Tuesday, December 20, 2016

AKIBAT ORANG TERKENA SAKA



Kesannya:

1. Sukar mendapat anak. Kadang-kadang suami isteri tidak boleh tidur bersama sebab selalu keluar darah dari rahim.

Jadi kepada orang yang mengidapi macam itu cuba ingat balik ada atau tidak dia mengamalkan jampi-jampi atau mentera-mentera yang pernah diberi oleh orang dahulu-dahulu untuk naik seri muka untuk nampak cantik dan sebagainya.

Jika ada, buang jampi-jampi itu dan jangan diamalkan.

2. Banyak berlaku perkara-perkara pelik dalam hidupnya.

Contohnya berjumpa orang tua di belakang rumah. Dia singgah di lebuh raya jumpa orang tua masuk dalam tandas. Dia tunggu di luar orang itu tidak keluar-keluar. Bila masuk dalam tandas tidak ada pun orang tua itu.

Ini gejala saka yang ikut kita. Dia hendak tunjuk yang dia mendampingi kita.

3. Tidak berupaya hidup dengan sempurna kerana mengidap pelbagai penyakit. Doktor tidak dapat mengesan penyakitnya.

Ada orang yang dilanda penyakit gatal seluruh badan. Cek kulit elok, cek buah pinggan elok tetapi kulit gatal sungguh-sungguh.

Orang semacam ini selalunya dia tidak jamu sakanya.

Jadi jika ada perkara begitu minta jangan jamulah. Buanglah saka itu dengan berjumpa pakar-pakar perubatan secara Islam.

4. Orang yang terkena saka tidak suka bergaul dan tidak suka hidup bermasyarakat. Dia suka hidup sendirian. Rumah tidak buka tingkap.

Kenduri tidak datang dan orang mati pun tidak melawat. Ceramah agama pun tidak datang. Dia membawa halnya sahaja.

5. Sangat sensitif dengan kata-kata orang. Orang cakap sikit ambil hati.

6. Mengetahui perkara-perkara yang tidak diketahui oleh orang lain.

Mungkin dia berkata pergi cari budak hilang di bawah pokok sana. Bila pergi ada sungguh budak itu sedang sebelum itu banyak kali sudah dicari tetapi tidak nampak budak itu.

Ini menunjukkan dia ada saka dan mungkin ada orang terpengaruh dengannya. Kemudian menjadikannya tok guru.

Jadi biasanya jika ada orang mati lemas dalam sungai kumpulan-kumpulan yang ada saka akan datang.

Jika ada kejadian mati lemas cara ikhtiar bukan perasaan kemiyan dan jampi serapah tetapi menggunakan ayat Quran:

Ambil tujuh biji batu dan duduk di tempat yang dia mula terjun.

1. Batu pertama baca al-Fatihah 7 kali
2. Batu ke-2 baca Salawat 7 kali
3. Batu ke-3 baca Kul huwallah 7 kali
4. Batu ke-4 baca Kul ‘Au Zubirabbil falak 7 kali
5. Batu ke-5 baca Kul ‘Au Zubirabinnas 7 kali
6. Batu ke-6 baca ayat Qudsi 7 kali.
7. Batu ke-7 baca surah al-‘Araf ayat 13 7 kali.

Lemparkan batu-batu itu satu demi satu ke dalam sungai tempat dia jatuh.

Sebelum lempar baca:

BISMILLAHI ALLAHU AKBAR

Setiap lempar baca doa itu. Dengan izin Allah orang hilang itu dapat ditemui.

Bukanlah batu itu yang berkuasa tetapi doa kepada Allah. Jika ada gangguan batu itu akan memukul benda-benda yang menyuruk mayat itu.

Kaedah itu telah dibuat beberapa kali dan dalam masa setengah jam mayat itu timbul.

7. Cucu yang datuknya mempunyai saka suka menangis. Kecil-kecil kuat menangis kerana toknya membela saka.

Kadang-kadang cucunya berumur sepuluh tahun berperangai pelik yang kita sebut otisma kesan daripada tok nenek yang ada saka.

8. Orang-orang yang ada saka kehidupannya tidak tenteram.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment