Islam. Tetapi dia mesti tahu bila masuk Islam tidak boleh murtad.

Agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan, boleh masuk keluar dengan begitu mudah.

Seseorang yang masuk Islam bererti dia berjanji dengan Allah Ta’ala apabila dia mengucap dua kalimah syahadat:

ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WAASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH

Dengan mengucap dua kalimah syahadat dia berikrar di hadapan Allah SWT. Bila dia murtad bermakna dia khianat terhadap Allah Ta’ala. Sedangkan seluruh negara dunia bila rakyat khianat terhadap negaranya bunuh.

Rakyat Amerika khianat terhadap Amerika bunuh, rakyat China khianat terhadap negara China bunuh. Ini khianat terhadap Allah Ta’ala dan Allah Ta’ala lebih besar lagi daripada negara.

Orang murtad membahayakan umat Islam. Bila dia masuk di dalam musuh dia akan mendedahkan rahsia-rahsia Islam dan menjadi perkakas kepada musuh. Untuk keselamatan negara maka dijatuhkan hukuman bunuh.

Mereka yang dijatuhkan hukuman bunuh ini ialah mereka yang mengisytiharkan murtad. Dengan bangga mengisytiharkan dirinya murtad. Orang inilah yang dibawa ke mahkamah dan dibicarakan.

Islam tidak boleh dicabar kerana maruahnya terlalu tinggi. Maruah umat Islam terlalu tinggi, tidak boleh dipermain-mainkan oleh mereka yang murtad. Inilah sebabnya hukum terhadap murtad itu keras.

Di hari kiamat semua amalan baiknya ditolak oleh Allah Ta’ala.

Murtad boleh berlaku sama ada dengan hati, dengan perkataan dan dengan perbuatan. Sama ada dia meninggal Islam dan masuk agama lain atau dia menghina mana-mana hukum Islam, menghina mana-mana sifat Allah Ta’ala, menghina mana-mana malaikat Allah Ta’ala, rasul-rasul dan segala yang berkait dengan Islam.

KULIAH YT


1 comment:

  1. Selepas bercerai, saya sangat sedih dan yakin bahawa perkahwinan saya sudah berakhir. Kami telah berpisah, dan tidak kira apa yang saya cuba, nampaknya tiada apa yang dapat membawa kami kembali bersama. Seorang rakan mengesyorkan Ilekhojie, seorang penyembuh rohani dan tukang jampi. Pada mulanya, saya ragu-ragu—bagaimanakah orang yang tidak dikenali boleh membantu membaiki sesuatu yang rosak? Namun, saya memutuskan untuk mencubanya. Saya menghubungi Ilekhojie, dan dia mendengar dengan penuh belas kasihan dan pemahaman. Dia meyakinkan saya bahawa jika masih ada cinta antara kami, ada harapan. Selepas melakukan ritual perdamaian yang kuat, keadaan mula berubah. Dalam beberapa hari, bekas suami saya menghubungi saya. Dia emosi, minta maaf, dan mahu bercakap.
    Kami bertemu, bercakap tentang segala-galanya, dan buat pertama kali dalam masa yang lama, kami benar-benar mendengar antara satu sama lain. Terasa seperti ada sesuatu yang beralih seperti beban diangkat. Perlahan-lahan, kami mula membina semula apa yang telah hilang. Hari ini, kami kembali bersama, lebih kuat dan lebih cinta daripada sebelumnya. Saya sangat berterima kasih kepada Dr. Ilekhojie kerana memberi kami peluang kedua. Bantuannya benar-benar menyelamatkan perkahwinan saya apabila saya fikir semua harapan telah hilang. anda boleh menghubunginya di Whatsapp: +2348147400259 atau E-mel: gethelp05@gmail.com

    ReplyDelete