Cara merawat saka:
1. Panggil seluruh anak cucunya
dan dirawat serentak.
2. Dirawat kepada yang sakit
sahaja.
Jangan sekali-kali berubat saka
dengan cara tidak islamik yang memerlukan darah, kain kafan, tanah kubur dan
sebagainya.
Mesti berubat dengan
kaedah Islam.
1. Membaca sendiri al-Quran
sebanyak 30 juzuk di dalam rumah. Bukan upah pelajar tahfiz. Lebih elok orang
yang sakit itu baca.
2. Setelah selesai 30 juz amalkan
membaca surah al-Baqarah setiap hari hingga habis.
3. Jadikan amalan seharian mandi
limau nipis. Satu petang tiga biji.
4. Jadikan amalan mingguan, rumah
anda dibersihkan dengan cuka makan dicampur garam kasar, dicampur lada hitam
dan dibacakan surah Yasin. Kemudian ditabur sekeliling rumah anda.
In sya Allah saka tidak datang
lagi untuk meninjau dan berdamping dengan anda.
Soalan 1`.
Adakah anak-anak yang malas dan
degil dimasukkan syaitan?
Jawapan:
Jika tok neneknya ada saka, anak
cucunya mungkin menerima gangguan daripada saka. Kita selalu berubat anak yang
degil, sedangkan yang patut berubat ialah ibu bapanya yang ada saka.
Jika anak degil sila siasat dulu,
mungkin ibu bapa menjadi punca.
Soalan 2:
Ada anak-anak dihantar ke kem
anak solih, apabila balik rumah tetap dengan perangai lama juga.
Jawapan:
Kem anak salih ini seminggu. Anak
anda sudah berusaha 14 belas tahun sedangkan kem hanya tujuh hari. Masuk kem
hanya untuk semangat dan kesedaran tetapi penyambungannya di rumah.
Soalan 3:
Anak saya bila datang bulan
berlanjutan sampai sebulan. Adakah ini penyakit atau bersangkutan saka. Dia
telah pergi jumpa doktor dan makan ubat tetapi tidak berkesan.
Jawapan:
Ini disebut istihadah iaitu
penyakit. Kata nabi SAW istihadah ialah tentangan syaitan. Jadi jika sudah makan
ubat tidak berkesan hendaklah buat rawatan secara islamik.
Soalan 4:
Bagi kaum wanita, memakai tudung
kepala perlu sampai menutup dada atau pun tidak.
Jawapan:
Firman Allah Ta’ala:
“Wahai nabi beritahu kepada
isteri kamu, beritahu kepada anak perempuan kamu dan beritahu kepada
orang-orang perempuan, suruhlah menuntup aurat mereka dengan menutup
keseluruhan badan dan dada kecuali muka dan dua tapak tangan.”
Jadi orang perempuan bila memakai
tudung pastikan tudung meliputi bahagian dada. Tetapi jika memakai kot tidak
menjadi masalah jika tudung diletak di dalam.
Soalan 5:
Adakah histeria berkaitan dengan
saka
Jawapan:
Tidak. Saka lebih menjurus kepada
seorang-seorang sahaja bukan berkumpulan. Histeria lebih kepada lemah semangat
dan gangguan perasaan.
Soalan 6:
Apakah makanan jin.
Jawapan:
Banyak hadis nabi menyebut
makanan jin:
1. Asap. Bila orang berubat
memasang kemiyan bermakna dia memanggil jin untuk makan asap. Kita memasang
kemiyan bila ada kematian untuk mengurangkan bau busuk mayat.
Oleh sebab itu bila ada kematian
afdal disegerakan pengkebumian. Selepas mayat itu dibawa ke kubur tidak ada
lagi perasap kemiyan itu.
2. Makanan yang tidak ditudung
malam. Sisa makanan tidak ditudung. Jin makan dengan cara menghidu dan menjilat
makanan.
Soalan 7:
Adakah silat mata sihir?
Jawapan:
Silat mata yang menggunakan
kepandaian dan kecekapan adalah tidak berdosa.
Silat mata yang berdosa ialah
silat mata yang dipelajari dengan pertolongan jin. Ini dinamakan sihir atau
black magic.
Saka tidak payah belajar kerana
dia mendapat melalui keturunan atau melalui mimpi. Sihir pula kena dipelajari.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment